Aku dulu sekolah, pada kalangan orang-orang bijak jugak la. Tapi aku tak lah sehebat manapun. Menjadi kalangan pelajar-pelajar bijak ini kadang-kala memberi tekanan jugak.
Ok, ketika menuntut pada menengah rendah, subjek kegemaran aku adalah Geografi, diikuti, seperti biasa Bahasa Melayu, dan Sains (sebab cikgu Jarini) dan seterusnya subjek-subjek lain... kecuali Matematik.
Nak dipendekkan cerita, asal subjek matematik je, akulah yang paling mengantuk sekali. Kisahnya berlaku, apabila ada perjanjian dengan seorang cikgu (cikgu Zul); bahawasanya, setiap orang kena ketuk ketampi mengikut jumlah markah yang kurang dari 95 (lebih kurang lah aku tak ingat). Maknanya, kalau dapat markah 94, kena ketuk ketampi sekali. Kalau 85, kena 10 kali lah.
Yang menariknya, akulah yang paling lama ketuk ketampi sebab markah aku 60++ ... kira dalam kelas orang-orang bijak ini, akulah yang paling bebal sekali. Malu punya pasal, aku mengadu 'domba' pada cikgu homeroom (keluarga pelajar) aku... Cikgu Junaidah! Aku perjuangkan; aku bukan nak jadi ahli matematik pun! (wah, awal-awal lagi cita-cita nak jadi artis ke?) . Atas kekecewaan dan rasa malu yang tinggi, aku mengaku aku menangis. Sedih beb, kawan2 semua tunggu aku habis ketuk ketampi. Tapi, nasihat Cikgu Jun, sampai sekarang aku ingat ; INI BUKAN PENGHUJUNG DUNIA, MASIH ADA LAGI RUANG UNTUK AKU BERUSAHA ... wah, sentap gak!
Lepas daripada sesi pengakuan bersama cikgu Jun, ada pulak program bergembira ; minggu aktiviti. Kalau sekolah harian, cuti pertengahan semester. Kami tak boleh balik kampung halaman, sebab seminggu cuti, diadakan aktiviti luar kelas. Antaranya, amali sembelih ayam diikuti pertandingan masak ayam di kalangan homeroom.
Aku tak ingat kejayaan yang homeroom aku dikecapi, tapi yang aku ingat, aku lepak sambil meratah ayam tu, bersama cikgu Roshidah. Aku pun tak ingat sangat, perbualan ketika itu, tapi aku ingat situasi ini ;
CIKGU ROSHIDAH : Nah helmi, awak makan ayam lebih cikgu ni, cikgu doakan awak berjaya dalam matematik.
Masa tu, semua orang tahu, cikgu Roshidah garang juga. Kau berani cakap tak nak? gagagaga... tapi aku makan je lah ayam lebihan cikgu tu.
Dan aku tak tau lah, ini semua kuasa Allah; semenjak dari itu, aku memang tak pernah markah bawah 85 untuk subjek matematik ... PMR pun ok... SPM pun ok... cuma yang tak leh masuk kepala otak aku sampai sekarang, MATEMATIK TAMBAHAN... hahaha!
Ok, tu je kisah makan ayam cikgu!
No comments:
Post a Comment