Friday, January 15, 2010

KNOWLEDGE : bahasa : PERLAKSANAAN or PELAKSANAAN

Sejak berkecimpung dalam dunia penyampaian ini... banyak yang saya pelajari. Terutamanya kewujudan perkataan dalam bahasa. Jadi apa kata kita kongsikannya.
____________________________________________________

PERLETAKAN / PERLANTIKAN /PERLAKSANAAN
Dalam kamus dewan edisi keempat ; kesemua perkataan ini wujud. Namun menurut penjelasan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dalam bukunya Bahasa Kita, tentang penggunaan perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan dan sebagainya seperti yang berikut;

Kata dasar laksana hanya menerima awalan meN-, iaitu melaksanakan. Oleh itu apitan yang diterima ialah peN-, yang menghasilkan pelaksanaan. Oleh sebab tidak terdapat bentuk *berlaksana (dengan awalan ber-), maka tidak seharusnya wujud *perlaksanaan. Oleh itu sesiapa yang menggunakan perlaksanaan sebenarnya telah menggunakan bentuk kata nama yang salah dari segi imbuhannya.

[memetik email dikongsikan kepada saya oleh Dr. Raja Masittah dari UPM]
____________________________________________________

[bagi memudahkan kalian]

LAKSANA - tidak ada BERLAKSANA
maknanya ; tidak boleh PERLAKSANA;
yang betulnya PELAKSANA
maka ; PELAKSANAAN adalah betul

begitu juga dengan

LANTIK - tidak ada BERLANTIK
maknanya ; tidak boleh PERLANTIK;
yang betulnya PELANTIK
maka ; PELANTIKAN adalah betul

dan seterusnya ; saya rasa jika anda pegang hukum ini, maka anda tidak akan silap.

contoh lagi

KAHWIN - ada BERKAHWIN
maknanya ; boleh PERKAHWINAN;

KERJA - tidak ada BERKERJA
maknanya ; tidak boleh PERKERJAAN;
yang betulnya PEKERJA
maka ; PEKERJAAN adalah betul.

Jika ada kemusykilan lain, jom kita kongsikan dan saya akan cuba tanya kepada mahaguru bahasa kita ini. Selain menambah ilmu di dada, ia dapat menaikkan martabat bangsa.

14 comments:

a z m i r said...

thanks!!! Good Knowledge..

Adam Ruslan said...

Perlaksana tu mungkin pernah aku guna pakai, tapi memang tidak pernah tahu apa hukum hakam penggunaanya.

Mard said...

pasni leh jadik cikgu BM
;-)

d u t a said...

+ azmir +
ilmu dikongsikan.

+ amANI +
hahaha... dalam ilmu kalian sekarang tak guna sgt kot. tak pe. kalu pelajar spm mana tuan terjumpa, khabarkan. mana tau, pertolongan itu membawa rezeki dilain masa.

+ tmard+
mara nak cikgu pointer tinggi je. hehe.. tak pe la. sekurang-kurangnya saya berkongsi ilmu. seronok belajar bahasa ibunda ini. menarik!

yurn said...

i like.. memang selalu kena sound pasal penggunaan 2 perkataan tu. tq for the info.

rozaimiabusamah said...

terima kasih atas perkongsian.
*hmm..BERkongsi adalah betul, jadi PERkongsian juga adalah betul.
*hmm..terima kasih ATAS perkongsian atau terima kasih DI ATAS perkongsian. rasanya tiada perkataan DI. camana tu che-gu?

d u t a said...

+ terima kasih ATAS perkongsian atau terima kasih DI ATAS perkongsian +

: DI ATAS merujuk kepada tempat sahaja. contohnya; DI ATAS MEJA.

: TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN adalah BETUL dari segi bahasa.

ini berdasarkan kelas bahasa yang saya hadiri. saya akan sahihkan isu ini berdasarkan nota yang saya perolehi. apapun terima kasih!

Anonymous said...

+abe mi+

penggunaan tatabahasa yang betul dalam penyediaan kertas kerja atau kertas cadangan dalam perkhidmatan awam telah lama diperjuangkan cuma terdapat segelintir daripada sejumlah besar penjawat awam yang kurang boleh menerima nasihat yang betul daripada mereka yang berada di bawah seliaannya. Sungguhpun begitu, saya sentiasa berpegang kepada prinsip... 'betulkan yang biasa, biasakan yang betul'

btw, thank you for sharing [tetibe teringat "i'm not sharing']

d u t a said...

+ bahasa di jabatan kerajaan +
bagus juga. mungkin betulkan mereka dgn cara memanggil jabatan bahasa mengadakan kursus kepada mereka. terutama kepada mereka yang menduduki peperiksaan SRP, kerana perkembangan bahasa telah sedikit sebanyak telah berubah. jika tuan inginkan panduan, saya sedia menghulurkan alamat pihak yang boleh membantu jabatan anda! selamat memperjuangkannya!

Anonymous said...

Tapi kedua-dua perkataan ini wujud dalam Kamus Dewan yang menjadi "kitab" kita semua

d u t a said...

maaf tuan pembaca, sila berikan saya edisi ke berapa kedua2 perkataan itu wujud? sbb hnya perkataan pelaksanaan shj yg betul pengunaan imbuhannya. kongsikn penemuan tuan itu

k long sally said...

deksuuu, klong google pasal ni nak tau yg mana betul so termasuk la sini.bila dah baca2 and paham, n dah nak off baru la terperasan rupa2nya ni blog deksu haha.wahh dasat deksu jadi bahan rujukan uolsss

d u t a said...

thanks kak long sally!

Fardain said...

Penjelasan yang jelas dan mudah... terima kasih!!