Tuesday, May 11, 2010

TRAGEDY may 2010

Sebaik keluar dari Jusco One Utama utk ke kawasan parkir kereta di tingkat 5, hujan turun mencurah-curah. Disertai kilat sabung menyabung. Aku ke kereta sambil menyelamatkan kasut converse putihku daripada basah.

Sebaik masuk ke dalam kereta, aku mengeringkan diri dengan penghawa dingin. Turun keluar menyelusuri ke jalan utama, aku tidak menghidupkan siaran radio seperti biasa. Barangkali sebab hujan yang lebat, membuatkan aku tak selesa nak mendengar celoteh dj radio syif malam yang suka menjadi kebudak-budakan.

Menyelusuri jalan dari persiaran bandar utama untuk ke LDP, langkah keretaku agak perlahan. Sebaik menunggu untuk masuk laluan pusingan U, tidak semenanya aku melafazkan surah al-fallaq. Biasanya sebelum ke kerja dahulu, aku buat begitu sebabnya entah kenapa. Aku amalkan sebagai rutin.

Kemudian… aku ingin masuk ke laluan 2. Jika tidak berpeluang sekalipun, aku tidak kisah kerana punyai alternative ke jalan lain untuk pulang yakni teruskan di laluan 3.

Bila aku memberikan signal masuk ke kanan, kereta D memperlahankan pergerakannya. Tindakan kereta D adalah membenarkan aku masuk ke laluan 2. Melihatkan semua kenderaan bergerak sekata, aku segera masuk ke laluan 2.

Tak semenanya, kereta B yang berada didepanku berhenti secara mengejut. Aku yang tak sempat bertindak, hanya mampu mengelakkan kereta namun tetap juga merempuh bonet belakang kenderaan B.

Uh, aku memang tak tau perasaan ketika itu. Si pemandu kereta B keluar menoleh ke arah apa yang berlaku. Namun si B meluru ke depan melihat satu lagi kereta yang di rempuh keretanya. Bermakna 3 kereta terlibat dalam kemalangan ini.

Si B memarahi Si pemandu A kerana memberhentikan kenderaan secara mengejut. B sempat menekan pedal brek. Aku, yang memandu tanpa system brek ABS dibelakang, tidak!

Dalam kegelapan malam dan hujan yang amat lebat, rupanya di si A adalah warga asing. Tidak faham langsung pertuturan bahasa melayu. Bila diajukan adakah punyai lesen, aku dan si B mengiyakan. Si A diamkan diri.

Nak dijadikan cerita, dan bimbang keselamatan ditengah laluan, kami bersetuju ke sisi jalan. Alangkah biadapnya, Si A terus pergi meninggalkan kami.

Mulanya si B ajak untuk mengejar si A, tapi tak berjaya, kerana hujan terlalu lebat. Kami membatalkan niat itu. Segera ke sisi jalan.

Menurut si B, si A teragak2 untuk memasuki laluan 2 atau 3. Dan dengan minda negara-negara miskin, dia memberhentikan kenderaannya ketika di laluan 2 untuk membuat keputusan memasuki laluan mana. Rasanya si A tak punyai lesen sah memandu berdasarkan jenis kereta yang dimilikinya.

Apapun, inilah hasilnya!

Itulah apa yang berlaku terhadap kereta ku. Sedihnya bukan kepalang, sebab kini aku perlu menaiki 2 bas dan satu lrt untuk pulang dan pergi ke tempat kerja. Tanpa kesesakan ahad lalu, ia mengambil masa kurang lebih 2 jam. Teringat zaman mula2 bekerja dari kampung melayu subang ke golden triangle. Tapi ia tak segigih ini.

14 comments:

R28est said...
This comment has been removed by the author.
R28est said...

kesiannye...teruk kereta tu...

eish2 mesti byk $$$$$ mau g ketuk n cat ni..sabar ye..

Anonymous said...

gigih lukis!

d u t a said...

+ dnije gigih +
grafik ni celah gigi je. tak susah2 sampai tak sempat nak visit kawan2. hahahah... kashah cakap!

a z m i r said...

lukis ni ambik mc 2 hari tak?

d u t a said...

+ thats HEADLINES for today +
sian... nak tau lagi, on saturday got call from .... bla bla bla... sok sek sok sek... ok!

Mard said...

hishhh... dasat krete kamu. but i'm glad that the tuan punye kenderaan is fine...

Adam Ruslan said...

Wooo, dahsyat betul cara rakyat berbilang bangsa di KL memandu.

Susur keluar pon bleh berenti macam simpang trafik light.

Anonymous said...

hmm... ada org report ke?

Unknown said...

ada entri baru rupanyaa....

Mohd.Faizul Abdullah said...

kesian.. time nk start bwk keta tuh, ada baca doa naik kenderaan x? :))

d u t a said...

bro pejoe + doa

oh, dia tersangkut kat langit number 6 bila sebut nama tuan!

Roy aziz said...

alhamdulillah kasut u xde pape..tapi waktu turun kat tgh jln tu, u pki kasut converse kaler putih tu ker? basah x? risau i kasut converse tu dimasuki air2 hujan yg mengalir membawa kekotoran dan memasuki rongga2 jahitan kasut itu.

Jeremiah said...

It won't truly have effect, I suppose so.
xbox 360 hd av cable | steve jobs iphone 4 case | galaxy s2 case | car charger for iphone 4 | sport mp3 player 4gb