Monday, August 23, 2010

RAMADAN MODE


Dah lama tak menulis! Huh macam la selalu tulis blog! Sebulan pun tak lebih 10. lagi nak letak intro macam tu…. Maklumlah, mukaddimah macam tuh memang stereotaip. Jadi, selalunya aku skip. Ambil point-point penting je! Hahaha.

Dah beberapa hari bermulanya Ramadan, aku masih belum mengunjungi mana-mana pasar Ramadan. Entah kenapa, aku tak teruja langsung nak beli makanan kat pasar Ramadan selain malas nak tukar pakaian yang kalis bau asap dari gerai warung ayam golek! Wah! Ingat walk way pasar Ramadan pentas peragaan ke?

Masa aku kerja kat sebuah hotel 5 bintang dulu, aku ada juga beberapa kali dijemput ke Buffet Ramadan. Boss aku lah bagi. As a reward dan sayangnya pada staf macam aku ni. Selain tu, kat café staf pun ada makanan, cuma aku jarang menyentuhnya kerana selalu sesak dengan warga asing yang sah datang bekerja ke negara ini bukan status sah pelajar asing IPTS tapi masuk Malaysia sebab nak bawa dadah.

Tapi ada ketikanya aku terpaksa melantak berbuka puasa seorang diri. Waktu tu aku rasa, bosannya hidup. Lantaran itu, aku akan makan makanan segera ala western sebab berangan macam konon-kononnya expat yang makan sandwich bagai. Sasaran aku kat area KL Sentral adalah Subway. Cukup western kan? Lihat tubuh ku…

Ok, itu baru intro. hahaha! Korang baca gak kan? Tak skip ek? Bagus2. Sebenarnya aku nak cerita pasal part sakit perut pada bulan Ramadan. Sebabnya aku tak gemar ke pasar Ramadan adalah kerana perut aku amat sensitive dengan juadah yang dibeli. Pelik juga. Tapi memang itu yang menyebabkan setahun lalu, 3 kali Ramadan aku tak pernah lengkap dek kerana perut yang mengancam nyawa aku.

Kisah 1
Masa aku tinggal kat Wangsa Maju seksyen 1. Masa tu aku kerja kat area Golden Triangle (klcc area). Buka puasa malam itu, aku makan makanan yang dibeli di pasar Ramadan. Tak ingat apa menunya, tapi yang pasti masa bersahur perut aku dah macam lagu Menadah Gerimis versi juara lagu yang penuh kontroversi. Sahur itu juga, beberapa kali aku bertapa dalam toilet sekian lama. Tapi masa nak pergi kerja, aku kena bergegas ke stesen LRT. Masa tu, 2 gerabak LRT Putra dah macam berebut masuk juara lagu edisi yang kena tinggal. Sesaknya seakan sama ketika staf sebuah agensi keluar dari parking lot bersempena pulang awal pada bulan puasa. Aku yang kurang walafiat ni, terpaksa redah jua. Kereta? Aku malas nak bawa walaupun parking diberi kepada setiap staf.

Dalam LRT, perut aku dah memulas tahap 5. eh, KPI 5 paling tinggi kan? Korang yang bukan favourite boss, dapat 3 je kan? Ok, masa tuh… perut memulas sebaik tiba stesen setiawangsa. Seram sejuk badan aku. Aku buka ikatan tali leher. Lama kelamaan senak perut semakin dirasai hingga ke kepala. Sebaik tiba di stesen Ampang Park, aku sudah tak berapa ingat sangat, tapi yang pasti aku dah dipapah staf LRT! Malu betul aku sebabnya pengsan kat situ. Masa tuh, staf tu nak mintak panggil ambulans. Aku bilang, tak perlu. Aku cuma nak ke tandas. Jadi, batal sudah puasa aku sebab pengsan + muntah ditandas selepas itu. Selain mengucapkan terima kasih, staf itu memberitahu aku rebah depan pintu LRT semasa pintu gerabak ditutup. Nasib baik dia ada bertugas kat pintu keluar train menarik aku dari tersepit. Dramanya.

Kisah 2?
Ala lebih kurang sama, korang pun malas nak baca. Kali ini lokasi pula berbeza. Cuma kali ni aku tak pengsan depan pintu LRT lagi Aku yang dah ada pengalaman pengsan di stesen sebelum ini, segera duduk dalam LRT dan kali ini lebih islamik sikit dengan cuba berselawat banyak-banyak kali. Tapi aku memang rasa masa duduk tu, aku tak dalam tak sedar. So, aku rasa batal puasa. Cuma aku tak berbuka la. Aku ganti je sebab rasa syak dan musykil.

Itulah sebab, lepas dari peristiwa tu, pasar Ramadan bukan sasaran aku. Aku rela pergi restoran yang sediakan juadah seperti masakan tomyam ke… atau yang masak makanan panas-panas. Selain tu, air pun aku beli air kotak. Kalau teringin sangat nak minum air tebu, aku minum beli jugak air kotak. Entah, aku memang tak sanggup lagi nak berpuasa dengan perut yang tidak sihat. Yelah, sekarang ni takut keluar paper! Ops gila berangan! Yelah... sejak akhir-akhir ini, kes ribut landa pasar Ramadan pun boleh ragut nyawa...

Apapun, aku harap tahun ini, aku lengkap puasa dan diselangi dengan ibadah senaman terawih.

12 comments:

Adam Ruslan said...

Woo.. bahaya betul pensan depan pintu LRT.

Anonymous said...

kata nak pura2 pengsan kat pjaya... jadi tak?

a z m i r said...

macam tak logik je kisah. sakit perut nak ke toilet pun boleh pengsan? <---- dipetik dari sms nije.

Unknown said...

aah la. x logik. cam citer dalam Mastika je, tetibe sakit perut boleh pengsan. tah-tah sebab skip sahur pastu tak tahan posa, pura-pura pengsan

cham's said...

saja nak landing atas abang stesen lrt tu..? hahaha.

d u t a said...

+ amani +
xbahaya sgt sbb lrt ada sensor boleh detect object. lebih2 yg besar mcm ....

+ dnije +
nak pengsan tapi takut klinik putrajaya suruh tunggu 5 jam walaupun kes kecemasan

+ azmir +
mmg tak logik sbb kalau based penyakit keluar bintik2 kat badan pun nak telefon kawan sampai masuk hospital... lagi la... lepas tuh paksa nurse masukkan air dlm tubuh badan.. hehehe. (rasanya xjadi gi london ni).

+ dxoul +
habis kes gigi tak leh cabut tuh lagi more syirik gitu. ala kes yg kau ckp pakcik tua tuh. herlow... deq syam ckp kan, penyakit kita boleh reka mcm mcm tau kalau nk tarik perhatian. hahaha

Anonymous said...

abg im nk pengsan kat tempat yang cantik2 je mcm la dia cantik sgt... <--- baru je dpt pg td from kashah + abg dxoul [dua org terus e-mel ni]

Roy aziz said...

~Im~
u nk carik publisiti murahan kot..pengsan tepi pintu LRT..ermmmmase u nk pengsan tu, u buat gaya tangan lentik di dahi x??pengsan pon u kene bergaya tau!

d u t a said...

+ pilih +
tapi kat bukit tu xcantik pun kan? ingat tak ada org cakap boleh tgk view putrajaya.... i nak background logo jakim.. sebelah jpa punya logo

+ tangan roy +
bukan publisiti la ni. ini kecemasan namanya. cantik ke kalau pengsan sebab sakit perut. lain la berlakon pengsan boleh call kawan dtg ambik! k dah

Unknown said...

kann...citer tu betul la weyhhh.tapii

[BUZZ]

weyhh jap...kasha ngan budu nak YM chat dengan aku jap...

satgi aku sambung komen..

Roy aziz said...

~dxoul~
ala, buat saspen je..cepat la smbg..

~lakonan pengsan~
hehe..gud one Im..:)

Jessie said...

The dude is totally right, and there is no suspicion.
abortion clinics | catering jobs nyc | silk bouquets for weddings