Sunday, November 21, 2010

a journey to PENANG

ye la... atas desakan, photo2 di penang dibenarkan untuk tatapan umum...

Tuesday, November 16, 2010

OUR 1malaysia driver

semalam tatkala menunggu di station lrt kelana jaya kira-kira jam 5.30 petang ketika hujan lebat dengan kilat mengganas, aku tertidur di dalam kereta kerana kepenatan yang teramat sangat. bayangkan malam sebelum itu menyiapkan kerja grafik bagi uia dan menulis skrip lakonan ukm untuk majlis makan malamnya yang aku sendiri masih samar2 lagi agendanya. dah bayangkan? bayangkan dulu.

ok dah? ok... ketika hujan lebat petang semalam itu, dek kerana takut untuk melawan pitching adam lambert aku sefrekuensi dengan getaran guruh yg maha hebat, aku alihkan tuner kepada radio 24 bernama yg lebih banyak berita berbanding soal2 'langho'.

sebaik tersedar kira-kira jam 6.30 begitu, aku terkejut dengan sebuah kereta yang dipandu laju dan memberhentikan keretanya didepan kereta aku. pintu kereta dikuak sebaik berhenti tanpa menghiraukan kenderaan lain di belakangnya. dan ini apa yang aku lihat.


seorang 'uncle' membuang najis disisi keretanya . w h a t t h e F I S H !

aku sebenarnya kecewa dengan sikap pemandu ini. Malaysia aku rasa memang cukup sudah kemudahan terutama tandas awam walaupun tak menepati selera korang (habis ingat semua tandas macam THE BURJ KHALIFA?). Memang semalam agak teruk kesesakan jalan raya. Ditambah lagi dengan banjir kilat dibeberapa kawasan. Diburukkan lagi dengan sememangnya pembangunan lembah klang dibina atas dasar kemampuan kenderaaan bermotor. Tapi naik lah sekejap ke lrt station yang mempunyai tandas berbayar ataupun mana2 stesen minyak yang menyediakan tandas untuk kalian mahupun OKU.

Jadi kepada korang pengguna jalan raya lain yang lulus peperiksaan UPSR walaupun tak berapa cemerlang subjek pendidikan islam mahupun moral... janganlah berbuat sedemikian rupa. Nak kata tak de ketamadunan, nanti apa pulak kata penaja. mmm... k!

Friday, November 12, 2010

BUSY BRAIN : convo + sabitah

Secara peribadinya, aku sibuk dengan tugasan grafik convo law centre dan malam gabus sabitah. Aku buat part time atas sebab berikut :

1. wang sampingan
ye, kerja untuk membayar hutang. selain untuk hidup, wang2 lain ini digunakan untuk membayar apa yang patut, selain ingin bergaya ala2 jalan kat Manhattan city macam Chuck Bass (rujuk gossip girl).

2. bantu negara sendiri
aku tak la hebat sangat. ada sifoo aku lagi maha hebat (tuhan tak wat grafik... so boleh pakai maha). azmir preetypeektures and si knizam ini! tapi niat aku memang nak betulkan penggunaan grafik yang ada pada sektor yang masih lemah. aku tak mahu orang luar tgk negara sendiri macam tak de tamadun manusia.

3. minat sejak azali (nurul sgt...)
aku memang suka grafik. argh malas nak cerita. sanggup ikat perut demi sesuatu yang aku nampak cantik dimata! makan? ala, telan kurma untuk dinner pun dah memadai.

4. bantuan rakan wannabe
hahaha... yang ni aku malas ulas lah. sebab takut ada yg kecil hati. lebih2 saat begini. mmmm....

Tuesday, November 2, 2010

KNOWING YOU, knowing me

Suatu ketika dulu, aku dan rakan-rakan sering melepak bersama Cikgu Homeroom (Keluarga Pelajar), cikgu Junaidah Zakaria dibilik guru. Biasalah, petang-petang lepas habis waktu makan tengah hari, melepak di bilik guru menjadi rutin, selain dapat menghilangkan kebosanan seharian belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu!

Tapi kali ini, aku melepak di ruangan pendidik maktab kerana ditugaskan sebagai pemidato sekolah. Sebelum ini aku geng bahas. Tapi sebab sudah tiada lagi yang berminat, maka aku disarankan membawa watak itu. Sebenarnya aku lebih gemar berbahas, sebab boleh cedok idea orang. Aku tak suka hafal info, sebaliknya info itulah yang menjadi tajuk dan perbahasan. Zaman dulu berbahas lain. Sekarang dah lain. Kekok juga. Barangkali dah tak sesuai dengan masa dan perubahan.

Oklah, isunya apabila salah seorang tenaga pengajar pasukan bahas maktab, Cikgu Farid Yahya tak semena-menanya bertanyakan cita-cita aku. Dengan bangganya aku menjawab, saya ingin menjadi seorang arkitek! Of course sebab darah seni yang mengalir menjadi pemangkin dalam hidup aku. Tulisan tanganku yang kemas berseni pun menjadi penilaian pemeriksa kertas jawapan sejarah! Jadi seni itu juga penting dalam kebangkitan sebuah sejarah ketamadunan.

Aku dipersoalkan kenapa minat berpidato dan berbahas, sedangkan berharapan ingin menjadi sang pencinta seni! Sepatutnya, cita-cita aku menjadi peguam ke, pensyarah ke atau bersangkut paut dengan memberikan ucapan kepada umum. Juga termasuk cadangan menjadi AHLI POLITIK. Jawapan spontan aku, POLITIK itu KOTOR. Dibidas jawapan aku oleh cikgu Junaidah, POLITIK TIDAK KOTOR, yang mengotorkannya adalah MANUSIA. Aku? Diam, selain cuba mengamati jawapan itu dengan pemikiran kritis dan kreatif. (omg… so…)

Akhirnya, setelah hampir 15 tahun berlalu, ini penilaian aku ketika duduk bersahaja di bilik media ketika perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Umur 1- 4 : Tidak tahu langsung apa itu politik. Cuma tahu siapa itu Perdana Menteri Malaysia termasuk peranannya merasmikan kereta Nasional negara. Masa itu, hafal lagu negaraku, tanpa tahu siapa itu RAHMAT dan makna BERTAKHTA … macam TATA (bye bye)

Umur 5 – 10 : Mula mengetahui mengenai rukun negara, dan wajib menghafalnya. Selain terpaksa mewarna bendera Malaysia dan negeri-negeri seluruhnya. Termasuk mengetahui bekas-bekas perdana Menteri dan menghafal lirik lagu 31 Ogos nyanyian allahyarham Sudirman (walaupun kedua-dua ibu bapanya berasal dari negara seberang)

Umur 12 -15 : Bosan menonton rancangan Belanjawan (dijajahkan bahasa menjadi BAJET) kerana mengganggu program-program hedonisme yang lain. Mula mengenal sejarah kesultanan melayu Melaka walaupun boleh menghentam kerono jawapan soalan objektif kertas Sejarah PMR yang bakal dimansuhkan. Selain itu, mengenali siapa disebalik pembikinan dan penubuhan Malaysia. Juga mula menghafal bait2 lagu mengundi tanggungjawab bersama.

Umur 15 – 18 : Terpaksa mengetahui perlembagaan negara kerana tak mahu sijil periksa nanti, banyak bilangan yang berganda-ganda. Malah mula membaca ruangan lidah pengarang berita, kerana nak karangan ada muatkan nama-nama orang ternama, barulah pelajar berfikiran arus perdana. Kebetulan menyertai program-program anjuran kementerian, yang hadir mestilah dihadiri si polan dan si polan. Perasmian termasuk upacara penutupan, mesti ada sahaja yang tak ketinggalan. Lepas peperiksaan dan cuti berbulan-bulan, bolehlah nak jawab sikit-sikit soalan. Siapa punya angkara bangsa lain yang dapat kerakyatan? Wow!

Umur 19 – 25 : Menjadi siswa di kampus pun ada politiknya. Tapi dek kerana sibuknya menelaah sambil berpesta di gelanggang bola tampar, kancah perebutan jawatan tak menjadi ikutan. Pergi mencoretkan borang pemilihan pun, tak dibuat kerana tak tahu apa peranan. Jawapan aku, kenapa nak pilih orang yang tak tahu lagi kemampuan? Orang lain boleh bentang jalur gemilang dekat tembok cina, sedangkan kalian, hanya mampu bentang sejadah untuk kewajipan. Kronik tak alasan?

Umur 26 – 3+ : Mula bekerjaya dan mengenali siapa dalang disebalik setiap kehidupan. Berdaftar? Kenapa? Jika lakukan pemilihan, pengundi dapat ke beras segantang? Lagi alasan. Tapi masa ini, aku rasa aku kena mendaftar sebagai pemilih. Bukan apa, satu ketika nanti, kita perlu menyatakan pendirian. Tak salah berkongsi pandangan, tapi bukan berkongsi pemilihan. Sebab itu ia adalah sulit dan hak milik insan kerana untuk menentukan siapa yang berhak dalam mengepalai tanah jajahan.

Jadi, dah tiba masanya aku mula melangkah setapak ke depan, melakukan pemilihan dalam setiap keputusan. Kalian?