Saturday, May 9, 2009

TAMAN NEGARA - canopy walk




Bertemu dalam edisi ; TAMAN NEGARA. Kali ini laporan penuh berkenaan CANOPY WALK. Tentu kalian pernah menyaksikan keunikan Taman Negara Pahang ini dengan wujudnya pusat tarikan pelancong ini...

Canopy Walk merupakan satu siri gantungan jambatan-jambatan dibina dengan anggaran jarak 40 -50 meter dari aras tanah. Disahkan sebagai laluan jambatan gantung kanopi terpanjang dunia, laluan sepanjang 500m... menyediakan satu perspektif unik hutan hujan khatulistiwa. Langkah keselamatan diambil... anda perlu berjarak 5-10 meter antara satu sama lain ketika melintasi jambatan tersebut.

OK... baiklah itu sinopsisnya... antara paparan menarik... sila baca dibawah.

Sepertimana perancangan yang dibuat awal... kesemua agenda dirombak atas sebab2 tertentu. Lagipun menurut urusetia... jadual tertakluk kepada sebarang perubahan! haha. Lagipun... kedudukan resort utk kami tinggal berjarak anggaran 15 mins perjalanan menaiki bot dengan beban seimbang daripada GBS featuring hisham ghani, menyaksi beberapa perubahan kecil berlaku kepada aturcara yang dirancang.

Hari kedua, sebagai impian dan harapan semua... kami bakal bergerak menuju ke Canopy Walk yang menjadi tarikan utama warga pengunjung taman negara ini. Betul kata orang ... [orang tau... i tak refer pada my mom]... tak semua perancangan akan menjadi kenyataan. Tibanya kami di sana menyaksikan lautan manusia (exaggerate) menantikan peluang menaiki titian gantung itu. Kami yang sememangnya tidak sabar part menunggu... (sebagaimana menunggu nasi goreng kashah)... kami bertindak bjiak dengan menangguhkan aktiviti menyeberangi titian itu dengan kembali ke Kuala Tahan bagi meneruskan aktiviti lain. Aktiviti lain sila semak nota kaki di bawah *.

Agenda ditukarkan kepada hari Ketiga (3 Mei) kami disana; iaitu pada sekitar jam 12.00 tghari... kami menggagahkan diri bergerak berjalan kaki dari kuala tahan yang berjarak 1 km ke Canopy Walk semula. Sangkaan kami tepat apabila keadaan lengang dan hanya beberapa watak warga tempatan dan juga kawanan mat saleh sahaja disitu. Dan yang menariknya, dalam kawanan kumpulan penjajah itu (mat saleh)... kami temui kembali salah seorang daripada minah saleh yang kantoi membuang najis berhampiran semak di perkampungan orang asli. nyum... nyum...!

Sedikit penerangan diberikan pegawai yang bertugas. Asasnya mudah, hari hujan, canopy walk ditutup bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Aku kehairanan... sebabnya, lantas aku bertanya kembali! .... Jawapannya, tanah yang lembap akibat hujan tidak mengagahkan struktur cengkaman akar pokok untuk menanggung beban! Jadi, dengan alasan yang diberikan itu ditambah pula sebagai pegawai yang sudah berkhidmat lama... aku akur dengan alasan itu. Aku yakin jawapan diberikan itu kali ini bukan dipropagandakan sebagaimana sebelum ini aku dipropakan oleh pemilik camera sony jenis T. Hahaha.

Hehe... kenapa aku mengambil tugasan ini... kerana aku mencabar diri aku agar tidak takut pada ketinggian. Ini ekoran laporan ahli GBS lain yang mendakwa aku terketar + menggigil ketika menaiki cable car di langkawi awal tahun lalu. (Alasan aku... di altitud ketinggian itu... suhu menurun kepada paras sejuk dan dengan hanya kostum aku yang hanya bertutupkan sebahagian peha... anggota lain terasa kesejukannya dan menyebabkan aku menggigil. Jadi aku rasa... dakwaan GBS itu adalah kurang munasabah).

Baiklah... aku diberi penghormatan menjejakinya sebagai watak pertama ke sana... eh ye ke? lupa sudah aku. Tapi aku pasti GBS lain termasuk Hisham turut memberikan suntikan semangat agar aku sentiasa melihat ke bawah! Siol je... makin takut adalah! Berjarak setinggi itu... aku sentiasa bayangkan barangan (camera) aku terjatuh. Bukan aku! Setiap perhentian di batang pepohon itu... diberikan notis amaran supaya mengekalkan jarak antara pelintas jambatan gantung itu dan hanya beban maksima 4 orang sahaja dibenarkan pada setiap hentian.

Bergambar watak2 palsu bukan main lagi. Semuanya tak menang tangan untuk memberi tahu rakyat jelata tentang kehebatan beraksi di paras kanopi hutan hujan ini. Ada yang mengambil gambar sendiri... mahupun memaksa orang lain mengambil gambarnya. Aku hanya tersipu faham siapa! hahaha... lihatlah dunia.

Ok. Titian merangkumi sebanyak X hentian (X adalah pembolehubah). Jadi dalam bergerak merentasi titian itu... banyak juga sesekali aku terpandang lantai hutan hujan yang sememangnya kosong jika dibandingkan dengan hutan hujan tropika.... faktanya... sila rujuk buku geografi PMR.... page tak sure sebab i tak cuba sekali lagi untuk menjadi watak itu.

2nd OK. Apa yang pasti GBS sentiasa diselangi memori yang tidak akan dilupakan dalam mana2 aktiviti. Dalam kami bergembira melangkah satu persatu menyeberangi titian itu... wujud 2 kanak-kanak yang tidak pandai menghargai nikmatnya menyaksikan panorama dari aras kanopi pohonan hutan. Mungkin kanak-kanak itu hanya meminati majalah mangga mahupun URTV yang dicuri baca ketika kelas mengaji di rumah ustazah yang anaknya melanggani majalah hiburan terbabit. wah... kena lagi!

Penat dan seriau juga bila terbayangkan jika terputus tali temali yang menghubungkan titian itu. Yang aku tak ceritakan pada GBS, alkisahnya... dalam menyusun langkah menyusuri titian gantung itu... aku ingatkan ada seorang mamat dihadapan aku... wataknya tak UBAH seperti salah seorang penjaga canopy walk itu... dengan selambanya aku bertanyakan pelbagai soalan dengannya... seolah2 mamat itu bakal memberikan informasi lengkap kepada ku. Namun dalam perbualan watak wartawan aku itu, akhirnya mamat tu selamba, seraya berkata "eh... ko ingat aku tahu semua ke? " aku ingat dia sentap... rupanya last2 masa menuruni ke titian akhir... aku melihat mamat tuh, rupanya salah seorang warga pengunjung ke taman negara. Dari gaya pemakaiannya tak ubah seperti rakyat jelata lain yang memakai selipar cam nak pegi kedai mamak depan rumah + seluar slack meleret hancur hujungnya dan berjalan seperti bersifat malas dan langsung tidak menikmati penjelajahan itu.

Jadi dibenak aku... tersenyum sinis. Mungkin dia tak seperti aku yang menyediakan baju yang match dengan backpack dan membeli kasut khas sempena lawatan ke taman negara. Ops lupa... termasuk botol air nak match kan dengan backpack serta seluar cargo short yang sanggup dibeli semata2.

Last sekali... aku bersyukur. Akhirnya tercapai juga misi ini. Menyelusuri titian gantung terpanjang itu. Apapun... aku harap yang lain gembira juga. Cuma aku masih tertanya-tanya... siapa yang berada di belakang Radin? Sebabnya, kebanyakan foto yang diambil radin oleh pemegang camera i, semuanya kabur (bermakna bergoyang).... itu je yang menjadi igauan aku tiap kali menatap kesemua foto yang diambil.

_____________________________________________________________

Untuk laporan yang lain;

1. Pengembaraan Kelah Santuary :: NIJE (asalnya rapid shooting ; namun dibatalkan)

2. Pengembaraan Kumbang Hide :: DXOUL

3. Gua Telinga :: KASHAH

4. Summary :: RADIN

5. Hisham :: - tba -

_____________________________________________________________


Last sekali, kepada mereka yang berminat dan mengidam untuk melawati taman negara, sila jangan lakukan ketika musim hujan ataupun merancang untuk berbulan madu. Sebabnya, lawatan ke kawasan hutan seperti ini akan lebih meriah jika anda bersama rakan2 yang beraksi lasak sederhana (walaupun menjerit kena gigit pacat - malu!)...

Dan ingatan, sebagai hamba Allah. Anda harus bersedia menerima qada dan qadar tuhan. Segala kemungkinan adalah datang daripadanya! Jadi jangan salahkan jadual aku, kalu let say, Allah cakap air sungai tembeling tak jernih, tak nampak ikan kelah! ok! (nada sentap)!

k. Siap siaga kepada mereka yang tidak pernah snorkling... nantikan pertemuan GBS di Perhentian!

42 comments:

Unknown said...

never aku!

radazos said...

nice pic ....

a z m i r said...

duta - best la blog u!

radazos said...

aiyoo..blur ke semua pic? yg i amik?...mmg la adik2 tu duk lompat2...hehehhe

a z m i r said...

radin - dieorang ajak hang lompat skali tak?

Anonymous said...

adik2 ke adik? *gulp!

d u t a said...

+ kashah +
nice blog... nanti i cakap blog u best juga

+ radin +
adik2 tuh lompat ek? i ingatkan beban belakang u byk... huhuhu....

+ nije +
eehhemmmm.... MANA?

Unknown said...

hehehehe . . apesal pic dari camera aku pun ko edit blur2..saja ekkk! hehehehe..

ok tak aku backup orang belakang radin yang amik pic guna camera ko?

Adam Ruslan said...

Kelihatan GBS semuanya telah menjalankan tugas menyiapkan laporan dengan jayanya.

Dapat disimpulkan setelah membaca laporan-laporan tersebut, trip ini bermakna dari segi penghayatan.

Penghayatan terhadap pepatah "kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan".

Yang penting, kalian gembira untuk mengembirakan diri dan rakan-rakan. Sekian.

a z m i r said...

duta - kan duta kan..MANA?

Anonymous said...

puas dok pikir kenapa semua gambar blur... mungkin pasal nak kaver muka takut sebab gayat kot. especially gambar yang first tu. erk!

a z m i r said...

nije - setuju! ops! tap..tap..tap.. (bunyi hammer mahkamah!) keputusan diputuskan!

Anonymous said...

~mahkamah~
bilakah kali terakhir sistem juri digunakan di Malaysia? *gulp, tetibe kuar topik. hahah.

Unknown said...

saya...saya tahu... saya tahu..[melompat-lompat kasi nije nampak!]

kes mona fandey kan?

Unknown said...

uols - i rase kan...pasal nampak anak harimau yang mati tepi jalan o d way nak ke kuala tahan tu kan...dxoul n im reka je laA(nak tarik perhatian sbb ramai yang dh tido)...sbb diaorang je nampak..ye la..i kena la angguk je mase tu...diorang kan high councel....cume skrang dah blh bersuara...

Anonymous said...

~harimau mati~
ellow, i tak tido ok. lagi dua org yang tido. pastu bagi alasan main badminton malam tu (sapa taktau). betul la deq sham, diorg tipu rasanya ala2 akak multitask tipu kita kata abai waterfall tu lawa. bley?

d u t a said...

+harimau+
weh... dik nije, kalu ko terpengaruh dgn deq syam tuh... i rasa la kan... esok kuar photo bilik tanpa kipas setahun! siap laaa...

ye... i dah tulis nama sape yang tidur waktu pengembaraan bermula.

ada penalty yang akan diberikan untuk tugasan seterusnya.

lagi satu, denda lewat post blog pun ada denda. tambahan pula, nak main edit2 photos last minutes... apa kes?

k tuh je.

a z m i r said...

nije - soalan recycle..boringggg..

isang - kan. i rasa pun kisah tipu je.

dxoul - jahat kan nije cakap ada makhluk badan besar. (fire spreader..)

duta - nak tgk foto tu..mesti dingin damai bak pantai yang keBIRUan..

d u t a said...

nije said "puas dok pikir kenapa semua gambar blur... mungkin pasal nak kaver muka takut sebab gayat kot. especially gambar yang first tu. erk!

dxoul said "hehehehe . . apesal pic dari camera aku pun ko edit blur2..saja ekkk! hehehehe.."

BLUR : effect ni aku bukan buat. tapi alasannya, aku takut pic ni diambil dan di eksploitasi kan oleh pihak yang tak bertanggungjawab! hahahah....

tuduhan ketar dan takut sudah disangkal menerusi laporan ye! cik nije nak saya highlightkan balik ke?

at least i kan dxoul... letak pic kasi nampak... lain laaa ada orang letak pic, besar lagi screen sony touch screen camera itu... ok. tuh je!

d u t a said...

+ kasha +
soalan pitidi kadang2 memang repeat. ada PERUBAHAN sikit2 je...

radazos said...

semua: i nampak la anak rimau tu..tp i rasa kucing hutan kot...(bg membuktikan yg i x tido)..ahhaha

a z m i r said...

Radin - eh..eh..aku pun nampak jugak la!

Unknown said...

- deq sham -
sudah larrr..tetibe je ngaku nampak kann..nampak sgt bersalah...i saksi utama okay..sebab i duduk di celahan seat depan...pandangan i 360 darjah okay nampak segalanye...sampai bintang kiblat pun blh nampak...

d u t a said...

+tulis nama mangsa+
sham... kat atas ni... u tulis kepada siapa... bukan nama hang! k... saje nak cari kesalahan ko sebagai musuh utama QS

a z m i r said...

duta - betul tu abg im. Isang pun ada tido jugak. Tapi still jaga bila phone berbunyi. Dengarnya terambil kunci ofis betul ke? ops!

Unknown said...

deqsham tak comment pun kat blog aku. i terasa hati!

Unknown said...

herloww duta...i tau okay...i saje nak tulis nama deq sham gak..sbab yang appear hisham said...i ada dash kat depan okay....kalau nama mangsa dash satu kat belakang lagi...saje je nak jatuhkan i dr dulu lagi kan....(sambil mengelap air mata)

dxoul - i dah tulis okay...i follow tiap2 hari...every one hour gitew..tpi im ckp ko mase keje tak bukak blog ek....wah perkerja berdisplin sgt...

Unknown said...

deq sham : sanks! harus lah pekerja yang berdisiplin.

Unknown said...

ok teka sape yang 5 minit lagi nak on-air sempat email....i rase susah la soalan ni..sure tak de yang jwb betul...

d u t a said...

+ on air +
chiss... itu time aku reply sbb aku tak kena standby kat studio... duk tgk mailbox... sambil2 reply je la! huhuhuhu.... isang ghani mmg saje je nak kacau i! hahahah.... weh!

aku ada soalan... siapa yang lempang staf sbb staf cabar dia? siapa? siapa?

Unknown said...

ok i pilih konsonen 'F' untuk maaf..ada tak..

R28est said...

owh...takut tinggi eh?
bagus siap buat HIRARC lagi masa kat atas tu kan..

d u t a said...

+ HIRARC is a compound word which is made up of three consecutive activities running one after the other. The activities consist of Hazard Indentification, Risk Assessment and Risk Control. +

so R, ko rasa aku buat apa ni? jelaskan? hahaha... aku ingat nak buat acara terjunan pertama dari lokasi itu! hahaha

Ahmad Belia said...

mi, tadi cikgu nik terus call lepak baca cerita tu..hehehe

mat tiara

Unknown said...

jln duta - im aku nanti pindah umah abg sham kat perling...nanti nak dtg JB bagitau la...6hb ni nak pegi ikea singapore..nak ikut tak...

Unknown said...

hellooo... kisah dah basi. update la crita baru!

Anonymous said...

duta,

Ambik pakej kena berapa RM sekepala?

d u t a said...

+SAIFUL AZRUL+
dengan helmimajid aka duta ni, program lawatan local dia mesti kurang dari rm300. setakat ni saya masih belum bagi data terperinci kerana menteri kewangan dilantik masih belum memberikan butiran terperinci bagi kos perjalanan yang diambil. so, KPI menteri kewangan ni akan turun secara mendadak sebab kelewatan menyediakan laporan kewangan. untuk tahun berikutnya, perlantikan baru terpaksa dibuat, tanpa perlu rayuan ke mahkamah agung mahupun kepada pihak raja.

apapun, mereka yang perdi setahu saya hanya mengeluarkan wang sebanyak rm250 seorang sahaja. tiada pakej diambil, namun saya sendiri yang membuat research dan aturcara perjalanan. nak details?

d u t a said...

* typo

perdi = pergi

Anonymous said...

duta,

Yup, saya berminat emailkan butiran ke saifulazrul@hotmail.com jika tidak menyusahkan... TQ

d u t a said...

+ustaz+
insyaallah! dapat je laporan penuh, saya akan forwardkan.

Harold said...

In my opinion everybody must go through it.
Parkville MD | tanker boots | Aruba map