Friday, January 22, 2010

KNOWLEDGE : bahasa : IMBUHAN KE BAWAH + KE TEPI

Terasa macam menjadi ejen DBP pulak bila asyik2 perihal tatabahasa dalam sesi ini. Kebetulan masih segar dalam kepala otak ini, tak salah jika terus terusan begini. Macam kalian tetiba mengilai sesuatu, sehingga di mana2 laman web sosial sekalipun, kalian pastinya bertindak sedemikian.

Contohnya, umpama membeli kasut berjenama sehingga harganya mencecah bulanan keretaku. Tidak pun, isu meminati program realiti kanak-kanak sehingga terbawa-bawa aksinya ke pejabat. Juga tidak ketinggalan emosi meminati drama bersiri terulung 2009 sehingga meletakkan dirinya sebagai sebahagian dalam diri watak pelakon itu... semuanya kerana ia masih segar dalam pemikiran kalian untuk dikongsi bukan?

Baiklah; berbicara tentang imbuhan kata terbitan ini... mari kita sama2 perbetul yang selama ini menimbulkan keraguan dikalangan pengguna.

kata dasarnya : KE BAWAH / KE TEPI / KE BUMI / KE DEPAN

jika ada imbuhan MENG * KAN maka penggunaan yang tepat adalah ;

+ ke bawah : MENGEBAWAHKAN

+ ke tepi : MENGETEPIKAN [ jadi tiada perkataan mengenepikan ]

+ ke bumi : MENGEBUMIKAN [ jadi tiada perkataan mengkebumikan ]

+ ke depan : MENGEDEPANKAN

nampak pelik, tapi inilah hukumnya.

mungkin anda boleh mencuba bagi kata dasar HAD, cuba letakkan imbuhan MENG * KAN?

9 comments:

Unknown said...

menghadkan...
tol tak?

ke mengehadkan...

cham's said...

meng[e]hadkan?!?

tootsie said...

weeii over la HEADERRRR ko! jeles tau neh!!!!!!!!!! kalau ko keja sini lagi, mmg dah lame laaaa kena ngan aku :P

d u t a said...

+ mengeHADkan : betul +
hahaha... pandai kalian (dxoul + bor cham)

S... hehehe... kan nama nya grafik designer, wajibla tak sama rakyat biasa. sorry, i dah season 3! :p B

d u t a said...

+ RALAT +
Baiklah; berbicara tentang imbuhan kata terbitan ini... mari kita sama2 perbetul yang selama ini menimbulkan keraguan PADA kalangan pengguna.

Anonymous said...

+ kasut +

o ye ke? hampir2 sama dengan byr kereta? wow! no wonder i can run faster! hihihi

a z m i r said...

duta - kasut budu manual..

d u t a said...

+ kasut laju +
dah cuba ke? mmm berani berentap? huhu x nak la. konsepku, beriadah bukan utk berlawan! Jadi degupan jantung diHADkan secara seimbang. Tidak wujud unsur amarah mahupun berdebar2. Sebab tu solat itu juga senaman. Amin

Isiah said...

It can't really have effect, I believe this way.
CHICKEN FRIED ROUND STEAK