Tuesday, March 29, 2011

SMS ayah!

pagi tadi, ketika sedang membelah kesesakan lalu lintas di kuala lumpur, aku dikejutkan dengan sms ini...


aku gelak berdekah-dekah seorang dalam kereta;

pertama; of course la, aku kagum dgn sms ini. ayah aku dah kembali ke rahmatullah sejak aku umur 13 tahun lagi. takkan lah mungkar nangkir yang text sms tu kan? wah hebat!

kedua; aku panggil ayah aku DAD perh!!. bukan ayah... (aku panggil abah .... hehehe - berangan duk london)

ketiganya; ayah aku kan polis. yang kaedahnya nak jadikan ayah kat balai polis sebagai satu masalah kenapa lak? ayah oh ayah

keempat; aku rasa itu lawak pagi aku hari ini...

Saturday, March 26, 2011

MENU musim gaji

menu time gaji begini, mulalah terasa nak makan macam-macam. taste bud aku japanese cuisine tanpa radiasi. tapi sebab tak de 'gu' -loghat kelantan- nak makan japanese, italian pun jadilah... Pizza hu* tu italian lah sangat kan. ye la, dulu masa kecik2, roti mamak motor je korang bedalkan. kfc tu, pakai tepung kfc goreng ayam segar kat pasar je kan? dah kira inggeris dah kan? mmm... sudah.

apapun, tadi, 2 kali aku mengunjungi cawangan pizza hu* yang sama. Pengurusnya seorang wanita berbangsa India. Mukanya agak ketat berbanding pengurus cawangan lain. aku tak pilih menu pizza, sebab faktor memendekkan tempoh makan yakni makan tengah hari dan makan malam dalam satu masa, -ala2 musim sejuk-... Yang aku pesan, menu cheese baked rice dan smoked deli wing DUA KETUL. maklumlah, tangki bukan sebesar.... -selesaikan dalam hati-

Masa tiba, hanya ada satu pasangan bersama 2 anaknya di sudut penjuru premis ini. Aku mengambil tempat biasa. Pesanan diambil seorang wanita yang aku rasa usianya lingkungan 33 - 36 tahun. Sebaik pesanan diambil, dia ke kaunter dapur. Aku lihat dia memaklumkan kepada jurumasak, sambil menunjukkan satu persatu menu yang aku pilih pada buku menu.

Tidak lama kemudian, pengurusnya itu memanggil pelayan wanita tersebut. Di meja kaunter pembayarannya, pengurus meminta pelayan itu mengulangi semua menu yang dipesan. berdasarkan pengamatan aku, pelayan itu tidak bijak menutur dalam bahasa inggeris. kerana semua menu, ditunjuknya.

Nak dijadikan cerita, pengurus tersebut, mengherdiknya dengan meminta pekerjanya itu menyebut satu persatu menu kami. Dan akhirnya aku jelas mendengar, wanita itu menyebut, AYAM NI 2 KETUL. Diikuti semua pesanan air yang disebut betul2 pelayan itu.

Pesanan tiba secara berperingkat. Bermula dengan air dan menu utama. Seterusnya diikuti dengan pesanan AYAM 2 KETUL itu tadi. Tetapi, tiba sahaja di meja, ayam itu adalah 4 ketul. Aku terus memandang pelayan tersebut dan memaklumkan pesanan yang dibuat hanya untuk 2 ketul.

Pengurus wanita tersebut dengan jelingannya mengeleng-gelengkan kepalanya. sambil mengherdik, KAMU NI, TADI SAYA TANYA BERAPA, KAMU CAKAP 4. SEKARANG... MMMM! - sambil mencatatkan sesuatu mengenai kesalahan pekerjanya di dalam buku laporan.

Aku tersentak. Bila masa pulak pekerja kamu cakap kuantitinya 4 ? Sebaik pelayan itu tiba dimeja aku, aku maklumkan, bukan silap dia. Yang silap pengurus kamu yang tak dengar apa yang kamu cakap. Tapi yang sedihnya, pelayan tu memberikan reaksi ;

" takpe dik... dia bos, akak pekerja je. terpaksalah .... " ... habis

+ takkan semua yang jadi bos adalah MAKSUM - rujuk pengamal agama - +

Tuesday, March 22, 2011

4 days notes

+ terkandas +
kereta aku terkandas di merchang, kuala terengganu ketika dalam perjalanan ke sana akibat air sungai di muara naik ke jalan. sememangnya, sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai bermula dari temerloh sehinggalah ke kuala terengganu. aku terpaksa berpatah balik ke simpang ke arah laluan jerangau kira-kira 45 minit dari lokasi banjir. ketika di tandas, ada orang kata, air naik disebabkan tsunami di jepun. nasib baik aku tengok berita; tetiba nak buat lintas langsung !

+ kesunyian +
sepanjang perjalanan, radio cd player aku tidak berfungsi ketika tiba di genting sempah, lebuh raya karak-kuala lumpur. usianya sejak 2006 menjadikan aku redha dengan pemergiannya. perjalanan menyebabkan aku terasa mengantuk kerana agak sunyi. aku terpaksa mendengar muzik dari iphone aku secara sendirian. arghh!

+ jelajah +
tujuan asal singgah di gerai-gerai peraih musim hujan gagal selepas tersilap masuk laluan. maklum sahajalah, sebagai bukan sepenuhnya darah keturunan negara ini, menyebabkan beberapa kali silap memasuki lorong dan laluan pedalaman di persisir pantai dari kuala besut ke kelantan.

+ gulai tempoyak +
masakan kegemaran. sememangnya dinantikan tiap kali pulang. thanks mak. anyway, terlupa nak beli bahan untuk buat menu ikan 3 rasa ku! mmm bulan 5 dan 6 terpaksa pulang lagi. insyaallah ingat.

+ mp3 & cd player baru +
tertekan dengan kesunyian untuk pulang, aku tekad beli pengganti. pertamanya pilihan jenama son* namun disebabkan kegagalan syarikat tersebut dalam urusniaga penggunaan kad kredit mahupun debit menyebabkan aku menukarkan kepada jenama lain di premis perniagaan yang lain. sorry, terambil jenama sama sebelum ini. tapi dah upgrade untuk dengar menerusi mp3 cd dan ada dilengkapi AUX cable.

+ lampin pakai buang +
perbualan mak aku memang sering menjadi perhatian. ketika dia memulakan sesi ceramahnya tentang kepenatan menjaga kami ketika masih bayi berbanding anak2nya yang mempunyai bayi kecil, jawapan aku senang aja ; 'dulu mak pakai lampin kain, tidur pun tak selesa... sekarang ni pakai lampin pakai buang' . heheh... mak aku ; ' haha, betul gak kan ' - loghat kelantan campur kl sebab nak bagi aku faham.

+ berhujan di bentong +
perjalanan dengan kesesakan sememangnya sudah dijangkakan berikutan cuti sekolah berakhir. namun perjalanan kami terhenti akibat hujan yang teramat lebat sebelum masuk ke lebuh raya karak. sebagai orang islam, aku sempat singgah di masjid di bentong. sayang dan sedih sekali, masjid yang sudah agak berusia ini, tiris atapnya dan rasanya perlukan dana untuk dibaikpulih. tak pun tunggu mana2 DUN tak de, maka dapatlah belanjawan untuk tok siak sekali. tak gitu peribumi sarawak?

Tuesday, March 1, 2011

smart fridge

tabiat aku bila balik rumah aku suka buka peti ais, sebabnya aku rasa ada sesuatu yg boleh aku hasilkan. contohnya aku pernah goreng daging burger dgn cornflakes + tomato dan sedikit sos thai, hasilnya, untuk tekak aku, kira cukup sedap.

tapi aku kali ini aku xkawal lagi kemasukan bahan mentah di dalam peti ais. namun aku kena pantau juga. sebab tak nak membazir, aku rasa aku kena tgk juga apa yg mudah habis tempoh atau akan basi. dan dari situ aku boleh bajet yg mana satu kena makan dulu.

apapun aku rasa ada faktor lain yg mempercepatkan proses pereputan benda hidup tersebut . yang aku jangkakan adalah peti ais yg aku miliki dr tuan rumah ini. usianya barangkali menyebabkan banyak bahan mentah reput lebih cepat dr kadar biasa biarpun telah dibungkus dalam plastik khas.

dan faktor ruang masa tuan juga. ditambah selera makan yg berbagai-bagai juga antara faktor menyebabkan barangan ini bertambah satu persatu dan juga tidak dikawal.

dalam fikiran sedang meneliti sebuah peti ais bijak atau nama englishnya smart fridge . konsepnya, setiap barangan dimasukkan boleh disenaraikan dalam sistem data termasuk anggaran tarikh luput. selain boleh melihat stok barangan ini; sistem mampu memberikan amaran kepada pemiliknya bagi memastikan bahan mentah tersebut diguna sebaiknya sebelum ia reput. tapi apapun, pemiliknya tetap kena rajin jugalah kan... tau ke mak kita nak guna teknologi tu? BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop