Misinya menulis setiap hari. Tapi tak tahulah tercapai atau tidak. Selepas melihat sebuah filem yang memaparkan kehidupan wartawan perang lakonan Nicole Kidman, tiba-tiba terdetik menulis dan berkongsi apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan. Tidak kisahlah walaupun sebarang dua patah perenggan.
Oh ya, ketika belajar dahulu, cikgu keluarga pelajar (cikgu junaidah) ada berbicara dengan saya. Selepas dia menghadiri sebuah seminar yang dianjurkan MARA jika tidak silap saya; dia membangkitkan isu kurangnya pelajar-pelajar lulusan dari MRSM yang menjadi pemimpin atau ahli politik.
Seperti biasa, watak saya yang memberikan reaksi secara spontan; saya menjawab, SAYA TIDAK SUKA POLITIK; POLITIK ITU KOTOR.
Jawapan yang dikembalikan cikgu Junaidah buat saya; POLITIK TIDAK KOTOR. YANG MENGOTORKANNYA ADALAH TANGAN-TANGAN MANUSIA YANG KOTOR.
Sampai sekarang, saya percaya akan kekotoran itu.
1 comment:
aku pun nak menulis setiap hari :)
Post a Comment