Sunday, December 13, 2009

i'm MALAY

Minggu ini, aku kepenatan berikutan kerja seawal jam 9pagi. Kebiasaannya, aku masuk ke news room jam 11 pagi... kerana tugasan ku selama 9 jam tanpa rehat tidur dikala break... sehingga jam 8 malam! Namun ia tidak mengugat kerja2 sampingan yang gemar dilakukan aku.

Tanggal 12 disember bersamaan dengan entah berapa Zulhijjah... aku diberi peluang oleh bekas rakan sekerja aku mendukung peranan sebagai pengacara majlis untuk acara resepsi yang berlangsung di The Saujana Kuala Lumpur. Apapun, tahniah kepada beliau, Soraya Munday + Syahrizal Ismail.

Maaf, aku tak berkesempatan bergambar dengan kedua-dua mempelai berikutan mereka sibuk mengutip wang ketika bersalaman dengan tetamu! hahaha!

Yang membuatkan aku ingin menulis kali ini sementelah majlis yang diadakan ini dihadiri pelbagai kaum bukan sahaja di Malaysia. Malah ada yang datang dari Australia (sebelah Soraya), rakan dari Amerika dan juga dari Sri Lanka. Oleh kerana, mother tounge aku yang suku kelantan, selebihnya anak jati pahang ini... tidak menyediakan skrip seagung bahasa inggeris yang bakal difahami semua, aku terpaksa mencari alternatif dan penyelesaian. Lebih2 lagi keunikan pantun melayu yang sukar diterjemahkan. Diburukkan lagi translasi bagi perkataan ADAT MERENJIS... (ada orang cakap ; blessing? aku fikir macam rahib dalam teater natrah pulak).

Nak dijadikan cerita, aku diketemukan dengan seorang flower girl. Pengiring pengantin, bukan pengapit pengantin. Dia adalah seorang kanak2 perempuan anak kacukan berusia 8 tahun bersama adiknya yang berusia lingkungan 5-6 tahun. Dari awal lagi, budak tuh sibuk2 mendekati aku ketika berbincang tentang perjalanan majlis. Aku mengendahkan kanak-kanak itu... berikutan sikap profesional dan tekun bekerja ala intan mastura lakonan nur fazura dalam pisau cukur. Pen diputar sambil memberikan idea, AX sunglass dicangkuk di baju, diari ditulis dan baju menepati tema santai sambil bersilang kaki! hahah! (imaginasi melampau)

Rehearsal pun berlangsung. Watak pengiring pengantin ditatih wedding planner. Sekali sahaja berlangsung, segalanya berjalan dengan sempurna. Aku bersyukur kerana mengejar masa untuk menunaikan solat jumaat. Namun, kanak2 perempuan itu mendekati seraya berkata;

GIRL : again uncle, what is your name?

DUTA : uncle helmi. why?

GIRL : Nothing (sambil menunjukkan mimik muka selamba)

Aku yang nak tunjuk hebat english melayu aku, dan bersifat melayu yang suka menyapa pun lantas menyoal kanak-kanak ini...

DUTA : so... u r the flower girl?

GIRL : You don't see me meh? (nada macam aunty cina speak broken english). haiya... you aaa...

Sentap pulak aku budak ni cakap macam tuh. K, tak nak kalah ni. Aku pun fikir soalan lain.

DUTA : But tonite my script will be in bahasa... can't you understand malay?

GIRL : (sambil menjegilkan matanya dengan kepala goyang-goyang ala2 public speaking)... I'M MALAY. I GO TO SCHOOL AND LEARN BAHASA. WHY CAN'T UNDERSTAND YOU? I'M MALAYSIAN. AND I SPEAK BAHASA!

aku? terdiam . REDHA AND RELA .


Malam itu, kami close gila sampai orang ingat i her uncle! go girl. terkenang rancangan remaja zaman awal 2000 setelah seorang remaja perempuan yang membuat kenyataan; I'M NOT BAJU KURUNG GIRL! carutan aku sebaik mendengar kenyataan itu, tidak dapat disiarkan diblog ini kerana terlalu sensitif! TUUUUTTT.......

3 comments:

shooter said...

cantiknye flower girl. seb baek anak aku kecik lagi. kalo dah, dah bermenantu. whoahahahaha....
(*mesti orang yang ada 2 anak pon nak booking adik flower girl nih)

a z m i r said...

hahaha...dapat bayangkan gaya mencatat nota tu..

d u t a said...

+ shooter +
perh, macam cite melayu lak, kecik2 nak jodohkan! hehehe...

+ gaya +
aksi penting dalam setiap acara! hahah