Wednesday, December 23, 2009

born to be A DESIGNER?

Masa aku selalu bagi talk kat student mrsm under program ansara pasal siapa itu designer; aku cakap ... menjadi designer ini anugerah pemberian tuhan! Manakala... dalam kelas khas sesi bersama pelajar-pelajar ini pulak, aku akan berdepan dengan situasi sebegini ;

pelajar A : abang... saya minat sgt interior designer? macam mana saya nak jadi?

duta : [sambil melabuhkan bontot kiri diatas meja guru] awak minat, tapi tak bermakna awak ada bakat?

pelajar A
: terpinga2

Aku bagi contoh senang. Ramai kalangan kita minat menyanyi. Malah kalau diberi peluang menyanyi, pasti semuanya nak! minat nak jadi hebat macam ALYAH, ops... macam Siti Nurhaliza! Namun... namun... minat bukan segalanya! Bakat sepatutnya menjadi percaturan dalam apa yang kita lakukan.

Bila aku ingat kisah ini, ia berlaku depan mata aku. Malah ada kalangan kawan-kawan aku juga mampu membandingkan seorang graphic designer dengan seorang graphic 'applicator'! Sememangnya perkara ini berlaku... bila ditugaskan dengan sesuatu, yang diarahkan... maka hasilnya amat menyedihkan. Bukan di sektor awam sahaja... malah di sektor swasta pun sama.

[salah satu contoh; ada lagi idea ini sehingga tahun 2009 ini... someone, plis do something!]

Aku kadang2 melahirkan rasa simpati bila melihat karisma pereka grafik pada tahap yang menyedihkan. Dengan keadaan itu, aku rasa memang layaklah jika kumpulan mereka ini hanya diberi kerajaan sebagai golongan kumpulan sokongan!

Aku menulis kerana aku berdepan dengan golongan ini setiap hari. Aku bukan nak mempertikaikan tahap grafik mereka, tapi aku menyalahkan mereka yang tidak mengenali kekuatan dalam hidup mereka. Jika benar dia lahir menjadi pereka grafik, mengapa hasilnya mengalahkan majalah sekolah?

Tuesday, December 22, 2009

CAN' T sleep

Semalam aku tak dapat tidur. Anak kedua kakak kedua aku merengek menangis sepanjang malam. Lebih menyedihkan aku yang penat bekerja sepanjang hari dengan lebih masa jam bekerja, mengakibatkan sejak awal malam lagi, aku dah menjadi lesu!

Anak kakak aku, demam selesema. Kasihan ketika kami semua sedang menikmati makan malam, kakakku tak selesa menjamah makanan berikutan anaknya yang merengek itu.

Jam 12 malam, sekali lagi aku dikejutkan... anaknya menangis tak henti-henti. Kasihan juga kepada kakakku, yang kadangkala terpaksa bangun akibat anaknya yang buat hal itu. Aku nak juga bangun dan tanyakan khabar, barangkali ada yang aku boleh bantu. Namun aku rela membisu, sebab takut abang ipar aku cakap, tak de anak lagi, ada hati nak setelkan anaknya itu. Aku cuba pejamkan mata. Namun gagal. Keadaan semakin parah. Ia berlarutan hingga jam 2 pagi.

Jam 5 pagi, aku sudah tak tahan sabar. Pening juga kepala asyik2 tersedar dari tidur. Aku bingkas bangun! terus ku sapa anak kakak aku itu! Baby Amalin! Saja aku cuba hulurkan tangan kepada kakak aku, dan Baby Amalin memberi reaksi mahu. Aku dakap dan keluar dari biliknya. Aku dodoikan anaknya itu diluar dari bilik... dan terus lena.

Kakak aku yang terpinga2 memberitahu, barangkali baby amalin nak kat uncle duta kot (wah tetap nak vouge namanya).

Aku dengan ala2 hospital attendant seraya berkata;

kak ngah, kalu kita yang dewasa ni macam nak separuh mati duk dalam air con dengan kipas pasang masa hidung tersumbat, masakan ini budak kecik!

(waaaaa.... anaknya tersentak dari kata2 aku)... tapi berjaya kudodoikan semula!

So, korang2 yang ada dan bakal ada anak ni, anggap juga sikap mengada2 korang masa demam tuh ala2 nak telan sup pun tak leh, sama je ngan sikap anak2 kecil ni ye! so, kalu tak nak layan, jangan bela anak! hahaha...

Sunday, December 13, 2009

i'm MALAY

Minggu ini, aku kepenatan berikutan kerja seawal jam 9pagi. Kebiasaannya, aku masuk ke news room jam 11 pagi... kerana tugasan ku selama 9 jam tanpa rehat tidur dikala break... sehingga jam 8 malam! Namun ia tidak mengugat kerja2 sampingan yang gemar dilakukan aku.

Tanggal 12 disember bersamaan dengan entah berapa Zulhijjah... aku diberi peluang oleh bekas rakan sekerja aku mendukung peranan sebagai pengacara majlis untuk acara resepsi yang berlangsung di The Saujana Kuala Lumpur. Apapun, tahniah kepada beliau, Soraya Munday + Syahrizal Ismail.

Maaf, aku tak berkesempatan bergambar dengan kedua-dua mempelai berikutan mereka sibuk mengutip wang ketika bersalaman dengan tetamu! hahaha!

Yang membuatkan aku ingin menulis kali ini sementelah majlis yang diadakan ini dihadiri pelbagai kaum bukan sahaja di Malaysia. Malah ada yang datang dari Australia (sebelah Soraya), rakan dari Amerika dan juga dari Sri Lanka. Oleh kerana, mother tounge aku yang suku kelantan, selebihnya anak jati pahang ini... tidak menyediakan skrip seagung bahasa inggeris yang bakal difahami semua, aku terpaksa mencari alternatif dan penyelesaian. Lebih2 lagi keunikan pantun melayu yang sukar diterjemahkan. Diburukkan lagi translasi bagi perkataan ADAT MERENJIS... (ada orang cakap ; blessing? aku fikir macam rahib dalam teater natrah pulak).

Nak dijadikan cerita, aku diketemukan dengan seorang flower girl. Pengiring pengantin, bukan pengapit pengantin. Dia adalah seorang kanak2 perempuan anak kacukan berusia 8 tahun bersama adiknya yang berusia lingkungan 5-6 tahun. Dari awal lagi, budak tuh sibuk2 mendekati aku ketika berbincang tentang perjalanan majlis. Aku mengendahkan kanak-kanak itu... berikutan sikap profesional dan tekun bekerja ala intan mastura lakonan nur fazura dalam pisau cukur. Pen diputar sambil memberikan idea, AX sunglass dicangkuk di baju, diari ditulis dan baju menepati tema santai sambil bersilang kaki! hahah! (imaginasi melampau)

Rehearsal pun berlangsung. Watak pengiring pengantin ditatih wedding planner. Sekali sahaja berlangsung, segalanya berjalan dengan sempurna. Aku bersyukur kerana mengejar masa untuk menunaikan solat jumaat. Namun, kanak2 perempuan itu mendekati seraya berkata;

GIRL : again uncle, what is your name?

DUTA : uncle helmi. why?

GIRL : Nothing (sambil menunjukkan mimik muka selamba)

Aku yang nak tunjuk hebat english melayu aku, dan bersifat melayu yang suka menyapa pun lantas menyoal kanak-kanak ini...

DUTA : so... u r the flower girl?

GIRL : You don't see me meh? (nada macam aunty cina speak broken english). haiya... you aaa...

Sentap pulak aku budak ni cakap macam tuh. K, tak nak kalah ni. Aku pun fikir soalan lain.

DUTA : But tonite my script will be in bahasa... can't you understand malay?

GIRL : (sambil menjegilkan matanya dengan kepala goyang-goyang ala2 public speaking)... I'M MALAY. I GO TO SCHOOL AND LEARN BAHASA. WHY CAN'T UNDERSTAND YOU? I'M MALAYSIAN. AND I SPEAK BAHASA!

aku? terdiam . REDHA AND RELA .


Malam itu, kami close gila sampai orang ingat i her uncle! go girl. terkenang rancangan remaja zaman awal 2000 setelah seorang remaja perempuan yang membuat kenyataan; I'M NOT BAJU KURUNG GIRL! carutan aku sebaik mendengar kenyataan itu, tidak dapat disiarkan diblog ini kerana terlalu sensitif! TUUUUTTT.......

Tuesday, December 8, 2009

LEARNING process

Hi, bertemu lagi dalam lembaran baru bulan sambutan hari natal. Bukan apa... aku cuma terkenang kembali program christmas party yang sering diraikan oleh rakan2 sekerja. Aku seronok kerana mereka menyediakan pelbagai program menarik bersempena dengan sambutan itu. Antaranya, pertukaran hadiah melalui wish list dan juga indoor games. Lebih seronok aku lah yg menjadi perantara program. Biarpun my english not so good sbb tak pernah sampai london, tapi i still can entertain them... wow! hahaha... riaknya!


[PENCHETAK : zaman pendita Zaa'ba memperkenalkan ejaan mengikut suku sebutan]

ops... itu bukan kisahnya entri hari ini. Kali ini sekali lagi kita berkongsi penggunaan bahasa yang tepat. Sebabnya, selalu sangat media menyogokkan penggunaan ejaan yg salah kepada semua penonton, walhal yang sebenarnya ikut sedap mulut sahaja.

Baiklah.... selalukan terdengarkan, perkataan mengWAR-WARkan?

ejaan ini sebenarnya salah. sepatutnya mengUAR-UARkan.
[menerusi sumber kamus dewan edisi empat ; uar-uar membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat]

Namun, dalam kelas bahasa yang dihadiri saya hujung bulan lalu, aku dimaklumkan dengan kedua2 suku kata ini tidak wujud... yang hanya wujud adalah...

mengWARA-WARAkan ; dengan A pada hujung WARA itu di'silent'kan ....
[method itu seumpama perkataan SAYA yang diambil dari SAHAYA yang mana HA ditengah perkataan itu telah disilentkan]

persoalannya, yang mana sebenarnya jalan kebenaran? adakah sumber tidak sahih? atau DBP masih belum mewartakan kedua2nya boleh diguna pakai.
[DBP dapat wang saguhati tak?]

Tuesday, December 1, 2009

the OLD NEW thing



Jom kita belajar perkara baru... yang sudah ketahui, hanya imbasan kembali, agar kita tak lupa.

peribahasa;

1. SALING TAK TUMPAH membawa maksud mempunyai rupa yang sama kan?

sebenarnya sepatutnya; SALIN TAK TUMPAH ; bermakna jika anda menyalin semula; maka ia sememangnya sama! contohnya ' jawapan kertas ujian sejarah adam salin tak tumpah jawapan kertas ujian sejarah helmi kecuali tulisan adam yang sukar dibaca'

2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA membawa maksud melakukan sesuatu sambil lewa kan?

sebenarnya sepatutnya; MELEPASKAN BATOK DI TANGGA ; batok adalah objek gayung atau pencebok yang diperbuat daripada tempurung kelapa untuk mengambil air dari tempayan. Dahulu kala, masyarakat melayu membasuh kaki sebelum naik ke rumah kerana tidak memakai sepatu. Jadi, jika induvidu itu hanya membiarkan batok itu di atas tangga kerana malas, maka dituturkan, perilaku yang tidak bersungguh-sungguh sedangkan ada disediakan untuk menggantung batok bagi kemudahan orang lain juga!

... k aku rasa dengan penerangan 2 peribahasa yang sering disalahgunakan ini, dapat melepaskan aku dari kutukan blogger berstatus hedonisme semata-mata.

Penyataan itu dibuat oleh sebuah laman blog milik rakan aku di perantauan, hehehe...

end... ;p