Thursday, March 4, 2010

BACK TO SCHOOL with ansara

Program adhock ini aku terpaksa pergi kerana kekurangan orang. Aku sempat mengajak rakan taulan GBS, namun tidak dapat direalisasikan kerana masalah logistik. Dan sememangnya tidak logik jika kami yang baru setahun jagung bekerja ini mengeluarkan duit semata-mata kerana program bakti ini… (duit zakat pun tak lepas, lagi nak potong bulanan kepada wwf … )

Program unik kali ini kelolaan Cikgu Wan Norhalina. Mukadimah program sungguh gah. Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut prestasi mereka. Aku yang membaca aturcara serta objektifnya menyifatkan perancangan disusun rapi pengelola.

Mula menyelusuri malam ke SELAMA, Perak bersama Mantan Timb. Ansara, Bro Lan Bani. Menaiki NEO milik anaknya… pecutan dibuat hinggakan aku tak lena tidur. Sehingga kami menjejak kaki di SELAMA yakni rumah kakak kepada Bro Lan untuk menumpang tidur. Tiba jam 3 pagi. Aku yang ditempatkan bersama seorang lagi ahli ansara, terjaga seawal jam 6 pagi lagi. Semangat kembali ke maktab soal kedua. Yang pertamanya adalah bateri iphone aku habis. Motif tidur dengan iphone? Sebab bedmate aku berdengkur bak Jaclyn Victor repeat lagu gemilang tang korus sebut REALITI banyak2.

Awal pagi lagi, tatkala embun jantan masih segar pada dedaunan menghijau, kami menuju ke Kulim. Pekan kecil ini masih seperti dahulu. Perubahan mungkin di bandar-bandar baru dan Kulim Hi-Tech. Lokasi perjalanan mengingatkan aku kepada beberapa mercu tanda penting di Kulim ini. Ups… ala dramanya ayat ni. Syuh! Syuh!

Program bermula jam 8.30 pagi. Sesi perkenalan dimulakan dengan semudah mungkin. Kemudian aku bertemu dengan ahli ansara yang lain. Rata-rata ahli dari cawangan mrsm lain yang tinggal berhampiran Kulim. Cuma kami sahaja yang datangnya dari Kuala Lumpur dan aku yang TERMUDA sekali. Bila diberikan kumpulan masing-masing untuk menjadi Fasilitator, aku terpilih bersama sepasang suami isteri untuk kumpulan 2 (pelajar prestasi sederhana dan ada kemajuan). Namun seorang ahli lain berseorangan menyebabkan aku menawarkan diri menyertainya.

LDK bersama Kumpulan 1 (pelajar cemerlang dan prestasi membanggakan).
Aku bersama tuan haji Azlan. Seorang yang cool dan perilaku orangnya penuh sifat kebapaan. Bila aku tengokkan orangnya, teringat watak abg ipar ketiga aku. Permulaan dengan berkenalan bersama pelajar. Susun bicara Tuan Haji seolah-olah sudah biasa berucap. Semuanya ibarat tertulis. Siapa dirinya dan biodata peribadinya. Aku? Hehe… Nak tau? Mmm tak perlulah sebab aku rasa ia eksklusif untuk saat itu sahaja.


Dua sesi LDK berlangsung. Aku yang meneliti aturcara, faham dengan susunannya. Malah aku bersama tuan haji meminta untuk waktu rehat ditukar kepada slot uji akal. Pelajar? Mmm berani cakap tak setuju? Hahaha… Namun segalanya berjalan dengan molek sekali. Memulakannya, tuan haji membuat segmen menonton sebuah filem (high school musical) wow! Hebat tuan haji. Tak sangka minat filem tu. Dan diakhiri dengan beberapa penerangan penting di sebalik filem itu. Mmmm…. aku pulak takkan nak bawak siri Gossip Girls or even Desperate Housewives. Mau taknya cikgu wan kepit aku dengan kereta barunya yang pintu terbukak sendiri tuh! hahaha!

[sebahagian pelajar . mood penat aku menyebabkan aku sedikit malas untuk mengambil photo ]

Aku pula, bila tuan haji membuat segmen lagi. Aku cuma menambah apa yang mampu. Segan nak berlebih sebab aku kagum kejayaan Tuan Haji. Bila ada segmen penerangan kepada masalah, aku mengadakan segmen berfikir dengan logik.

Tidak ketinggalan… aku mengajak pelajar menjawab permainan IQ. Tuan Haji pula, siapkan dan menyampaikan hadiahnya (coklat bar berjenama). Kombinasi hebat pulak aku rasa. 3 varian uji akal aku lakukan bersama mereka. Permainannya sehinggalah setiap daripada pelajar-pelajar ini faham. Tuan haji tersenyum tatkala dia mengetahui jawapannya. Aku tau dia tak tau pun jawapan permainan-permainan itu. (tetap nak pegang batang yang imam pegang masa khutbah tuh … dah lupa namanya!).

Akhir sekali ada program seterusnya di Dewan Serbaguna milik kem PGA yakni lokasi majlis graduasi kami dahulu) Aku tak berapa ingat aturcara dan isi penting yang berlaku kerana aku betul-betul penat. Malah selesema yang aku hadapi masih belum pulih sepenuhnya. Aku tertidur ketika kedatangan tuan pengetua ingin menyampaikan cendera hati (ops labu sayung). Ku hadiahkan kepada tuan haji sebab aku rasa tuan haji ‘carry’ dengan rekabentuk labu sayung. (tetiba browse internet cari a new design ala labu sayung kat IKEA… J cheers!).

Itu sahajalah yang segar dalam ingatan ini. Yang lain aku rasa macam cutways amatur untuk penuhkan slot perjalanan hidup aku je.

(seronok bila dapat kembali ke sekolah tempat kita memperoleh ilmu. aku pula merasakan di situlah tempat terbaik yang aku kecapi. Ditambah pula dengan para pendidik yang penuh dedikasi itu… fuh ingin ku ulangi saat itu. Rindunya!)

6 comments:

Adam Ruslan said...

Paleo pon tak pegi?

a z m i r said...

bestnye uji akal!!

d u t a said...

+ paleo +
ada kenduri senior . arnold! huhuhu

d u t a said...

+ uji akal +
mmm ketua bwp the last to answer! hahaha

Fingers of God said...

satu usaha untuk memartabatkan bangsa kita.KUDOS to u mate.anggap ini baru langkah pertama anda,akan ada langkah yang kedua..

Bryon said...

This can't really work, I believe like this.
seattle limousine service | limo for prom | pregnancy announcement