Wednesday, July 29, 2009

when DECISION has been made

Minggu adalah hari bersama-sama berhibur. Melepaskan ke'period'an di office bersama teman2. Kalau boleh... tak nak datang office sebagaimana watak QS in JB yang cuba nak tunjuk rajin walaupun hanya sekadar chatting ataupun... merajuk dengan housemate (merujuk kepada kenyataan Nor Hisyam Ghani).

Kali ini... hari minggu aku, aku diheret bersama meraikan hari lahir yang tertunda sejak sambutan itu. Sekaligus meraikan tarikh2 penting yang disambut rakan sekolah aku. Ermm semuanya berjalan lancar. Sebagai High Council... sekali lagi aku merampas takhta membuat keputusan lokasi sambutan itu diadakan. Dengan bajet bernilai seumpama nilai bayaran tertunda kampung buah pala di pulau pinang... aku segera membuat keputusan hasil kajian yang dibuat. Hasilnya... buffet dinner di sebuah hotel terkemuka di golden triangle.

Hotel Concorde Kuala Lumpur; outlet MELTING POT. Aku teruja dengan promonya kerana harga yang munasabah dan ada stollers. Hidangannya? bagi aku biasa je. Tak de yang menarik. Mungkin sebab dah 5 tahun berkecimpung dalam dunia perhotelan... makanan seumpamanya di hotel ini aku anggap biasa. Malah aku rasa lebih nikmat jika makan di restoran2 biasa. So, tak ada apa istimewanya. Popiah basah pun tak menaikkan nafsu makan ku... yang lain aku bagi gred B-. Coverage banyak je dalam The Star... tapi biasa! Hehe!

Decision? ops... lupa! dalam isu yang dibangkitkan ini... ketika strollers mula-mula hadir... ada beberapa watak yang teruja dan kagum. oklah... sekali lagi... i'm a hotelier! Dalam pada itu... sempat aku katakan... sekejap lagi strollers ini bakal singgah dimeja kami. So baik uols wish lagu apa untuk didendangkan! Perh belum sempat berfikir menukar channel OASIS... kepada channel MTV mahupun channel V, dah dikeluarkan satu DECISION yakni = MICHAEL LEARNS TO ROCK = that's why [you go away]. Berdasarkan reaksi penganjur... kelihatan seolah2 tidak fasih menuturkan lagu itu... Aku... tertunduk sahaja. (Ada photo yang menunjukkan reaksi ini... namun berdasarkan teknik cara kerja pemilik jurugambar ini... visualnya akan dipertontonkan umum menjelang hari raya nanti).

Berakhir babak pertama. Namun sedikit nota sisipan buat teman saya, ROY. Aku tak pernah menuturkan kata2 jahat seumpama... DBKL, LAUK HABIS, DAH BANYAK 12 KALI KE KAUNTER dan sebagainya. Kalau benar... i katakan depan2. Tapi pembaca... berdasarkan photo sisipan ini... ermm tak pe lah... uols nilaikan sendiri mana satu ROY.


Malam masih muda. Jam baru jam 10.30pm. Kami merangkak menyelusuri kuala lumpur dengan tujuan melepaskan bakat terpendam dengan mendendangkan suara2 masing2 di karaoke ternama di sebuah pusat membeli belah di kuala lumpur. Tempat ini dianggap setaraf status kami. Tak perlu berebut dan sound system yang baik.

Belum pun sempat bersuara... DECISION sekali lagi dibuat! NO REPEAT SONG! maknanya... lagu2 kegemaran yang sering diputarkan sebelum ini... seumpama lagu HAZAMI berjudul tekad nyanyian NIJE, DXOUL semua lagu INDON, KASHA lagu M.NASIR dan DAMBAAN PILU untuk aku adalah DIHARAMKAN sama sekali. Jadi puas tak nafsu ko tak dapat menyanyikan lagu kegemaran sendiri?

Setibanya... awal 15 minit. Terhibur pulak duduk dimeja menunggu sambil melayari laman web video klip MJ. Sambil menonton... membelek majalah disediakan.

Seawal jam 12am... kami dah dibenarkan masuk! Seperti biasa... acara memilih lagu. Untuk warm up... lagu bebas. OK namun bukan lagu REPEAT! Puas mentafsir... aku pilih lagu KU MOHON dendangan Sheila Majid. Saje nak relate kan dengan kehidupan. So, out of tune pun... ada aku kisah? hahah...

Masa berjalan... dan banyak konsep disuara kan. Seolah2 DECISION has been made tanpa belas ehsan. TEMA Lagu DANGDUT? Ok lah... aku pilih lagu... SELAMAT JALAN ROMEO dendangan Ramlah Ram. Tapi ada pihak buat2 salah pilih lagu... dan akhirnya lagu yang dipilih TIDAK langsung bertema kan DANGDUT! ADAKAH ITU ADIL? Senang2 je dia bantai lagu tuh. No ONE say anything... except myself!

Bukan satu TAPI 2. Kali ini tema ROCK KAPAK. Aduhai... aku punyalah fikirkan lagu2 rock kapak. Siap research dengar radio sinar yang selalu mendendangkan lagu2 kumpulan EKAMATRA, QIARA dan DAMASUTRA. Tapi... same person juga... pilih lagu yang bukan langsung bertemakan ROCK KAPAK! DECISION yang tak dipantau!

OK... seterusnya... tema lagu-lagu WHITNEY HOUSTON! Cuba ko bak sini album WHITNEY HOUSTON yang meletup kat pasaran malaysia. Suruh staff JUSCO ke nyanyi... aku rasa sesen pun tak kuar dari mulut dia... puas aku fikir bagi memenuhi kehendak... akhirnya lagu WHEN YOU BELIEVE. Nak je lepas ni... aku pulak bagi cadangan nyanyi lagu SHANIA TWAIN ke... Kalu lagu janda beranak satu BRITNEY SPEARS ok la... or else... aku cadangkan artis yang lebih banyak isu kisah peribadinya jika dibandingkan dengan karier seperti ... penyanyi berambut ala sanggul tebuan... Amy Winehouse.

[amy winehouse, kenal kan? lagu dia cuba nyanyi skit!]

So... aku rasa lepas ni... konsep boleh dilaksanakan... cuma kena pantau laa... sebab aku tak puas hati! hahahaha.... so... lepas ni... masing2 kena bawa sendiri konsep lagu untuk dicabar. Aku dah chup lagu-lagu nyanyian SENARIO.

K. Dah... Itu je.

Sunday, July 26, 2009

DUTA, instantly build self confidence

Bercerita tentang self confidence... aku sememangnya risau dengan prestasi yang aku perolehi sekarang ini. Maklumlah... kini rentak hidup aku menjurus kepada penilaian aku menjadi penyampai berita di ntv7. Itu matlamat aku setakat ini. Aku nak buktikan ianya satu kejayaan dalam hidup aku. Namun... sehingga aku menulis ini... aku punyai satu ketidakpastian dalam diri sendiri... iaitu KEYAKINAN DIRI.


[ni time2 aku boring, dan... zaman berangan]

So, mulalah aku cuba mengorek laman web yang membekalkan yang memaparkan nasihat-nasihat yang boleh memberikan idea untuk meningkatkan tahap keyakinan diri.

Kisahnya... biar aku ceritakan...

Ermm... kalian mesti melihat membaca berita itu senang kan? Sama seperti aku sebelum ini... Mungkin bagi sesetengah mereka yang dah hebat, alah... benda kacang je. Tapi bagi aku... yang menjadi bidan terjun dalam bidang penyiaran yang sebelum ini bekerja sebagai pereka grafik, ianya sesuatu yang sukar!

Pertama... untuk mengenal rentak bahasa penyampaian berita, bukan sesuatu yang mudah. Kadangkala penyampaian itu salah maksud, salah diterjemahkan malah ada juga kadangkala salah diceritakan. Aku pernah digelakkan kumpulan senior aku kerana isu kes pembonceng motosikal yang ditembak mati di selatan thai! mereka tak tahan... lantas gelakkan aku... sebabnya aku terlupa, pembonceng dan penunggang motosikal adalah 2 watak yang berbeza. Oleh kerana aku pun terlepas pandang dengan cerita ini... ditambah pula dengan tugasan sebagai penolong penerbit bukanlah boleh * keluar ke klcc semasa lunch break walaupun lokasi kerja di putrajaya mahupun *membuka perisian chatting semasa bekerja untuk bidding iphone ataupun *menggunakan kenderaan office untuk makan pau yik mun di sempadan selangor.

Selain itu... aku turut bertugas membantu penerbit merealisasikan berita yang memerlukan ketekunan ke hulu ke hilir berurusan dengan banyak pihak. Nasib baik watak PR aku gunakan sebaiknya. Paling busuk pun... aku hanya mengomel kepada diri sendiri terhadap sikap yang tidak disenangi itu. Selebihnya, manusia ini... aku anggap punyai perangai yang pelbagai. Termasuklah isu RENTAK penulisan penerbit yang berbeza. Hasil daripada penulisan yang pelbagai dari penulis-penulis ini... anda pastinya tidak terjangka apakah perkataan yang ditulis mereka seterusnya...

Contohnya;

Kebiasaan : Sehingga ditutup jam 5.30 petang tadi...
Ditulis Penerbit / Editor : Sehingga ditutup jam petang tadi...

Jadi dengan ayat yang panjang berjela itu... aku sering tersalah tafsir!.

Monday, July 13, 2009

LIFE, every thing happens for a reason



Life Quotes

1st. Kisah antara aku dan DIA.


DIA maha mengetahui... apa yang tersirat dalam hati aku. Aku pendamkan perasaan aku, dan akhirnya segalanya berakhir. Aku hanya mahu menunduk malu padaNYA, kerana aku tersasar dari lapanganNYA.

Biar ini menjadi rahsia dalam hidup aku. Seumpama aku menyimpan segala kelemahanku...

2nd. Tergendala
Segalanya berjalan dengan tidak sempurna. Banyak yang tertangguh. Pengurusan kehidupan pun entah ke mana. Semenjak beberapa perkara berlaku... laluan hidup itu... seakan terhalang. Contohnya, blog aku yang bersawang, pakaian yang perlu dilipat, kemeja yang tidak tergosok, bilik air yang tidak dicuci, makanan keperluan yang tidak dibeli, bulanan kereta yang terlupa bayar, ikan yang kelaparan, pokok yang tak bersiram, baju putih yang tidak dibasuh, dan hanger yang tak disusun dan... banyak lagi.

3rd. Maaf
Aku nak ceritakan cabaran yang aku lalui sepanjang kehidupan yang tersasar itu... Aku mengambil peluang mencari duit sampingan berdasarkan satu permintaan yang aku rasa aku dapat penuhi. Sebabnya aku bergantung lagi hidup kepada duit sampingan selagi aku tak dapat elaun sebagai ************.

Nak dijadikan cerita, aku tangguhkan kerja sampingan ini dengan alasan, ianya akan berlangsung pada minggu yang akan datang, bermakna seminggu lagi dari tarikh permintaan sebenar. Alih2... keadaan menjadi huru hara dengan makluman, tarikh itu adalah pada minggu ini. Aku benar2 hilang akal nak mencari idea. Tambah lagi, penggunaan perisian ini bukanlah seperti hafazan tangan2 aku merekabentuk menerusi photoshop + illustrator. Ini jarang sekali aku buat kerana ketika menjawat jawatan pereka grafik sebelum ini, aku menolak mempelajarinya secara formal sebabkan... kerjaya ini sebenarnya dibuat oleh web designer / multimedia person. Jadi aku mengambil cabaran ini sebenarnya atas dasar memberikan dan menghulurkan bantuan.

Jadi aku MOHON MAAF kepada pihak ketiga dan client aku. Aku tak ada niat nak memporak perandakan keadaan... namun sebenarnya aku punyai sesuatu yang ingin disampaikan.... yang aku rasa aku berhak suarakan... cuma aku kisahkan untuk sesebuah hari bersejarah dalam hidup anda, biarlah ia SEMPURNA.

* atas peristiwa ini, saya memohon maaf.

3rd ++ Extra Note
Kisah lain pula... dintv7, aku sering berurusan dengan pereka grafik, aku faham bila arahan memberikan kerja kepada mereka. Bila satu perkara kecil yang ingin ditukar, ianya bukan satu kerja mudah seperti memadam sebuah perisian. Aku sering menyediakan secukupnya untuk mereka jenis grafik. Bagi aku pereka grafik tidak pandai membaca fikiran orang sewenang-wenangnya. Ini luahan mereka! Jadi aku mengiyakan sebagai tanda setuju. Orang berbeza punyai minat berbeza. Jadi sebelum aku menghantar sesuatu grafik untuk paparan berita, aku akan carikan photo atau apa2 bahan selengkapnya supaya ianya menepati kehendak. Sebelum itu juga, aku akan menggunakan bahasa PR aku bertanyakan kepada penerbit jenis dan idaman grafik yang bermain difikirannya. Aku bukan hipokrit... tapi aku cuba mendidik manusia supaya percaya, grafik designer / pereka bukan MAGICIAN! dari dulu lagi aku gunakan pendekatan ini. Sejak aku mempelajari artwork aku dicampak dari sebuah bilik boss!

Jadi aku pun kadang-kadang tak nak dipersalahkan akibat kegagalan mereka membaca fikiran boss aku. Sebabnya yang berdepan dengan boss adalah aku.

4th. MY GIRL


Jasmine adalah teman rapat aku di Ntv7. Aku suka dia sebagai kawan dan yang paling best.... dia pun ratu air mata sama aku. Weols sering makan sama. Now dia dah ke jinjang pelamin bersama Zan. Zan pun best juga... sporting! Boleh layan lawak aku.

Satu ketika, dikala aku sedang mengalami emosi yang kurang stabil, aku tiba2 teringat pada Jasmine. Tatkala itu air mata membasahi pipi. Aku rindu jasmine? ya ya... biasanya Jasmine tempat aku buat2 lawak dan teman buat keje... tapi dia tak de for a month, aku sedih... bila Min telefon petang tu time lunch, aku sebak, tapi kontrol sebab depan aku ada abang wan, peyus, zetti, kak ron dan wawa! sebab biasanya aku tetap tunggu min ngan team aku gi makan lunch. Zan kembali kan Jasmine ye!

Apapun, buat Jasmine... sorry kalu fumble byk masa jadi MC. tak banyak pun. Zetty kira sepuluh. Itupun kiraan tidak rasmi. Nak rasmi kena ada bukti.

5th. Belajar dari Kesilapan
Aku cuba mengatasinya sebaik mungkin.