Ahad lepas aku berkesempatan menolong rakan baik aku untuk sesi fotografi. Mengambil lokasi di laluan air sungai klang, yang mengalirkan air sungai bersama bahan buangan lain. Oleh kerana kawasan ini larangan, maka aku tak pernah terlintas untuk turun ke situ.
[aksi yang amat menyakitkan]
Untuk pengetahuan semua, sejak daripada dahulu lagi aku sering perhatikan laluan air ini. Kerana wujudnya lukisan mural yang menulis pelbagai lukisan-lukisan abstrak dan adikreatif.
[carl + kuncu-kuncu-nya ]
Ketika menjelang pilihanraya 8 Mac 2008, di bahagian sisi tebing laluan ini penuh dengan mural tertera perkataan ABU. Jenuh jugak aku memikirkan maksud perkataan itu. Akhirnya, setelah beberapa kali melintasi kawasan tersebut, terjawablah sudah makna disebalik graffiti perkataan itu iaitu : ASAL BUKAN UMNO : ABU. Wah! Hebat juga cerdik kreatif ini dalam menilai politik di Malaysia. Bukan berkarya semata-mata.
Berbalik kepada sesi pengambaran ini, kami terus menapak ke susur turun laluan air sungai ini. Setibanya dilokasi, terus memulakan sesi bergambar. Mulanya aku kekok, sebabnya, aksi-aksi bergambar ini… hanya aku lakukan di hadapan teman-teman rapat terutamanya kalangan teman-teman GBS + yang amat kurindui +.
[tetap aksi melompat . gbs semua boleh lagi ke? ]
Ketika beraksi itu, aku tak menyedari kebanyakan daripada mural ini adalah terjemahan kepada perkara-perkara atau peristiwa yang berlaku di tanah air. Setakat ini aku ternampak… isu kehilangan enjin jet pesawat F5E ini. Aku hanya terperasan ketika melihat satu persatu lukisan ini menerusi gambar foto yang dikirimkan jurufoto. Sebabnya jika menilai mural graffiti ini dari jarak dekat, sememangnya ia tidak membantu untuk mengetahui maksud dan penyampaian sang kreatif ini.
[ENGINE FOR SALE??]
Jadi kepada anda yang tak mahu lepaskan peluang ini, sebelum dipadam kali ke-X oleh pihak dewan bandaraya kuala lumpur, maka silalah berkunjung ke stesen lrt putra hentian Pasar Seni. Di sana, tolehkan pandangan ke arah laluan aliran sungai klang ini.
+ Sebelum ini, ada mural animasi megatron, wajah tun Mahathir, arwah yasmin ahmad dan banyak lagi. Mungkin SENI itu MAHA INDAH tatkala DIPOLITIKKAN, sebagaimana 'pengiktirafan lagu dan karya seni' dalam sesebuah pertandingan +
Foto ihsan : carl + rakan2
13 comments:
cantik! best! tak sabar nak buat photoshoot raya tahun ni..
nice graffiti...
brilliant idea kasha!
Dah besar-besar baru nak main longkang & parit. Heheh.
Komen juri = model mempunyai ekspresi muka yang sangat komited bagi sesi fotografi ni.
+ azmir +
photoshoot raya kat tasik kan?
+ dxoul lacruz +
huhuhu... aku cup color pink lak tahun ni.
+ amani +
dulu indoor game je. anak emak. fuh juri ni selalu tgk American Next Top Model ke?
nice an really enjoy it! chomey :)
heyya,
kalau tak silap i,DBKL benarkan grafiti artist ni lukis dinding kat certain area,wall berhampuran PUTRA Pasar seni tu one of them..
+ fingers +
tuan ... i tot nggak bisa conteng.but nway kagum dgn hasil nukilan mereka ...
nice, not really DBKL benarkan actually cuma pandang sebelah mata sikit, itupun yang jenis general, yang ABU (asal bukan UMNO) dah banyak kena cat balik.
saya chup kaler biru. eh kena chup ke?
+ kasha +
dia ambil purple... macam logo astro katanya! mmm
+abg im+
kalau mcm tu sy nak amik silver lah. sempena kaler 'dish' astro. opsss....
+ dish nije +
mmm kalu pakai phone keypad tekan2 tu, rasanya C dan H jauh benar kan... ? fikir2kan! ahaks!
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik
Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….
Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
ape pun kami sedang baca older entry pos korang ni… thanks kongsi cerita..thanks.... harap aku menerima respond yang baik dari blog korang ni…
Post a Comment