Thursday, January 29, 2009

Man is a Rational Being - Chinese New Year Celebration


Ini bukan kisah ala2 Syaripah Ainin terjelepuk di masjid untuk tarikan perhatian, mahupun kisah sepi ketiadaan pelajar di sekitar sekolah ataupun kisah makan kfc tanpa minum air atau juga kisah demam AJL yg masih menghantui hidup ( aku tak berdosa )... ini pula adalah kisah benar yang diadaptasikan dalam bentuk penulisan.

Kisahnya adalah tempat aku menghambakan diri dengan kebolehan kreativiti kurniaan tuhan untuk mendapatkan mata pencarian hidup. Isunya amat mudah... hanya kerana sebuah sambutan perayaan tahun baru yang umumnya disambut oleh orang2 berbangsa cina.

Untuk pengetahuan semua, tempat aku berkerja menyediakan cafe makan secara FREE untuk staff, yang mana cafe ini menyediakan hidangan ala buffet yang diseliakan oleh seorang CHEF di bawah pimpinan sebuah pemimpin dan kumpulan pekerja yang bagi aku pelik. Aku akui, hampir semua company yang aku lalui, kebanyakan golongan dari kumpulan ini memang mempunyai kemahiran bekerja yang amat2 pelik. Dari tak pandai pakai microsoft office, hinggalah keadaan jadi haru biru bila time2 kerja yang berlambak. Namun aku malas nak mempertikaikan kewibawaan mereka sebagai orang yang menguruskan sistem penggajian aku ini. Sbb lain orang lain caranya. Bagi aku tak semua kena mengena dan tak pula aku menghukum semua org berkerja dalam bidang ini sama sahaja. Sebabnya, perjalanan hidup yang aku lalui ini, menjadikan aku selalunya menghadapi makhluk tuhan bertabiat begini... tak pe.... isu tahun baru cina ni begini....

Ok. Cafe ini mempunyai pelbagai kaum... dari bangsa melayu, india, cina, kadazan, bidayuh, sakai, penan, hinggalah kepada warga asing seperti bangladesh, indonesian, myanmar dan juga tidak lupa kepada kumpulan penjajah dan sekutunya. Dengan masyarakat yg pelbagai ini, sudah tentu semua perayaan disambut dgn sederhana namun masih menyaksikan kemeriahan bersama (ala2 statement MAWAS DAN EKAN masa nak kawin habis satu malaysia kecoh, kononnya sederhana). Di cafe juga, turut menyediakan makanan ala2 perayaan meskipun, lauk pauk itu hanya 2 atau 3 sahaja. Aku amat2 bersyukur kerana ianya FREE dan malah, kumpulan chef yang memasaknya menyediakan makanan yg cukup2 lazat. Aku mmg gile pasta... kuah kacang nasi impit pun sedap... malah banyak lagi. Setahun lebih aku di sini, menyaksikan kepelbagaian perayaan ini, menjadikan aku menghargai jasa2 cafe ini sekaligus company ini. Mmg bagus dan betul2 teruja dgn makanan yang disediakan...

Namun, malang tak berbau... (mamak je berbau yakni masam ketiak sbb tak pakai deodorant....) sambutan perayaan kemeriahan tahun baru cina di cafe ini dibuat ketika cuti UMUM pada 26 + 27 January ketika umat berbangsa cina ini sedang menikmati perayaan masing di rumah mahupun kampung halaman. Bagi aku, aku tak kisah. Sbb aku pun bukan la kaki makan YEE SANG mahupun abalone semua... namun aku mahukan pemikiran PEMIMPIN ini berfikir secara BIJAK DAN RASIONAL. Bila aku suakan persoalan ini kepada Chef yang mengepalai hidangan tersebut, jawapannya mudah; ' saya mendapat arahan daripada pihak atas - jadi saya tak mahu cakap apa2'. Aku terima jawapan itu... sbb aku paham bekerja ibarat menurut perintah.

Ini pandangan aku; jika alasan ingin mengurangkan KOS atas kegawatan ekonomi yang juga memberi impak kepada sektor yang aku ceburi ini... aku sarankan batalkan sahaja. Meraikan kepada mereka yang hanya bekerja pada tarikh tersebut aku rasa tidak mencapai matlamat sesebuah perayaan. Mungkin dasarnya mudah, meraikan mereka yang bekerja pada public holiday... tapi! tidakkah mereka sedar bahawasanya adakah lebih baik, bajet itu disimpan untuk menu-menu sedia ada... Ini pandangan peribadi yang aku rasa, jika aku pucuk pimpinannya, saranan aku sedikit berbeza. Bagi aku, untuk tidak mengabaikan kaum cina dan perayaan ini dalam tahun yang baru bermula ini... aku rasa perayaan ini memilih hanya satu menu sahaja sebagai tanda disambut bersama... contohnya menu yee sang pada tarikh bila ramai kaum cina pulang bekerja... tidak perlu makanan rasmi lain bagi perayaan ini dan sebagainya.

Tapi apakan daya, bercakap hanya satu pandangan semata2. Bertindak jika ingin menempuh bahaya. Bijak atau tidak, yang menentukan hanya mereka yang berkuasa... punyai pandangan berbeza.... namun atas kesedaran bersama, aku berharap, jika suatu hari aku menjadi sebahagian daripada mereka... aku tidak berfikiran hanya matlamat ingin menunjuk pandai pada semua; kononnya idea yang tidak menyusahkan diri sendiri hanya ditanggung oleh rakyat jelata. ini belum lagi isu lampu koridor dipadam, lift berfungsi hanya sementara, tisu toilet dicatu bekalannya, pekerja disaran bercuti tanpa gaji dan sebagainya... terlalu drastik pemikirannya... tapi aku mungkin tidak mengetahui kewangan syarikat yang menyebabkan keadaan seperti ini dilaksana.

Apapun... aku rasa kecelaruan ini hanya tinggal sejarah dalam hidup aku untuk selamanya. Aku turut bersyukur atas apa yang aku terima yang tiada dalam hidup orang lain juga... Jadi... bersyukur itu sentiasa ada.... amin.

4 comments:

amANI said...

Ini adalah tektik untuk dia suruh ko masuk keje la tuh masa orang lain balik bercuti, penghargaan buat orang yang tak dapat balik kampung sebab tiket habis atau terpaksa keje pada hari cuti perayaan. Kurang-kurang boleh makan makanan perayaan semasa cuti awam sambil bekerja. Terubat la rindu pada kampung halaman.

Jap, teringat kat kampung halaman ke kalau tengah makan Yee Sang kat opis? Hahah.

duta said...

+ achik +
suruh masuk keje time public holiday? ermmm keje pun haram satu takde, sume tak print sbb budget... duk main tnet je la sampai ke sudah!

makan yee sang ingat kg halaman ke? tanah besar cina tak de yee sang. yee yang makanan tradisional cny di malaysia + singapore je. jadi kg halaman yg mana? heheheh

redghost said...

nanti hang dah jadik manager mungkin hang berani bersuara secara drastik...er...ker hang dah manager skang???

duta said...

+redghost+
hi pembunuh... lama tak dgr khabar. nway, aku keje manager pun, mereka ada kisah ke? ermmm... manager lain pun tak berani cakap... yang membuat keputusan is org paling tak makan kat cafe... so dia faham ke perasaan org makan kat cafe tuh! ermmm... tak pe laaa... dah nak jadi sejarah dalam hidup je tuh!