Aku minat teater. Sejak zaman sekolah lagi. Aku teringat kisah Mahsuri lakonan senior-senior aku di mrsm dahulu. Ia persembahan teater Blok D yakni blok kakak aku. Masa tuh aku sokong group kakak aku lah. Cuma aku tak ingat dia jadi apa. Masa tuh kami junior lagi. Part mahsuri kena bunuh, mmg aku tak tahan! [gbs faham. shut up].
Zaman aku pulak, aku sertai kelab teater. Biasalah zaman jahiliah lagi masa tuh. Mrsm aku masa tuh belum sepenuhnya diislamkan! Hahaha! Maksud aku, tak wajibkan pelajar perempuan pakai tudung, malah tak haramkan pemain bola sepak memakai short! Bila minggu aktiviti, aku buat persembahan teater hantu! Watak hantu? Aku dan ahli rumah aku! Masa tuh bro Ajooba, Jack dan beberapa lagi sertai teater tuh. Menang lak nombor satu! Terasa tetiba jadi U-wei Hj Shaari… pulak masa tuh! Tak pun dramatis Azean Irdawaty… eh silap bini James Cameroon lah, kalahkan filem Avatar. Ahaks!
Zaman berlalu, bila sudah bekerjaya, aku pernah menang RM1000 bersama kumpulan yang ditubuhkan untuk satu pertandingan persembahan bersempena majlis makan malam tahunan syarikat yang aku bekerja. Oleh kerana ia adalah tertutup, maka aku tak ceritakan halnya. Hanya rakan sekerja yang ada bersama ketika itu sahaja yang mengetahui kemenangan itu. Apapun aku bangga, segalanya happy ending!
Ini ceritanya, 3 teater ku kupaskan jadikan perbandingan.
Teater Natrah
Aku minat dengan cerita dan kisah mengenai natrah. Filemnya tak ditayangkan lagi kerana risau ia bakal mencetuskan kemarahan kaum. Malah membangkitkan kebencian kepada islam. Jadi aku redha demi menyelamatkan tanah air ku diranapkan penumpang. Ups! Aku suka filem ini kerana berangan ala2 jadi anak orang putih masuk kampong la konon … masa tuh temerloh masih kampung, bak kata siti nurhaliza, dia dari kampung…. Kampung Awah, di Temerloh! D.Nije, kami orang pahang. We don't speak your awkward language!
Bila teater pulak ditayangkan, aku tak lepaskan peluang. Lakonan Maya Karin dan Remy Ishak tidak mengecewakan walaupun harapan aku sebenarnya nak tengok Diana Danielle yang menggalas peranan sebagai natrah. Aku kagum dengan si Sofea Jane ketika monolognya yang agak panjang namun berkesan. Namun media dah memberikan komentar, isu keagamaan terlalu panjang, sehingga tak sempat penonton nak menyayangi natrah dalam teater itu. Secara keseluruhannya, aku berpuas hati tapi mahukan lebih lagi.
Teater Antara
Diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul. Tertariknya ke sini pastinya tak mahu lepaskan peluang menyaksikan penyanyi Ziana Zain. Ramai lagi yang ada, antaranya, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Lan ex-MUH, dan beberapa yang lain. Ia berkisar tentang mulanya kejadian manusia antara adam dan hawa sehinggalah apa yang berlaku kini. Susah bukan? Banyak batasan dalam merungkai aspek penciptaan. Jadi aku ucapkan tahniah kepada pengarahnya, Erma Fatima. Paling aku suka adalah watak dan monolog si syaitan! Memang berkesan. Tak tahu siapa dia kerana masa tuh aku lebih teruja dengan lagu-lagu dinyanyikan Ziana. Mmm mungkin, ini sebuah persembahan menghiasi Istana Budaya. Tak bosan dan menarik.
Part paling membuat aku ingat sehingga kini ketika semua orang diminta bangun untuk berselawat, ziana zain yang dihulurkan mikrofon oleh lan ex-muh ketika itu, mengalunkan selawat version nyanyi lagu ala2 menadah gerimis gitu! Siap kaki nak lentik-lentik bagai! Tapi bagusnya anak pak zain ini, dia hafal semua selawat ye. Those yang tak hafal lagi, better do something. Dari aku penuh semangat nak selawat, membuatkan aku dan rakan lain yang menonton saling terbahak-bahak.
Teater Sri Mersing
Nak tengok? Oh tidak. Tiada apa yang buat aku bersemangat untuk menontonnya. Cuma ajakan si rakanku anis, kali ini aku sambut dengan berkata YA. Harapan aku untuk teater ini, sebaris dengan apa yang ku peroleh dari teater Natrah.
Namun, Lakonan Elly Mazlin dan Adi Putra langsung tidak mengecewakan. Elly adalah dia. Gadis yang ayu. Sebagaimana duduknya dihadapan wartawan, begitulah dia dalam teater ini. Aku bangga dengan mereka. Nak cari pelakon yang boleh menyanyi pun susah juga. Jadi aku kagum dengan persembahannya. Sri Mersing lagunya indah. Memang meruntun hati. Turut menarik perhatian, Melissa Saila, Rushdi Ramli, Azizah Mahzan, geng raja lawak + sepah, Leez, Datuk Mustapa Maarof dan Datin Rosnani Jamil.
* tiada kena mengena dengan yang dah mati. rasanya yang masih hidup kot!
7 comments:
+ nice + *nanti komen lg, tk sempat bc habis lg.
tolong... budu, ko pegi johor aku nak kirim bom boleh tak.. ada yang nak kena letup ni..
kashi, err... aku buat bisnes batik je. yang lain2 belum teroka lagi la.
analisis yang baik umpama pembaca berita 'membaca' analisis mengenai mahkamah 'SYARIA' di malaysia. hihihi. watch out there's a stalker following... lalalala
paling best teater for me is ronggeng rokiah,masih teringat watak osman players...
+ dnije +
hahaha... 1malaysia... not 1 israel! k. so dapat laa yang sharia!
+ azmir +
huhuhu... nak letak dalam serunding ke? .... rosaklah lubang ketiga!
+ fingers +
fuh, itu terlepas! masa tuh rakyat biasa je lagi. belum kenal dunia! hehehe
+sharia+
owh ye ke? kalau benar 1malaysia, maka perlulah 1 bahasanya iaitu bahasa malaysia, kena la faham sebutan dan maksudnya... betul tak? bukan hanya menyebut di pinggir bibir tp sebutannya tidak sebulat seperti yang sepatutnya. tul tak?
Thanks so much for this article, quite effective piece of writing.
Regina hotels | bankruptcy | universities in Illinois
Post a Comment