Monday, July 2, 2012

PULAU TIOMAN jauh ke?



Selain Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, pulau peranginan pertama yang aku jejaki adalah Pulau Pemanggil, rasanya di bawah jajahan Johor Darul Takzim. Itu juga pertama kali aku melakukan aktiviti snorkeling. Mulanya rasa berdebar dan takut . Tapi, lama-kelamaan, perasaan itu hilang. Mudah sahaja, cuma, bernafas menggunakan mulut, bukan hidung. Kunjungan inipun kerana hari keluarga MAMA KICTHEN.

Keduanya, selepas lama merancang, akhirnya tercapai jua aku sekali lagi melangkah ke sebuah pulau. Kali ini Pulau Perhentian, bersama GBS, selepas merancangnya sejak daripada aktiviti di Pulau Langkawi. Perhentian bagi aku, menawarkan pakej yang sesuai kepada yang berbajet sederhana. Tak terlalu mahal. Oh ya, kesempatan itu, kami juga ke Pulau Redang, Pulau Lang Tengah... dan juga beberapa pulau kecil di sini. Sangat menarik.

Dan tahun ini, sekali lagi aku mengunjungi Redang. Sekali lagi, taman lautnya menjadi lokasi kunjungan. Mungkin kekangan bajet, hanya pulau-pulau kecil terdekat sahaja yang aku sempat singgah.


Dan atas jemputan Berjaya Hotels & Resorts pula, aku kesempatan ke Pulau Tioman. Arwah ayah pernah ke sana. Katanya bertugas bagi memastikan keselamatan penduduk ketika cuba mengusir komunis pada masa itu. Katanya lagi, dia sampai muntah hijau akibat mabuk laut. Aku pula, menggunakan penerbangan dari Kuala Lumpur, Berjaya Air.


Sesampai di sana, pantai Tioman tidak seputih pasir di pantai pulau2 di terengganu. Bagaimanapun, pantainya dan sekitarnya bersih. Menurut salah seorang wakil penganjur, katanya pasir di Tioman lebih kasar.

Aktiviti di sini, melibatkan Malaysia Nature Society, Shark Savers Singapore dan Scuba People... Sepanjang program, banyak yang aku sedari, tentang peri pentingnya hidupan alam ini. Selain printed t shirt shark savers yang menepati ciri-ciri seorang pereka grafik.


Oh ya, apapun, oleh kerana atas kunjungan demi tugas, maka, ada yang masih belum aku sempurnakan di sini. Impian aku, berkunjung ke sebuah kawasan air terjun, mendapatkan lesen scuba diving dan juga aku ingin mengelilingi pulau ini.



Selepas aktiviti pengenalannya, sekarang aku percaya sebab-sebab ada yang ketagih menyelam di laut dalam...

2 comments:

Unknown said...

jom plan untuk next trip weyh. aku nakkkkkk sangat berendam dalam air laut. dah 3 tahun okeh

d u t a said...

YE KE? but redang lagi cantik... + perhentian... bali nak? korang nak berarak lagi tak?