Saturday, January 30, 2010

NEW PLACE, new experience

Berpindah rumah adalah sesuatu yang perit bagi aku. Sebabnya dikala itu, banyak benda yang perlu difikirkan termasuklah wang! Baiklah sedikit kronologi kehidupan aku sejak bekerja!

______________________________________________________

dari SKUDAI ke KUALA LUMPUR
berbekalkan wang bernilai rm10, aku ditumpangkan rakan baik aku AZMIN ke kampung melayu subang (my aunt's house). Semua hasil kerjaku, disumbat dalam kereta VOLKSWAGEN milik min. Aku memang terhutang budi banyak gile dengan min! thanks buddy! lama juga aku tinggal disitu. malah, keluarga ini dah menjadi sebahagian dalam hidupku! thank cik zah + family!

dari SUBANG ke WANGSA MAJU
aku penat berulang alik setiap hari menaiki bas waima dengan kereta juga. Selain gajiku dah mampu untuk tinggal dirumah sewa sendiri. Aku tinggal bersama junior ku, GHAZALY. Kemudian diikuti FUR. Namun tak lama disitu, aku diHALAU oleh tuan rumah kerana hasil pembahagian harta sepencarian akibat penceraian tuan rumah. Jadi aku dan housemate; masing-masing membawa haluan.


[aiman, anak jiran yang suka lari dari rumah ke rumahku]

dari SEKSYEN 1 ke SEKSYEN 2
Aku mencari bilik sewa, akhirnya ketemu dengan kenalan baru yakni secara kebetulan warga negeri kelanatan. Secara umumnya aku amat berpuas hati, namun tak lama kemudian, wujud satu lagi watak penyewa yang benar-benar menguji kesabaran islamku! Malah pencerobohan memasuki bilik ketika pulang berhari raya, adalah sesuatu yang tidak diterima akal fikiran. Perang Korea Utara dan Korea Selatan aku lancarkan!

dari WANGSA MAJU ke KERINCHI HEIGHTS
wah, nama pun dah orang putih, tapi lokasi penuh dengan rakyat asia, termasuk pendatang! mujurlah dirumah ini aku selesa. malah, housemate masing2 dah matang dan kerjaya pun bukan calang2. jadi aku rasa, memasing faham jika pulang sebagai rehat dan mengisi masa terluang!


[my room]

dari KERINCHI HEIGHTS ke XXXXXXX XXXXX
apapun, terlebih dahulu, nak ucapkan terima kasih GBS atas offer nak tolong. I really need korang waktu ni. many thanks. terharu... balasan, tiket AJL tahun depan! hahaha! barang tak byk, cuma tak best angkat sorang2 ni. rasa cam tak ada kawan dalam dunia. nanti dah siap rumah dengan barangan ikea, jemput lah ye. ada siap makan2 kot. for now... bagi i bernafas dulu. sempurnakan mana yang kurang. Lagipun ini sudah hidup yang baru! k. kalian... sesape yang nak singgah, jemputlah, but ping2 i dulu ye!

7 comments:

Unknown said...

rumah itu [kerinchi height] akan dirindui! isk isk.. sedih la pulak!

a z m i r said...

tu la.. sedih tau.. markas lepak tu..

d u t a said...

+ gbs +
ye laa... bile ingat sebagai markas utk semua acara... terkenang teknik2 menunggu m.lambat, m.alasan dan sebagainyalah! huhuhu... macam pelabuhan melaka lak kan! uish... wet tissue please...

Anonymous said...

hmm... will miss kena saman kat kerinchi yang tk terbayar lagi. gulp!

d u t a said...

+ saman +
ala saman konfiden tali pinggang pun tak buat... apatah lagi parking. WWF boleh je kan... kashah kata patutnya zakat!

shooter said...

bile la ko nak beli katil queen/king???

d u t a said...

+ bonus berganda +
kami tak amik hak peneroka... k dah