Nak dijadikan cerita, si anak membawa pesanan pihak sekolah, sebaik pulang ke rumah. Sekolahnya menganjurkan lawatan sambil belajar kepada murid tahun 6. Semua murid KENA bayar RM100 untuk lawatan tersebut. Termasuk (jika tak silap); makan, perjalanan dan beberapa kos melibatkan tiket dan sebagainya.
Yang meresahkan hati si bapa ini, gajinya tak sampaipun 800 ringgit. Tolak sewa rumah, kos hidup dan sebagainya, hanya 200 ringgit untuk bertahan hingga ke gaji seterusnya. Simpanan pun bukanlah untuk bermewah-mewah.
Si bapa ini, mengeluh dan merayu agar bahasa yang digunakan pihak sekolah bukan SEMUA MURID TAHUN 6. Mungkin, sewajarnya; kepada mana-mana pelajar yang mampu atau berminat sahaja. Ataupun, hulurkan sahaja surat buat penjaga / ibu bapa ; dengan secara bertulis ia lebih bijak berbanding penerangan semula murid darjah 6 kepada ibu bapanya.
Yang sedihnya, si bapa meminta pendengar mendengar rintihannya; bagaimana dia harus menjelaskan kepada anaknya betapa dia tidak mampu berbuat demikian tanpa menyebabkan anaknya rasa tersisih dari rakan2 lain yang turut serta dalam rombongan itu.
Aku sempat mengesat air mata. Dulu aku juga begitu. Maaf... Abah dan Mak!
6 comments:
pagi-pagi dah ombak rindu..
skoloh aku dulu pun ada buat lawatan gini. tapi kami bayar ansur-ansur dari awal tahun sampai la tiba masa lawatan tu.. kumpul duit skoloh jah la..huhuh
azmir
tapi tak sekuat drama UP* kan?
drama aidilfitri 2009 lagi hebat. k
Dulu. Kalau dapat surat untuk lawatan, surat pergi jalan-jalan, aku buang dalam tong sampah. Adik beradik ramai. Minum air paip je masa rehat. Bawak bekal bihun. Kawan2 kutuk bihun aku. Sedih!
Maaf bertanya, sampaipun tu dekat ke jarak ye? hehe
Post a Comment