Sunday, January 11, 2009

Memoirs in Langkawi : 2 elves + 3 dwarves

DAY 1

++ Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkan mu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta ++

Itulah alunan lagu tatkala kalangan kami yang hampir terlena dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Namun, lagu ini menggamit kenangan aku sendiri kerana dendangan lagu ini sebenarnya dinyanyikan 10 tahun dahulu ketika vacation homeroom (keluarga pelajar) aku ke langkawi pada tahun 1998. Kenangan itu lah yang mengujakan semangat aku kali ini.

Percutian yang dianggap KEJAM ini adalah bersempena Program Kerjaya ANSARA (Anak Sains MARA) yang berlangsung di MRSM Langkawi pada 3 + 4 Jan 2009. Sebagai peserta bijak, kebetulan cuti christmas + dua tahun baru yang beritma itu, maka terpacul la idea untuk dtg lebih awal sambil bercuti di sana. Maknanya, kami bukan sahaja menyambut tahun baru dalam calendar Qamari, malah Kalendar Islam juga ye... hehe.. Nak tau apa yang kejam dalam percutian ini? kekejaman setaraf israel ini adalah penetapan syarat2 yang telah dibuat dan dilampirkan dalam aturcara program. yakni;

1. Semua orang dalam program ini, walau apa jua keadaan sekali pun; TAK BOLEH SENTAP. Maknanya, tak leh period ala2 merajuk sambil menghepaskan topi, tak leh nak marah2 sambil berkata ni handpone i, suka hati i laaa nak dgr lagu apa, ataupun i tak nak amik pic if uols tak nak amik...

2. TAK BOLEH TIDUR. Dalam perjalanan, semua orang tak leh ambil kesempatan tidur jika pemandu tidak tidur... bermakna sekiranya penat sekali pun atau memakai sunglass untuk cover anda tidur, jangan harap anda dapat tidur biarpun malam tadi anda tidur lambat dgn alasan perlu menyiapkan kerja sehingga jam 3 pagi (arhhgghh i tau chatting la tu, nak kelajuan streamyx dgn baik, pukul 3 pagi la elok... alasan)

3. SYARAT BARU : LAWAK tidak boleh di ulang lebih 5 kali, kerana ia akan menjelikkan. MOral dia... kashah terdiam... hahahha... tak boleh sentap..... (sambil memusingkan tangan tidak boleh)

4. SYARAT BARU : dalam permainan UNO card, sesiapa yang akan menang game dan tinggal satu card lantas menyebut UNO, ahli permainan yang lain akan bertindak merancang dgn kad2 kuasa untuk mengenakan bakal pemenang itu... tak kisah apa bentuk usaha, asalkan bakal pemenang itu tak kan menang. Faham ke? sape tak faham syarat ni, pi main UNO dulu.

1JAN2009

12.00am :: Perjalanan ke kuala kedah ini bermula selepas Tahun Baru 2009. Jam 12.45am kami ke tempat makan dahulu kerana dxoul, budu dan kashah kelaparan. Bertolak kira2 jam 1am dan ditahan polis. Namun... arghh senang aja di handle abg2 polis tahun baru itu.

Sepanjang perjalanan, radio hanya untuk pencetus idea sahaja. Full song bakal dinyanyikan bersama. Dari lagu Fauziah Latiff zaman remaja kami hinggalah Lagu Coba zaman superman bukak baju ini. Maklumlah, masa ni la nak nyanyi versi pakai bantai je... walaupun ada karektor nak buat suara 2 laa... suara harmoni laaa... lepas tuh tak sampai laa... apapun, dalam perjalanan ni, dxoul cuba nak tidor2 ayam atas alasan yang kami tak leh terima. Bagus kashah yang dilantik sbg pengawas program. ahaks!

5.30am :: Tiba di JURU. Tunggu radin fetch kami di TOL JURU itu. Dan segera ke rumah radin untuk rehat sementara ke destinasi kami. Di rumah radin, pelbagai aktiviti dibuat, dari yang ingin memBERRY hinggalah yang nak balas dendam tidur. Penatnya latihan vokal dalam kereta sepanjang 4 jam itu. Hinggalah dikejutkan Radin dgn breakfast nasi lemak + air sejuk peti ais di pagi hari. Aku, Kashah + Radin je makan. Yang lain bukan morning person for breakfast. Lantas sudah, disegera kan bertolak. Alamak, lupa tak solat Subuh kan? mufakir.... eh!

8.45am :: Tiba di Kuala Kedah. Sebuah jeti yang biasa sahaja senibinanya dan persekitaran yang banyak sampah sarap. Eventhough depan kawasan bangunan jeti itu sendiri, sampah plastik2 berada di mana2. Sehinggakan ketika posing nak bergambar, separuh kakiku terjatuh dalam longgokan sampah. Naik feri ke Langkawi harganya RM 23.00. Ulat ketika itu memperjelaskan kenaikan harga Feri bersempena dgn tahun baru 2009. Walaupun subsidi kerajaan terhadap harga diesel dan bahan api yang lain, Feri ke Langkawi ini sebaliknya. Namun, apakan daya sebab tiada pilihan lain yang ada. Bertolak dari Kuala Kedah jam 9.30 am. Ramai yang qada' tidur dan tidak lupa 2 watak yang mabuk laut ... ihiks... sian budu + kashah. Len kali 'kalau takut dilambung ombak, jangan naik feri langkawi'... hahahha

10.00am :: Tiba di jeti Langkawi, sempat bersnap 2 3 pic. Didatangi ulat lagi, promosi kereta sewa dan pakej dilangkawi. Yang penting, kereta sewa yang dapat oleh group lagi satu adalah wira tanpa power window....hahahha! kan... in the end, dapat la nissan SENTRA bewarna hitam. Cantik laa... career woman sgt tau kereta ni! Merangkak pertama kali ke pantai chenang menjejaki rumah abg amit (amir).

11.30am :: Tiba dan terkesima. Rumah ni ibarat sebuah galeri simpanan semua jenis RATU CANTIK - MISS2 yang betul laaa... sorry uols... miss jumbo tak de. Tapi semua miss yang cantik laaa... sampai dalam toilet tanpa paip hos pun masih ada artikel tentang miss2 sedunia. Dan dah ada puteri cantik, wajib ada putera kataknya... koleksi katak menghiasi rumah ini juga... tak dapat nak express kan bagaimana, but uols bayangkan sendiri je laaa... penat laa nak tulis satu2. Crown2 ratu2 ni pun ada menghiasi rumah. apapun, abg amit : di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian meminjamkan rumah abg amit itu. superb layanannya, macam weols pulak lady diana... eh?

12.30pm :: mencari sesuap nasi. makan di kedai berhampiran. dan bergerak dalam cuaca yang agak mendung ke arah kereta kabel langkawi. Dari jauh dah nampak kelibat gunung yang kami tujui. namun kehadiran ke sana tak memberi peluang kami beraksi dalam kereta kabel itu kerana keadaan angin yang kuat membuatkan pihak pengurusan menutup buat sementara di situ. tapi mulut2 puaka peserta mmg tak boleh ditahan lagi. harus kami membuat sesuatu program supaya aku sbg pengaturcara program tidak dikecam hebat. mujur air terjun telaga tujuh berdekatan. kami mendaki bagi mengurangkan lemak perut masing2. ermm lenguh juga jadinya. namun diselangkan dgn berehat di persinggahan... timbul idea mendaki gunung kinabalu dan taman negara. aduhai! bile? hujan kejap2 ala2 tuhan siram bumi untuk dibasahi lite2. kami sempat bergambar di puncaknya walaupun cuaca tidak mengizinkan. kaki juga sempat laa ke arah telaga yang dikata kan bilangannya tujuh itu. terhibur juga dgn watak pelancong asing bermandi manda di situ... hahahha...

4.30pm :: turun dan menuju ke wakaf menjual air kelapa di situ. ermm... i tak minum + sape lagi ek... dah lupa... tapi semua dapat la berehat menghilangkan dahaga. makan tak kan? ada sape2 yang makan ke? ok. next acara, ke hotel westin langkawi....






5.30pm :: menjejak kaki di tanah suci westin langkawi... tanahnya bersih laaaa bukan suci. heheheh... kami menuju ke arah pool sbb kononnya... mengikut lagenda persuratan, bahawa pemandangan terbenamnya matahari adalah pemandangan yang indah dari lokasi ini. kami ditawarkan satu settee yang berada di bawah lindungan pepohon hidupan persisir pantai. kami memang dicadangkan supaya menikmati mocktail halal (tiada campuran alkohol) bagi menghormati peserta yang beragama islam. yang penting, ada yang teruja dgn MOJITO... minuman yang aku rasa sedap sebelum ni. namun, di westin langkawi ala2 suam2 kuku je. ermmm sunset? nan ado... kata peserta. namun kami relaz dan bersantai sudah cukup kan, kawan? yang penting... ehhh silap... a a a ... tak boleh sentap....

7.30pm :: bergerak menikmati makan malam di restoran seafood terulung di langkawi. mmg meletup la restoran ni. sampai 2 3 buah kedai sebelahnya tak de kelibat manusia pun kecuali pengunjung yang tak sabar nak makan, tapi dah penuh di restoran famous ini. oleh kerana, ah so ni tak bayar siaran ni, so i rahsiakan nama dan lokasi restoran ni. hahahah...

9.45pm :: keletihan namun nak juga manfaatkan hidup. kata penaja, ayuh lihat dahulu lokasi jeti utk acara esok hari. so... kembali semula ke pantai chenang, kononya nak berurut badan keletihan, namun wow harga di sini tidak memberansangkan pun. mahalnya sehingga kami hanya teruja utk minum kopi direstoran cantik ala2 morrocan. ok lah. 1st time dan dipaksa utk try shisa. rehat dan minum sambil gelak tawa tentang permainan minda dan daging rusa putih... ermmm. bodoh sgt soalan2 itu. ok lahh semuanya penat! ayuh kita balik dan tidur....

12.45 :: semuanya rebah dalam dakapan masing2 kan? heheheh... no wet dream kan? hahah...


++ saat dilupakan ++

~ bermain dgn arnab2 jinak sementara membuat keputusan di kereta kabel


~ bergambar di datai sebagai tanda bersinggah














nantikan DAY 2 dalam episod akan datang. jangan risau. ceritanya akan sepanjang sebagai mana cerita DAY 1. tiada saat malas mahupun semangat bersukan yang kuat melanda ataupun perasaan semangat juang perarakan dengan bunting yang membazir.

* rujukan; sila lihat mana2 post dalam DUTALINK. :)

7 comments:

dxoul lacruz said...

wah....senang keje aku! time kasih en duta..

tootsie said...

B, apsal tak letak photos rumah tumpang ko tu byk2..nak tengok lagik!! :)

thisisnije said...

yang penting.. tak boleh sentap! deng!

duta said...

+ dxoul + senang? hahhaha.... nasib baik aku makan ginkgo biloba setiap hari. maka, byk juga laa ingatan aku pada acara yg dilangsungkan.

+ tootsie + satu je pic rumah ni. photographer capek. next time i suruh sunny amikkan pic tuh for you.

+ dik nije + yang penting combination laaa... hahahha! dah terima tugasan jam 9 tak ni?

amANI said...

"dapat la nissan SENTRA bewarna hitam. Cantik laa... career woman sgt tau kereta ni!"

Nissan SENTRA = career woman
Ahmad S ada Nissan SENTRA
Ahmad S = career woman ??

Harap Ahmad S tidak membaca penaakulan mantik ini. Hahah.

duta said...

+ achik +

tepat jawapan itu : 5/5

ahmad S telah mengubah nissan SENTRA menjadi garang dan sporty! maka ianya disesuaikan dgn sistem pengesan enjin turbo bagai dan kalu ditanya dalam kereta, dia jawab, nak explain susah laa kat ko mi.... jadi, aku hanya membisu. kenapa nissan sentra di keluarkan versi sporty [ www.nismo.com.my ] nismo bagai, sbb kereta ini telah dicopkan kenderaan ala2 manja dan tak garang!... sbb tuh finishing memerlukan designer ini... engineer tolong selesaikan masalah je ye... hehehhe....

Nathaniel said...

Very helpful piece of writing, much thanks for this article.
usb sport mp3 player | screen protector film for ipad 2 | wireless laser pointer | flashlight with batteries | xbox 360 hd av cable