Monday, March 29, 2010

HAPPY POLICE DAY - pdrm

Pagi tadi aku melewati lebuhraya damansara puchong, untuk susur keluar ke lebuh raya persekutuan. Tatkala menempuh kesesakan lalu lintas harian, aku yang sedang asyik mendengar siaran radio tidak berbayar di dalam kereta, terpandang aku dengan seorang anggota polis trafik yang jalan beriringan dengan 2 kanak-kanak berpakaian sekolah.

Hati aku tiba-tiba tersentuh, bila melihat anggota polis itu menahan kereta, dan memberikan laluan kepada kanak-kanak itu menyeberangi jalan. Jika dia tidak berbuat demikian, pasti lewat murid itu ke sekolah.

Peristiwa itu… membuatkan aku terkenangkan ABAH aku yang dahulu juga seorang anggota polis. Kami 3 beradik, kak ngah, kak cik dan aku sering berjalan kaki ke sekolah, (sebab itu kitorang slim). Abah kadang kala ditugaskan menjaga lalu lintas untuk pelajar2 melintas di hadapan sekolah abu bakar school - (weols sekolah inggeris). Kami yang dari sekolah rendah kami di kawasan itu juga, berjalan kaki pulang dengan melalui laluan yang dijaga abah. Sempat singgah membeli keropok sepuluh sen sekeping, kami melintas dengan bantuan abah! Abah ada juga tawarkan pulang bersamanya, tapi kami yang faham akan pulang lewat kerana tugasnya, menolak pelawaan itu. Kami lagi selesa pulang jalan kaki ke rumah.

Itu dulu, kini abah dah tiada lagi. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika aku berusia 13 tahun. Tak sempat masa tuh abah nak tengok anak2 dia ni membesar. Apapun… kami rindukan abah. Alfatihah buat abah. Moga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Buat adik aku, yang kini mengikuti jejak langkahnya menjadi anggota polis, selamat hari polis ye. Nanti elaun yang musa Hassan bagi tuh jangan lupa buat kenduri makan-makan.

Friday, March 26, 2010

REBATE RM 5 for every RM200

Pagi tadi aku bergegas ke office dengan kehabisan minyak kereta. Kelipan amaran membuatkan aku bimbang, lantas segera ke stesen minyak yang berhampiran, CALTEX! Maaf, bukannya tak nak sokong petronas tapi aku rasa aku lebih perlu selamatkan diriku jika kehabisan minyak di tengah-tengah perjalanan! Hilang bau parfum nanti.

Tapi ketika sedang mengisi petrol, aku ternampak iklan ini! Lantas membuatkan aku terfikir... siapalah yang nak spent RM200 dalam satu resit di CALTEX? sesiapa card holder tolong jelaskan. Sebab tiada terms and conditions yang dipaparkan pada keratan iklan ini dan pada laman webnya.


Ok itu je! Saje nak bagi inspirasi kepada yang merasa ralat menulis blog dengan sumber yang ringan seperti ini! hahaha...

+ masih menunggu isu bumper bersama jacket dari london serta edisi penganjuran pertandingan dart & bola tampar ketika masa kerja menerusi siaran berbayar ataupun pelbagai penyakit ngeri akibat menggunakan kaedah mistik atas kenaikan pangkat +

Monday, March 22, 2010

THEATRE & me

Aku minat teater. Sejak zaman sekolah lagi. Aku teringat kisah Mahsuri lakonan senior-senior aku di mrsm dahulu. Ia persembahan teater Blok D yakni blok kakak aku. Masa tuh aku sokong group kakak aku lah. Cuma aku tak ingat dia jadi apa. Masa tuh kami junior lagi. Part mahsuri kena bunuh, mmg aku tak tahan! [gbs faham. shut up].

Zaman aku pulak, aku sertai kelab teater. Biasalah zaman jahiliah lagi masa tuh. Mrsm aku masa tuh belum sepenuhnya diislamkan! Hahaha! Maksud aku, tak wajibkan pelajar perempuan pakai tudung, malah tak haramkan pemain bola sepak memakai short! Bila minggu aktiviti, aku buat persembahan teater hantu! Watak hantu? Aku dan ahli rumah aku! Masa tuh bro Ajooba, Jack dan beberapa lagi sertai teater tuh. Menang lak nombor satu! Terasa tetiba jadi U-wei Hj Shaari… pulak masa tuh! Tak pun dramatis Azean Irdawaty… eh silap bini James Cameroon lah, kalahkan filem Avatar. Ahaks!

Zaman berlalu, bila sudah bekerjaya, aku pernah menang RM1000 bersama kumpulan yang ditubuhkan untuk satu pertandingan persembahan bersempena majlis makan malam tahunan syarikat yang aku bekerja. Oleh kerana ia adalah tertutup, maka aku tak ceritakan halnya. Hanya rakan sekerja yang ada bersama ketika itu sahaja yang mengetahui kemenangan itu. Apapun aku bangga, segalanya happy ending!

Ok. Itu baru intro, bak kata wartawan penyiaran kak wawa yang membuat intro lintas langsung EGM MCA… selama 10 minit, sedangkan berita cuma 30 minit tak masuk promo lagi. Ingat rancangan WHI ke? Nak meleret sebab topik tak cukup! Hahaha…

Ini ceritanya, 3 teater ku kupaskan jadikan perbandingan.


Teater Natrah

Aku minat dengan cerita dan kisah mengenai natrah. Filemnya tak ditayangkan lagi kerana risau ia bakal mencetuskan kemarahan kaum. Malah membangkitkan kebencian kepada islam. Jadi aku redha demi menyelamatkan tanah air ku diranapkan penumpang. Ups! Aku suka filem ini kerana berangan ala2 jadi anak orang putih masuk kampong la konon … masa tuh temerloh masih kampung, bak kata siti nurhaliza, dia dari kampung…. Kampung Awah, di Temerloh! D.Nije, kami orang pahang. We don't speak your awkward language!

Bila teater pulak ditayangkan, aku tak lepaskan peluang. Lakonan Maya Karin dan Remy Ishak tidak mengecewakan walaupun harapan aku sebenarnya nak tengok Diana Danielle yang menggalas peranan sebagai natrah. Aku kagum dengan si Sofea Jane ketika monolognya yang agak panjang namun berkesan. Namun media dah memberikan komentar, isu keagamaan terlalu panjang, sehingga tak sempat penonton nak menyayangi natrah dalam teater itu. Secara keseluruhannya, aku berpuas hati tapi mahukan lebih lagi.

Teater Antara

Diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul. Tertariknya ke sini pastinya tak mahu lepaskan peluang menyaksikan penyanyi Ziana Zain. Ramai lagi yang ada, antaranya, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Lan ex-MUH, dan beberapa yang lain. Ia berkisar tentang mulanya kejadian manusia antara adam dan hawa sehinggalah apa yang berlaku kini. Susah bukan? Banyak batasan dalam merungkai aspek penciptaan. Jadi aku ucapkan tahniah kepada pengarahnya, Erma Fatima. Paling aku suka adalah watak dan monolog si syaitan! Memang berkesan. Tak tahu siapa dia kerana masa tuh aku lebih teruja dengan lagu-lagu dinyanyikan Ziana. Mmm mungkin, ini sebuah persembahan menghiasi Istana Budaya. Tak bosan dan menarik.

Part paling membuat aku ingat sehingga kini ketika semua orang diminta bangun untuk berselawat, ziana zain yang dihulurkan mikrofon oleh lan ex-muh ketika itu, mengalunkan selawat version nyanyi lagu ala2 menadah gerimis gitu! Siap kaki nak lentik-lentik bagai! Tapi bagusnya anak pak zain ini, dia hafal semua selawat ye. Those yang tak hafal lagi, better do something. Dari aku penuh semangat nak selawat, membuatkan aku dan rakan lain yang menonton saling terbahak-bahak.


Teater Sri Mersing

Nak tengok? Oh tidak. Tiada apa yang buat aku bersemangat untuk menontonnya. Cuma ajakan si rakanku anis, kali ini aku sambut dengan berkata YA. Harapan aku untuk teater ini, sebaris dengan apa yang ku peroleh dari teater Natrah.

Namun, Lakonan Elly Mazlin dan Adi Putra langsung tidak mengecewakan. Elly adalah dia. Gadis yang ayu. Sebagaimana duduknya dihadapan wartawan, begitulah dia dalam teater ini. Aku bangga dengan mereka. Nak cari pelakon yang boleh menyanyi pun susah juga. Jadi aku kagum dengan persembahannya. Sri Mersing lagunya indah. Memang meruntun hati. Turut menarik perhatian, Melissa Saila, Rushdi Ramli, Azizah Mahzan, geng raja lawak + sepah, Leez, Datuk Mustapa Maarof dan Datin Rosnani Jamil.

Banyak yang terbuku dalam fikiranku tentang cerita ini, kerana aku mahu mengerti adakah ia sebuah sejarah, atau hanya mitos semata-mata. Apapun aku berikan ini yang terbaik buat masa ini.

----------------------------------------------------------------------------------

Eh eh, tak habis lagi. Katanya nak tunggu bumper, tapi aku rela menulis sekerat lagi walaupun alasan seakan kesibukan melanda.

Wah! Aku terpanggil menulis tentang teater ini, kerana sehabis menonton teater Sri Mersing, kami duduk semeja dengan seorang penggiat seni yang hebat. Bro Khalid Salleh.

Sayang sekali, ujarnya… dia bosan dengan teater Sri Mersing. Katanya mengantuk dan penghayatannya masih jelas menampakkan seolah-olah masih lakonan. (ini terjemahan ayatnya, aku kurang ingat bait2 ayat yang disusun ketika itu olehnya). Aku mengiyakan, sebab dia lebih arif dalam hal-hal sebegini. Lagipun aku baru sahaja menilai ini semua, dia dah berkurun terlibat dalam bidang ini.

Tapi aku punya pandangan sendiri. Bagi diriku, lakonan dan apa yang dipersembahkan sudah memadai. Cukup untuk apa yang penonton mahukan. Aku memang impikan pengganti kepada epik Putri Gunung Ledang, namun… dengan peruntukan sebanyak itu… aku redha dan rela… (just to make u confuse, F)

Bagiku, takkan bajet sebuah proton saga, ku dapat sebuah Audi A4 dengan lampu led dipasang pada tengahari buta… ataupun *harga merebut sekeping siaran berparabola!


* tiada kena mengena dengan yang dah mati. rasanya yang masih hidup kot!

Friday, March 12, 2010

ARTS + politics

Ahad lepas aku berkesempatan menolong rakan baik aku untuk sesi fotografi. Mengambil lokasi di laluan air sungai klang, yang mengalirkan air sungai bersama bahan buangan lain. Oleh kerana kawasan ini larangan, maka aku tak pernah terlintas untuk turun ke situ.


[aksi yang amat menyakitkan]

Untuk pengetahuan semua, sejak daripada dahulu lagi aku sering perhatikan laluan air ini. Kerana wujudnya lukisan mural yang menulis pelbagai lukisan-lukisan abstrak dan adikreatif.


[carl + kuncu-kuncu-nya ]

Ketika menjelang pilihanraya 8 Mac 2008, di bahagian sisi tebing laluan ini penuh dengan mural tertera perkataan ABU. Jenuh jugak aku memikirkan maksud perkataan itu. Akhirnya, setelah beberapa kali melintasi kawasan tersebut, terjawablah sudah makna disebalik graffiti perkataan itu iaitu : ASAL BUKAN UMNO : ABU. Wah! Hebat juga cerdik kreatif ini dalam menilai politik di Malaysia. Bukan berkarya semata-mata.

Berbalik kepada sesi pengambaran ini, kami terus menapak ke susur turun laluan air sungai ini. Setibanya dilokasi, terus memulakan sesi bergambar. Mulanya aku kekok, sebabnya, aksi-aksi bergambar ini… hanya aku lakukan di hadapan teman-teman rapat terutamanya kalangan teman-teman GBS + yang amat kurindui +.



[tetap aksi melompat . gbs semua boleh lagi ke? ]

Ketika beraksi itu, aku tak menyedari kebanyakan daripada mural ini adalah terjemahan kepada perkara-perkara atau peristiwa yang berlaku di tanah air. Setakat ini aku ternampak… isu kehilangan enjin jet pesawat F5E ini. Aku hanya terperasan ketika melihat satu persatu lukisan ini menerusi gambar foto yang dikirimkan jurufoto. Sebabnya jika menilai mural graffiti ini dari jarak dekat, sememangnya ia tidak membantu untuk mengetahui maksud dan penyampaian sang kreatif ini.



[ENGINE FOR SALE??]

Jadi kepada anda yang tak mahu lepaskan peluang ini, sebelum dipadam kali ke-X oleh pihak dewan bandaraya kuala lumpur, maka silalah berkunjung ke stesen lrt putra hentian Pasar Seni. Di sana, tolehkan pandangan ke arah laluan aliran sungai klang ini.



+ Sebelum ini, ada mural animasi megatron, wajah tun Mahathir, arwah yasmin ahmad dan banyak lagi. Mungkin SENI itu MAHA INDAH tatkala DIPOLITIKKAN, sebagaimana 'pengiktirafan lagu dan karya seni' dalam sesebuah pertandingan +

Foto ihsan : carl + rakan2

Thursday, March 4, 2010

BACK TO SCHOOL with ansara

Program adhock ini aku terpaksa pergi kerana kekurangan orang. Aku sempat mengajak rakan taulan GBS, namun tidak dapat direalisasikan kerana masalah logistik. Dan sememangnya tidak logik jika kami yang baru setahun jagung bekerja ini mengeluarkan duit semata-mata kerana program bakti ini… (duit zakat pun tak lepas, lagi nak potong bulanan kepada wwf … )

Program unik kali ini kelolaan Cikgu Wan Norhalina. Mukadimah program sungguh gah. Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut prestasi mereka. Aku yang membaca aturcara serta objektifnya menyifatkan perancangan disusun rapi pengelola.

Mula menyelusuri malam ke SELAMA, Perak bersama Mantan Timb. Ansara, Bro Lan Bani. Menaiki NEO milik anaknya… pecutan dibuat hinggakan aku tak lena tidur. Sehingga kami menjejak kaki di SELAMA yakni rumah kakak kepada Bro Lan untuk menumpang tidur. Tiba jam 3 pagi. Aku yang ditempatkan bersama seorang lagi ahli ansara, terjaga seawal jam 6 pagi lagi. Semangat kembali ke maktab soal kedua. Yang pertamanya adalah bateri iphone aku habis. Motif tidur dengan iphone? Sebab bedmate aku berdengkur bak Jaclyn Victor repeat lagu gemilang tang korus sebut REALITI banyak2.

Awal pagi lagi, tatkala embun jantan masih segar pada dedaunan menghijau, kami menuju ke Kulim. Pekan kecil ini masih seperti dahulu. Perubahan mungkin di bandar-bandar baru dan Kulim Hi-Tech. Lokasi perjalanan mengingatkan aku kepada beberapa mercu tanda penting di Kulim ini. Ups… ala dramanya ayat ni. Syuh! Syuh!

Program bermula jam 8.30 pagi. Sesi perkenalan dimulakan dengan semudah mungkin. Kemudian aku bertemu dengan ahli ansara yang lain. Rata-rata ahli dari cawangan mrsm lain yang tinggal berhampiran Kulim. Cuma kami sahaja yang datangnya dari Kuala Lumpur dan aku yang TERMUDA sekali. Bila diberikan kumpulan masing-masing untuk menjadi Fasilitator, aku terpilih bersama sepasang suami isteri untuk kumpulan 2 (pelajar prestasi sederhana dan ada kemajuan). Namun seorang ahli lain berseorangan menyebabkan aku menawarkan diri menyertainya.

LDK bersama Kumpulan 1 (pelajar cemerlang dan prestasi membanggakan).
Aku bersama tuan haji Azlan. Seorang yang cool dan perilaku orangnya penuh sifat kebapaan. Bila aku tengokkan orangnya, teringat watak abg ipar ketiga aku. Permulaan dengan berkenalan bersama pelajar. Susun bicara Tuan Haji seolah-olah sudah biasa berucap. Semuanya ibarat tertulis. Siapa dirinya dan biodata peribadinya. Aku? Hehe… Nak tau? Mmm tak perlulah sebab aku rasa ia eksklusif untuk saat itu sahaja.


Dua sesi LDK berlangsung. Aku yang meneliti aturcara, faham dengan susunannya. Malah aku bersama tuan haji meminta untuk waktu rehat ditukar kepada slot uji akal. Pelajar? Mmm berani cakap tak setuju? Hahaha… Namun segalanya berjalan dengan molek sekali. Memulakannya, tuan haji membuat segmen menonton sebuah filem (high school musical) wow! Hebat tuan haji. Tak sangka minat filem tu. Dan diakhiri dengan beberapa penerangan penting di sebalik filem itu. Mmmm…. aku pulak takkan nak bawak siri Gossip Girls or even Desperate Housewives. Mau taknya cikgu wan kepit aku dengan kereta barunya yang pintu terbukak sendiri tuh! hahaha!

[sebahagian pelajar . mood penat aku menyebabkan aku sedikit malas untuk mengambil photo ]

Aku pula, bila tuan haji membuat segmen lagi. Aku cuma menambah apa yang mampu. Segan nak berlebih sebab aku kagum kejayaan Tuan Haji. Bila ada segmen penerangan kepada masalah, aku mengadakan segmen berfikir dengan logik.

Tidak ketinggalan… aku mengajak pelajar menjawab permainan IQ. Tuan Haji pula, siapkan dan menyampaikan hadiahnya (coklat bar berjenama). Kombinasi hebat pulak aku rasa. 3 varian uji akal aku lakukan bersama mereka. Permainannya sehinggalah setiap daripada pelajar-pelajar ini faham. Tuan haji tersenyum tatkala dia mengetahui jawapannya. Aku tau dia tak tau pun jawapan permainan-permainan itu. (tetap nak pegang batang yang imam pegang masa khutbah tuh … dah lupa namanya!).

Akhir sekali ada program seterusnya di Dewan Serbaguna milik kem PGA yakni lokasi majlis graduasi kami dahulu) Aku tak berapa ingat aturcara dan isi penting yang berlaku kerana aku betul-betul penat. Malah selesema yang aku hadapi masih belum pulih sepenuhnya. Aku tertidur ketika kedatangan tuan pengetua ingin menyampaikan cendera hati (ops labu sayung). Ku hadiahkan kepada tuan haji sebab aku rasa tuan haji ‘carry’ dengan rekabentuk labu sayung. (tetiba browse internet cari a new design ala labu sayung kat IKEA… J cheers!).

Itu sahajalah yang segar dalam ingatan ini. Yang lain aku rasa macam cutways amatur untuk penuhkan slot perjalanan hidup aku je.

(seronok bila dapat kembali ke sekolah tempat kita memperoleh ilmu. aku pula merasakan di situlah tempat terbaik yang aku kecapi. Ditambah pula dengan para pendidik yang penuh dedikasi itu… fuh ingin ku ulangi saat itu. Rindunya!)