Wednesday, January 21, 2009

Memoirs in Langkawi : 2 elves + 3 dwarves [DAY2]




hai warga malaysia... tak sabar nak mengetahui apa yang berlaku dalam DAY2 kan? hahahha... perjalanannya sama sahaja... penuh dgn lawak durjana yang tak mampu dinilai dgn bacaan stroboscope. Yang mana, lawak atau statement berani mati diulang secara separa sedar menjadikan keadaan semakin TENGIT. haha...

DAY 2

6.00 am :: kononnya dxoulfikar bakal berjogging di persisir pantai, katanya dalam aturcara program... namun penyudahnya melihatkan semuanya beraksi terbongkang dalam lipatan selimut masing... eh... selimut masih dilipat? ye laa... budu je pakai selimut. radin tidur mati... i sejuk tutup dgn bantal abg amit yang banyak. kashah + dxoul kongsi comforter; depa kata haram tau lelaki dalam satu selimut... so, aku tak berdosa malam tuh... amin! hahahah.... jam 8.30 semuanya dah siap. bergilir2 mandi dan bersiap siaga! tempat tujuan; hari ini ke TASIK DAYANG BUNTING. maklum laaa nak jaga kesuburan masing2... ke situ laa destinasi kami! sempat singgah di kedai runcit jual roti dan air minuman ni... sempat mencapai menu masing-masing, dan mempunyai teknik membayar yg menyentapkan cashier. sape lagi kalu bukan.... hahahha... tak baik dia mangsa i dari tadi... watak lain laa pulak! hahaah.... sape ek...


[ acara melompat bersama di jeti ]

9.00am :: tiba di jeti awana nearby pantai chenang. katanya tunggu seorang kakak namanya kak MALA [ tone lagu hanpon - amy mastura - CINTA ] . kami pun sempat berlatih acara melompat. inilah tempat pertama acara melompat bersama... tanpa menghiraukan sekitarnya, kami melompat tanpa mengira bangsa dan agama. Penat juga laaa sambil menantikan semua peserta berkumpul. saling bertanya bilakah masanya untuk bertolak ke destinasi sebenarnya... hampir 1 jam bergurau mesra dgn adegan mulut pengacara no 2 malaysia... no 2 ke? hahah..namun penantian tidak menjemukan... ada sahaja lawak dan tawa riang.


[ pulau beras basah ]

10.30 am :: bertolak ke lokasi pertama : PANTAI BERAS BASAH. dalam bahasa penjajah; beras i tak tau, takkan paddy kot... sesape tau boleh bagi dalam comment ye. ok... Naik bot pak Harun... kalu tak silap la. dan dgn mulut non stop kami, kami menubuhkan kumpulan bot ini sebagai group 5 2 2. sbb kami berlima, 2 couple bulan madu cikgu-cikgan and 2 couple sombong dari utm. jadi kami pun mula la beraksi ala2 cite james bond casino royale punya version, sbb air laut melimpah2 dilambung ombak pagi. gitu... cuba berbunga bahasa ala2 penulis lirik lagu aiman dalam anugerah juara lagu baru2 ini. Sebaik menjejakkan kaki, aduhai, mmg tak disangka, acara bergambar pun bermula... couple cikgu mencelah seraya berkata, geng budak2 kpd group kami. tak semenanya; sebulat suara kami adalah GENG BAS SEKOLAH - walaupun masa sekolah dulu jalan kaki pi sekolah. ok2! pulau ini pantainya bersih suci gitu. seronok la bawak budak gile main pasir. namun, air lautnya tak jernih sgt pun. Lite2 je... still ada keladak lumpur di beberapa lokasi. Kekwat org tumpat tak mandi pantai. kami berempat dah mencecahkan kaki di bibir pantai... mula laa aksi menjirus sehingga ada watak bengang sbb hampir kena anak dia... sementara tunggu habis pak harun mengambil kami kembali, melepak juga di pasir pantai dgn watak2 ala2 boring lantas membina snowman laaa... tikus laaa dan kashah + dxoul mencipta watak porn yang kalu i tulis kat sini, rasanya agak tidak sesuai utk hafazan uols. tapi cantik laaa! ada la yg i snap dan dihalalkan utk pameran umum. perh acara mencari beras basah menemui jalan buntu lantas bermain ice cream soda sambil menanti. hahahahhaha....


[ helang yang diberi makan kulit ayam di pulau singa besar ]

11.00 am :: meneruskan agenda... kami di bawa ke arah PULAU SINGA BESAR. di situ kelihatan berterbangan beberapa ekor burung helang yang mencari makan. menurut penceritaan pak harun, burung helang ini memakan kulit ayam yang diberikan oleh kalangan mereka bagi tujuan menarik pelancong mendekati burung ini. spesis burung tuh tidak ketahuan la pulak. aku and kashah ala2 buat program jalan2 cari makan la pulak sbb, selepas pak harun jelas kan, weols macam wrapped up the journey laaa buat ketika itu... heheheh.... beberapa snap yang dapat, dan kami bergerak kembali menuju ke destinasi seterusnya. menikmati kepulauan-kepulauan batuan kapur macam ala2 kat phuket tu, amat mengujakan. cantik dan menarik. tiba2 bot terhenti seketika. pak harun maklumkan, jangan panik kerana hanya enjin dimasukki plastik. aduhai, macam ni la pencemaran alam sekitar kan... selesai di baiki, kami meneruskan perjalanan... mengelilingi kepulauan batu kapur itu, kami dihentikan utk melihat bentuk wanita mengandung yang terbentuk dari struktur muka bumi ini. lihat photo yang diambil... heheh... 11.30am kami tiba di PULAU TASIK DAYANG BUNTING. Jetinya besar dan ramai pelancong tempatan yang tiba. Kami teruja dan terus berjalan menuju kepuncaknya. Yang sentap, tak tahan nak kencing bagai, harga toilet di sini adalah RM0.50. Wow! lepas ni, i nak bukak toilet seumpama level 1 klcc di kawasan ini. huhuhu... toilet tak lah sebersih mana pun... ok lahh... tak sentap pun. saje je buat kiasan dgn perkara itu. mendaki ke arah celah bukit menuju ke tasik. Ermmm ramai juga yang ada di situ. Segera menyewa life jacket, tidak yakin dgn kebolehan berenang, maka kami menyewa 3 jacket keselamatan ini. Kasha tak sure boleh timbul, dxoul pun sama, i mmg acara renang berirama, budu pun kurang yakin... except radin yang mampu menimbulkan diri... maklum saja laaa dia ada pelampung keselamatan sendiri... hahahha.... i selalu pegang pelampung tuh! hahahahha... best uols... Setengah jam mendapatkan rawatan kesuburan berendam di tasik dayang bunting, kami menaiki solar boat menjelejahi tasik ini. cantik juga pemandangan ciptaan ilahi. dan insiden yang tak boleh dilupakan, boat solar milik dxoul + radin tidak mampu berfungsi dgn baik. Kami red-ha je. Mungkin ada kebenaran juga, tapi kalu dikaji tentang pecutan dan kelajuan dalam fizik dan subjek mekanik, masa kat secondary skul ngan masa terpaksa belajar subjek mekanikal di utm, aku membuat kesimpulan, byk faktor yang mempengaruhi pecutan dan kelajuan objek.... tak payah laa plak aku buat analisis sini... sbb kejadian tuhan dah sebegitukan... hahahaha.... selamatkan aku ya allah!....


[ bentuk seorang dayang yang bunting terbaring ]

wei! balik laaa... cepat. kashah dah menanti kami di jeti solar boat ini. masing2 takut di tinggalkan pak harun. malah geng 5 2 2 ini dah berpecah tadi. jadi kelibat cikgu tak kelihatan di tasik lagi. kami merangkak laju ke kembali ke jeti. hahahah... pak harun sudah menunggu. tamat la perjalanan kami sebanyak RM45 seorang. semuanya keputihan... ehh silap... keletihan.


[ solar boat yang dituduh tidak berfungsi dgn baik ]

1.00pm :: tiba di pantai chenang, menikmati makan tengahari di kedai akak rm5. kashah yg bagi nama. kedai dia sebelah butik laa... tak ingat dah nama butik tuh. so far, makanan akak tuh sedap. waktu tu org dah nak pi solat jumaat. sbb atucara solat jumaat tak de dalam list, maka...kami pulang menuju kerumah. budu nak berry bagai... next me... radin macam biasa laa... acara wajib berry dalam sehari mesti dua kali. i + budu kira sekali je. dxoul menindas, katanya tidak. kashah tak sure....


[ aksi ketar yang dibuat2 untuk menarik perhatian kawan2 je ]

2.00pm :: ke kereta kabel. sekali lagi tidak sabar kesana. minta2 jangan lagi di berhentikan kerana keadaan cuaca. langkah kanan kami di sana, namun berpusu2 manusia beratur. Kami menyediakan wang + IC untuk menikmati harga bagi warganegara. Mujur lah semuanya rakyat mesia berbilang bangsa...budu mix shanghai, aku mix philipines, dxoul mix italy, radin mix kamphuchea ... kashah? uols selesaikan dalam hati laa...

"We are NOT SHARING" itu statement kasha setelah barisan kami di potong sekumpulan orang cina yang tak menghormati barisan. arghhh... tak kan tak pernah pegi sekolah. tension juga aku sama depa. macam tak paham bahasa. Semua kalangan kami lak siap bau body odor + v odor mereka.... kecuali i. mybe i tak terima bau tahap tuh... hahhaha.... seriously, i tak bau apa2 pun...


[ di puncak destinasi kereta kabel ]

Bila dah naik, kami berlima... aku ketar. Gerun bila lawak2 sial terpacul dari mulut mereka. macam dah cukup pahala je imagine ala2 'flying coffin' (helikopter nuri) terhempas dalam rimbunan kanopi pokok malar hijau itu.... siap mentioned susah nak cari dan sebagainya. aduhai... lawak macam tuh ala2 dah siapkan penama insuran masing2 kan? perh... seramkan dgr cerita macam tuh masa naik cable car ini. Tapi aku tetap gagah, menyahut cabaran berdiri ye. ok. anyway... keindahan dari puncak tertinggi menakjubkan. dan masa ini, amat2 menghargai idea yang di buat oleh Tun Mahathir ke atas pulau miliknya ini (kalu ini idea dia la). Setakat nak beli coklat kat langkawi, aku takkan nak pegi laaa... tapi dgn adanya place of interest macam ni, aku rasa ianya memberangsangkan laaa sektor pelancongan di bumi mahsuri ini. ok kan? ke uols yg baca tak setuju.... eh blog aku, suka hati aku laaa...hahhahah.... (mengambil + memplagiat contoh ayat sebelum ini)


[ pantai pasir hitam yang hitam... pasir tau bukan org... ]

3.45 pm :: Menuju ke PANTAI PASIR HITAM. maklumat lanjut tentang tempat ini, sila rujuk pada info yang di sediakan di situ. kalu aku cerita kan, uols tak kan pegi punya. setakat nak tgk pantai.... kan... pasti tak datang. tapi info tentang kenapa pasir pantai ini hitam, memang menarik! seriously, i malas nak cerita... sbb nanti org tercabar dgn post yang dicabar penceritaannya ini. hehehehe.... kenapa pasir kat sini hitam... uols kena tau. kashah kan?


[ aksi di tanjung rhu yang di rakam paparazzi ]

4.45 pm :: langit makin kelam... namun kami ingin gagahkan jua perjalanan kami. seterusnya ke TANJUNG RHU. Perjalanan macam makin boring, siap singgah beli cucur pisang (jemput pisang/cekodok) namun tatkala tiba di sini.... semuanya terpukau dgn pemandangan lokasi ini. Indah. cantik dan macam2 lagi laaa... di sini bermula acara lompat dan bergambar. sehinggakan gelagat kami mencuri perhatian seorang pelancong asing dan mengambil aksi2 kami mnggunakan camera slr miliknya. cantik juga hasil tangannya setelah ditunjukkan. namun kami juga tak melepaskan peluang mencuba dgn kamera milik dxoul ini sehinggakan aku rasa, aksi melompat ini lebih dari 20 kali semata2 ingin memastikan aksi kaki dan tangan melentik dgn cantik dan tidak melebihi paras normal seorang lelaki... ehh... gile2. paras tuh maksud i bukan ketinggian... tetapi cara melompat tuh, tak kepit laaa macam aksi melompat nabila di mekah ketika menunaikan umrah (fakta ini based on cakap mulut ke mulut)


[ dataran lang ]

7.00 pm :: kami menuju ke arah pekan kuah. mencari lokasi makan malam terbaik. emmm kali ini di kenny rogers je. Entah kenapa, nak juga makan macam la kat KL tak de tempat makan macam tuh. lagipun masing2 no idea. tambah pula, lokasi dataran lang hanya bersebelahan dgn jeti pekan kuah. makan sambil borak sakan... dan menuju ke DATARAN LANG. Sempat beraksi dan bergambar bagai sehinggalah kepenatan. Menuju ke satu sudut, kami baring di situ. melihat dan menikmati hasil seni replika burung helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi. Sempat juga melelapkan mata.... namun bertukar ceria dari mood keletihan apabila permainan TEKA LAGU dari seleksi pilihan telefon aku punya, suka hati aku laaa... hahahhaha.... seronok. Kashah menang 16, aku hanya 5 dan budu 7 /8... radin selaku juri masa... hahahha....


[ acara MARI TEKA LAGU : telefon aku, aku punya suka ]

11.00 pm :: menikmati kopi starbuck di jeti... masa ni kami masih lagi menyokong israel dgn niat suci memberi service charge kepada pekerja rakyat tempatan... heheheh.... jam 12am kami perlu pulang berjumpa abg amit sbb nak sampaikan hadiah sebagai tanda kenang2an memberikan kemudahan penginapan yang cukup selesa....

12.30 am :: DAY 3 [NO to rokok ya! please! - iklan buat kawan2] heheheh... sebelum tido, sempat berborak mesra, sebelum mood mengantuk tiba. masing2 mood tak sabar nak tunggu hari ketiga. katanya penuh lagi dgn cabaran yang teruja... hahahhaha....

1.45 am :: DAY3 dah lelap mata. semuanya dibuai mimpi yang tak serupa.

~

D A Y 3
y a n g p e n u h
d g n s u k a d u k a
& d e n d a m d u r j a n a . . .


+ ini nota ketika hanya photo2 sahaja yang di isikan dalam post ini +
[Nantikan coretan perjalanan kami ke tanah lagenda ini. - ini makluman ala2 promo dalam tv je ye. Bukan bermaksud utk malas post blog. K]

13 comments:

thisisnije said...

kannnnn....

tootsie said...

poyo laaa ngko B...malas kata malas!! :P

duta said...

+ nije +

gigih laaa... i buat pic u tu sume... kira malas ke? rajin aa... ada lagi... nanti i karang laaa... jgn risau! i will!

+ tootsie +

hello... i sibuk fikir deco rumah u ni... tu pasal tak de idea mengarang! hahahaha...

dxoul lacruz said...

kan..konsep letak pic sajor!. aku pun tengah kekeringan idea ni nak mengarang! igt senang ke...

duta said...

+ dxoul +

kering kan... cuba ko mintak keje dari boss u jam 9 am... try laaaa... aduhai... berani serang israel kan...!
(always on ur side)

thisisnije said...

hmm... dah ada simptom2 kemalasan di situ. undeniable! hehe

tootsie said...

U ARE FULL OF E.X.C.U.S.E.S!!!!!!!!! :P

amANI said...

2 potong gambar je? Cerita?

Aku nak lagi.. Nak lagi.. Mega?

Pressure lebih sikit supaya rajin menulis.. haha..

J H Hidayat said...

wah... ramainya menunggu tulisan u.. by then, nice new template... tapi mcm lum deco habis ajer rumah uol ni...

duta said...

+ tootsie +

siap nanti dah kuar cerita, lunch hour, i buat kuiz utk u... satu soalan tak dapat jawab, lunch seminggu!

+ achik +
sobar deh! pic ni ala2 trailer movie gak... huk! nanti dah siap kumpul material... kuar laaa... ala2 ziana zain kumpul lagu nak kuar album ni... hahahaha....

+ hidayat +
tang mana eh? i lupa letak atap ke? heheheh rumah tiang seribu ni tau! design lite2 je... idea nak kuar flash2 bagai... tapi tunggu laaa i study teknologi ni... issue bumper - DAY2 bakal keluar sempena CNY ni. nantikan.

duta said...

+ dik nije +

simptom kemalasan ni boleh makan ubat tahan sakit ke? tunggu laaa... nanti CNY, dtg duk gelap2 dalam office, baca dgn penuh syahdu deh! cite ni kali ni lebih byk plot drama dik nije! nak tak?

JHaZKiTaRo said...

nice one!! anyway, salam ziarah dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog.. :)

duta said...

+ JHaZKiTaRo +

thanks ye kerana sudi membaca. blog untuk kengkawan sahaja sambil mengasah bakat mengutuk sambil menulis! kem salam org dublin! lompat lah lagi!