Tuesday, May 4, 2010

BASIC life principles

Bagaikan kata-kata menerusi skrip filem Adiwira Iron Man 2, “manusia pertengahan usia punyai prinsip hidup yang kadangkala sukar diubah”. Betul juga apa yang diujarkan. Dengan melalui pelbagai rintangan hidup sebelum ini, pendapat golongan ini sukar diubah dek kerana baginya, sukar menerima perubahan. Kalau begitu logik jugaklah jika mereka ini bersifat sebegitu.

[pemenang?]

Tapi aku kurang setuju dan setuju. Tak semua perkara tepat dan wajar dipraktiskan. Malah ada perkara yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Bagi aku, jika benar apa yang dilalui mereka ini baik pada zaman mereka, aku setuju. Tapi masa telah berubah. Sedangkan kamus dewan diterbitkan sehingga ke edisi keempat bagi kerja-kerja penambahbaikkan, kenapa tidak kita? Ia bagi memberikan ruang untuk penambahan perkataan-perkataan baru menerusi perkataan pinjaman ataupun hukum-hukum tatabahasa yang diputuskan majlis bahasa.

Bila aku mampu membeli iphone dengan duit hasil kerja seni yang setimpal, aku ralit membeleknya hari demi hari. Malah internet dihujung jari tak lekang untuk aku meneroka setiap pelusuk pengetahuan dalam sumber sahih. Contohnya aku suka membaca laman web Wikipedia, Wallpaper Magazine dan banyak lagi. Selain melayan game-game sebelum melelapkan mata.

Sedang mengodek apa yang patut, aku teringatkan kisah pada zaman mula-mula memulakan pengajian di universiti dahulu. Selepas pelbagai tugasan, kami diarahkan menyiapkan tugasan akhir merekabentuk telefon bimbit (handphone).

Mudahkan cerita, ketika proses sesi kritik di studio, aku dinasihatkan mengubah rekabentuk dan idea aku. Sebabnya, terlalu bersegi dan tiada konsep. Perubahan yang dicadangkan pensyarah aku ketika itu; cuba awak lihat kawan2 awak yang lain; design mereka ada idea, macam ambil dari bentuk pisang, lada dan terung!

Luruh jantung aku ketika itu! Biar benar aku kena design sebegitu. Bukan bermakna aku nak pertikaikan rekaan rakan2 aku, tapi bagi aku… itu tidak tepat untuk rekabentuk teknologi dunia masa depan yang berubah dari zaman ke zaman. Jika handphone itu untuk kegunaan sebuah dunia fantasi, saya akan lakukan sebegitu.

[Berani kau design handphone bentuk durian isi merah ?] - sumber national geography okay!

Oh ya, design aku ketika itu adalah sebagaimana lakaran semula ini. Maaf aku tak simpan design ini kerana belum ada gajet secanggih dunia digital sekarang. Tapi mudahnya, ia adalah paparan sesentuh berbentuk kaca sahaja. Papan kekuncinya terletak pada paparan yang sama. Bagi aku ia standing dengan gajet yang ditunjukkan dalam filem minority report, avatar dan juga iron man2.

[ada ko nampak design buah strawberry tak? ]

[kesimpulan]

Aku akui kehebatan seorang pendidik yang mempunyai pendidikan lebih baik daripada aku. Malah kehebatan mereka diperakui dunia dan jabatan pengajian tinggi di malaysia. Namun aku rasa kesal jika tahap idea yang mereka mahukan setanding dengan apa yang mereka lalui ketika zaman mereka sebelum ini. Bukan aku mahukan kebebasan sangat, namun realitinya, aku nak ajak watak ini ke lambakan handphone dan gajet masa kini di sungei wang, cari design handphone bentuk bunga lawang ataupun daun ketumbar; ada tak?

Kepada mana2 pendidik yang saya hormati. Kesempatan ini, biarlah kita berkongsi dengan perkembangan dunia masa kini. Adakalanya tolak ansur pandangan kita sangat wajar dalam beberapa perkara. Tak bermakna setiap perkara kita harus menang dengan cara kita. Jadi aku berdoa agar suatu ketika nanti, tak kiralah usiaku tahap mana sekalipun, aku masih boleh menerima perubahan.

17 comments:

Anonymous said...

hmm... mungkin benar kata2 pensyarah ef.pee.pee.es.em dulu, kat yu.tee.em ni pensyarah2 hebat tp terlalu mengagungkan kehebatan yang telah dicapai bukan yang akan dicapai. resistance to change barangkali

a z m i r said...

wah! best entry. setuju sangat. eh.. sebut buah2an untuk hp, ada kaitan dengan BB ke? ops.. i pioneer iphone..

d u t a said...

+ jap +
tgh tengok list peluru yang mana nak keluar dahulu ni. mmmm hahahaha!

Di said...

o.my.gucci
ade jugak pendidik y mengongkong pemikiran student dpd menuju ke arah y lebih baik !

d u t a said...

tuan chapaticokelat
ada juga betulnya tuan, tapi juga maksud saya tak salah mengongkong, tetapi sebaiknya tidak seharusnya dipedulikan mana2 buah fikiran. cuma brgkali utk hal2 tertentu. sbb pendidik ini kerjayanya mulia sebgaimana seorang guru. apapun sbg pelajar utk generasi masa depan, saya ucapkan selamat berjaya.

keterangan hal ini merujuk kpd kesukaran mengubah pendirian mereka. brgkali inginkan 100 % perjalanan kejayaan mereka kita tempuhi. jika dahulu tak punyai hanpon, masakan kita harus abaikan penggunaan email dan juga sms.
[ risau pula disalahertikan :) ]

Unknown said...

salah satu tanda umat akhir zaman, mula bercakap sorang-sorang....

ko, budu n kasha termasuk roy dah ready jadi kayu api???

renanggggggggggggg

Anonymous said...

roy n kasha dah jadi dah kot skang ni. opsss....

d u t a said...

+ nyanyi kira ke? +
kalu kira kasha lagi byk sebab penyumbang terbesar la.
kedua dnije sebab masuk awal, pastu kena repeat.

jap, masa u baca hadith ni, dia cakap tak bila? mmm rasanya masa ni bunkface belum menang anugerah kembara lagi kot. uh! memang cepat la lagi!

d u t a said...

+ arang +
cakap je la arang dnije oi...

cham's said...

this is 'win-win situation'. adakala teori yg bagus tak semestinya elok dipraktis, adakala praktis yg elok tak pasti datangnya dari teori yg bagus!!!

a z m i r said...

roy cakap dia kalau boleh nak jadi arang kaler coklat. Boleh ke pilih?

Adam Ruslan said...

Ada movie teket tajaan taknak kongsi. Heheh.

Akan datang, telepon tetap tak kan berbentuk buah-buahan.

d u t a said...

+ bro cham +
uh! teori tuh tak sure lagi. tapi setiap masalah ada penyelesaiannya. malah byk je langkah bijak mahupun yg kurang bijak! uh!

+ arang coklat +
oh ye ke? ada ke arang bentuk dagu?

+ amani dan tiket +
nak bagi pun warga malaysia ni memilih. nak text setiap orang pun, susah juga. sbb macam2 alasan direka. apapun, telefon bentuk buah2an ada cuma bukan direka untuk masa depan, tapi bagi sesuatu acara! hahaha... nak tgk rasuk bentuk naga!

a z m i r said...

ada kot arang bentuk dagu, tapi saiz L je.

Roy aziz said...

im:
nice entry..kekangan idea telah lame berlaku dlm masyrkt pendidik..maybe takut kedudukan tergugat kot.
n, haha, arang kaler coklat bagai..i dh ubah kaler k, ijau plak.bley?

Malcolm said...

I found a great deal of effective data in this post!
canned pumpkin | Hudson real estate | ear gauge size chart

Samson said...

Thanks for your article, very useful information.
mileage between cities | paralegals | Rothesay real estate