Monday, March 29, 2010

HAPPY POLICE DAY - pdrm

Pagi tadi aku melewati lebuhraya damansara puchong, untuk susur keluar ke lebuh raya persekutuan. Tatkala menempuh kesesakan lalu lintas harian, aku yang sedang asyik mendengar siaran radio tidak berbayar di dalam kereta, terpandang aku dengan seorang anggota polis trafik yang jalan beriringan dengan 2 kanak-kanak berpakaian sekolah.

Hati aku tiba-tiba tersentuh, bila melihat anggota polis itu menahan kereta, dan memberikan laluan kepada kanak-kanak itu menyeberangi jalan. Jika dia tidak berbuat demikian, pasti lewat murid itu ke sekolah.

Peristiwa itu… membuatkan aku terkenangkan ABAH aku yang dahulu juga seorang anggota polis. Kami 3 beradik, kak ngah, kak cik dan aku sering berjalan kaki ke sekolah, (sebab itu kitorang slim). Abah kadang kala ditugaskan menjaga lalu lintas untuk pelajar2 melintas di hadapan sekolah abu bakar school - (weols sekolah inggeris). Kami yang dari sekolah rendah kami di kawasan itu juga, berjalan kaki pulang dengan melalui laluan yang dijaga abah. Sempat singgah membeli keropok sepuluh sen sekeping, kami melintas dengan bantuan abah! Abah ada juga tawarkan pulang bersamanya, tapi kami yang faham akan pulang lewat kerana tugasnya, menolak pelawaan itu. Kami lagi selesa pulang jalan kaki ke rumah.

Itu dulu, kini abah dah tiada lagi. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika aku berusia 13 tahun. Tak sempat masa tuh abah nak tengok anak2 dia ni membesar. Apapun… kami rindukan abah. Alfatihah buat abah. Moga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Buat adik aku, yang kini mengikuti jejak langkahnya menjadi anggota polis, selamat hari polis ye. Nanti elaun yang musa Hassan bagi tuh jangan lupa buat kenduri makan-makan.

8 comments:

R28est said...

alfatihah...

sekolah abu bakar school??? apekah?? ni boleh dikategorikan kata berganda.. hehe ;p

a z m i r said...

sekolah saya Cator Avenue School.. Inggeris jugak. Dekat Tumpat ada sekolah inggeris tak?

Anonymous said...

hehehe... guterai ye semuanya. my first primary school was called English School and it is at Tumpat.

Unknown said...

saya sekolah kebangsaan je! sekolah rendah kebangsaan seksyen 6, shah alam. bukan seksyen 17...

kami murid S.R.K Seksyen 6,
sentiasa berusaha untukkk berjaya,
di bidang pelajaran dan juga sukan,
bersama berganding bahu...

disiplin tetap diutamakan,
kejayaan pasti kami bawakan ??
bla bla bla bla bla???
kami sayang sekolah kamiiiiiii!

R28est said...

-dxoul-

siap lagu sk0la lagi..caya la br0.. ;p

Fingers of God said...

Al-Fatihah buat en.duta.Semoga ayahanda tercinta duta ditemptakan bersama-sama dengan golongan orang2yang soleh.Amin.

saiful said...

Al-Fatihah...

Ramai kawan-kawan kita anak-anak polis :)

Bryan said...

This will not actually have effect, I think so.
pregnancy hormone | what is social responsibility | pregnancy hormone