Monday, July 26, 2010

TEMERLOH with love : Pakcik Shukor


Tahun 1985, aku dan keluarga berpindah ke Temerloh, Pahang. Sedih juga terpaksa meninggalkan Galing Camp, Kuantan. Ala tema sedih lagi ke? Apapun, sebab Abah ditukarkan kepada GD (tugas am), maka terpaksalah kami mengikutnya. Dekat Temerloh, kami tinggal di Kampung Batu Satu, berhadapan dengan Sekolah Agama Al-Khairiah. 2 lokasi rumah sewa yang kami duduki.

Kenal keluarga pakcik Shukor sebab anaknya sebaya dengan aku, Lan atau Ali Imran. Kami rapat dengan Najmy, Hamdy dan juga adik Lan, Osman. Oh, tak lupa Ashid. Sekolah sama, tempat mengaji sama dan berkhatan pun lebih kurang sama. Dan sama macam budak-budak lain, aktiviti kami biasalah, budak-budak… tak boleh duduk diam. Ditambah pula kedudukan rumah kami yang saling berdekatan antara satu sama lain. Petang-petang acara main roundess akan mengisi tempat di satu kawasan lapang berdekatan kawasan rumah Ashid. Ikut tema la, kadang-kadang zaman gile bola tampar, tak pun badminton dan tak ketinggalan main nyorok-nyorok. Aktiviti riadah ini akan bermula sebaik pulang dari sekolah atau pada waktu petang pada hujung minggu. Seronok jugak bila diimbas kembali.

Oh, cerita pasal Pakcik Shukor ni, membuatkan aku tersenyum mengenangkan zaman kanak-kanak aku di Temerloh. Pakcik Shukor ini garang orangnya. Dengar deruan motosikalnya sahaja, dah buat kami kecut perut. Namun dia tetap ramah. Garang dan marahnya bertempat. Bukan semberono. Ada niatnya kalau dimarahinya. Biasalah kalau kami buat salah, kesemua geng kami akan dimarahnya. Kalau kami tengah bermain diwaktu petang, jeritannya sahaja sudah menandakan seluruh kanak-kanak kampung tu aka kami kena pulang ke rumah. Maknanya sudah masuk senja dan kena bersedia ke masjid. Wajib ok ke masjid waktu tuh. Tapi kami semua pergi sama-sama. Masing-masing tunggu kalau sesiapa yang lambat. Dan menariknya, sampai sahaja di masjid, lirikan matanya menandakan punch card masuk geng-geng kami ke masjid. Dalam erti kata lain, kami semua sudah sampai. Oh ya, pakcik Shukor dan keluarganya mengusahakan pembuatan batu sempadan atau dikenali sebagai batu lancang. Unik bukan? Mungkin sesetengah kalian tak pernah melihatnya. Tapi itulah yang aku masih ingat sehinggalah aku sekeluarga terpaksa berpindah ke Kelantan.

Tapi semalam pagi, aku dapat pesanan ringkas dari Osman, ayahnya aka Pakcik Shukor dah tiada lagi. Pertemuan di majlis perkahwinan Lan tempoh hari adalah yang terakhir aku berbual dengannya. Melihat Pakcik Shukor pun sudah uzur. Malah, kasihan juga sifatnya yang ramah namun dia sering diserang lelah. Apapun, moga Pakcik Shukor ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

7 comments:

cham's said...

each one of us is born unique. there are no two person are exactly a like.

al-fatihah, amen.

Roy aziz said...

innalillah..

Anonymous said...

innalillah + alfatihah

btw, dah kol kak semah, dia dah suruh d.s.f.r wat mcm w*** q**h. lalala

Unknown said...

alfateha

d u t a said...

bro cham : unique! huhu

azrol : thanks

dnije : hahaha... i got what u meant!

dxoul : kelas fateha u in english.... chapter mana?

saiful said...

Al-Fatihah...

1985 - saya berpindah dari Jerantut (dekat ja dengan Temerloh) ke Kedah.

William said...

Pretty useful information, thank you for your article.
chicago boat charters | limousine service los angeles | plaza motors st. louis