Thursday, May 21, 2009

i LOVE my job

[dari kiri 1. lentuk tu = Miss Z, 2. tongkat dagu = Miss J, 3. Blonde English Boy = Bro R, 4. Blonde English Girl = Miss H dan tak asing lagi... 5. Tongkat kepala rambut ketak2 = Kak R... dan 6.yang cute mute tu tengah2 = duta laa]

Aku kiranya hampir dah give up juga menghasilkan berita. Penat juga dengan karenah story yang macam hari2 asyik kena update dan kena tau perkembangan semasa. Itu belum termasuk menghafal nama ahli sukan seperti maria sharapova yang baru pulih dari kecederaan. Adus, belum masuk sepakan sudut dan the reds la dan sebagainya. Sekarang ini ceritanya ketika H1N1 terus meningkat. Katanya selagi WHO belum menyatakan kes itu sudah lenyap dari muka bumi ini... maka anda terus-terusan menghasilkannya.

Apa yang aku fikirkan... jika ada peluang buat aku untuk membaca berita... aku kekal disitu. Jika tidak, aku rasa aku bakal kembali meneruskan kerjaya kreativiti aku yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding kerjaya ini. Harapan aku satu! Tak perlu aku kongsikan disini... cuma itu padangan aku buat masa ini. Aku juga bakal menukarkannya jika perlu. Tengok je nanti.

Nasib baik ada watak2 gile dalam office yang boleh layan lawak aku. Masing2, walaupun buat berita... mulut jalan je. Maklumlah, suasana office, cam haram... u boleh tgk i bukak my facebook. bukan macam pejabat government yang beli partition cap X tapi harga meletup lebih mahal dari produk teknion - http://www.teknion.com/.

Watak Kak R; wanita berusia 35++ ini adalah sejenis kakak berbadan sedap -nyum nyum... sedap dimakan.... Macam mak mak skit la. Memang gelaran mak pada dirinya. Memang suka dengan keletahnya yang memang gemarkan lawak2 sial dikala kerja. Orangnya no 2 rendah berbanding Miss J; yang suka pakai heel tebal (ops ada lagi rendah ok). Bab kerja, buat berita sukan memang hebat. Cuma part gimrama, dia kalah ngan aku sebabnya dia tak mampu nak lentikkan kaki macam gimnas negara Faiznur Miskin.
Apapun, bestnya sebab akan mengalami daya ingatan yang kuat sekiranya anda menjadi producernya sebab anda yang kena ingat semua skrip dah dihantar atau tidak. Tapi tetap best sebab kerja macam aman ni penuh drama ini mengisi slot sandiwara hidup aku. Rahsia terbongkar... 3 minggu aku kat sana... jadi Asst. Producer... dah mengalir air mata aku. Yang kantoikan aku Sis W.

Sis Z. Wanita bertubuh kerdil ini... memang berbisa. Maksudku, kecil2 cili padi. Biarpun menjadi penyampai... tetap mampu menggalas jawatan sebagai penerbit. Tugas itu besar bagi aku. Ok, wataknya mudah, jika Sis Z ini sedang membuat kerja, maka semua cerita2 hiruk pikuk aku lawan cakap dengan watak2 penghibur dalam office, tidak akan diendahkannya. Dia terus dengan kumat kamit melafazkan ayat2 cerita yang disampaikan dalam bentuk berita. Bila aku jadi penolongnya, cerita2 harus di 'twist'kan supaya ceritanya sedap didengar dan punyai mesej untuk disampaikan. Aku kagum juga dengan pembacaannya... suara ketika membaca tidak sama ketika hariannya bertutur. Hebat! Kalau beli kain ela Sis W, 3 meter dah cukup untuk buat baju kurung buat Sis Z!

Miss H. Wanita ayu yang murah senyuman... namun suka kata-kata sinis. Tengah hangat menjalinkan kasih sayang katanya. Dia bersahaja, namun punyai aura yang tersendiri. Suka juga pada nilai2 estetik... seperti suka kasut everlast! uhuk2! Tapi cool. Kerjanya mudah, tapi kena juga sentiasa menghasilkan yang terbaik. Cuma, mungkin dahulunya kerjanya dari bawah juga, mengakibatkan kadangkala dia sudah menyudahkan kerja aku pula. Yeah! Tapi bestnya watak Miss H ini, sebabnya, dia cool dan macam tabah je.

Miss J. Bukan dalam watak American Next Top Model tuh, tapi... Miss J ini adalah dua watak dara paling top kat situ... masih bergetah uols! cayalah J. 2nd one yang kira dara meletup lagi... aku lah... sebab masih gula-gula getah! Kira Miss J ngan I adalah geng drama series gossip girl la... queen B dgn serena - http://www.gossipgirl.net. Bestnya pasal Miss J, sebabnya dia happening. Berasap memang la tak ingat punya... tapi masuk la ngan dia, walaupun aku ada sikit-sikit channel islam sikit. Huhuhu. Tapi dia bagus. Kira baca news pun hebat, mantap. And last sekali, very helpful person. Memang baik dan seronok. Tak lama lagi jadi bini orang. Bro Z. Sama padan la uols.

Last sekali, Bro R. Perh... ni nak kisah benar or kisah paksa tipu? ok lah kisah benar. Watak bro R berusia 30 an ini memang menarik. Kepetahannya sama taraf dengan kelulusannya dengan jurusan guamannya. Mulutnya berbisa dan menusuk kalbu. Bukan apa.... meh sini aku cerita kan...

"alkisah satu hari, aku ini watak yang baru belajar menghasilkan news, bertindak membantu Bro R ini sebagai penerbit. aku faham kerjanya kena sempurna kerana itulah penilaiannya baginya utk terus berjaya dalam kerjayanya sebelum ini. dan pada satu insiden yang tak terduga.... ketika aku diasak dengan pelbagai rekaan grafik yang ingin dipaparkan dalam siaran itu... satu tugasan menyalin satu artikel yang diperoleh dari sebuah keratan akhbar. oleh kerana sebelum itu, ada satu watak pereka grafik yang sentiasa merungut kerja2 yang dirasakan membebankan dirinya, maka aku pun bertanyakan soalan ini kepada Bro R, dengan harapan, jawapannya boleh digunakan sekiranya aku dijawab dengan alasan malas oleh pereka grafik terbabit.... maka ini kata2 dalam insiden itu...

duta : abang R, ini grafik nak scan ni, siapa yang scan? saya ke kena buat?

abang R : awak rasa... awak ada bawak scanner dari rumah ke?

lepas mendengarkan kata2 itu, aku terus tersenyum faham. Lantas segera menguak pintu bilik pereka grafik lantas meneruskan tugasan itu untuk diberikan kepada department terbabit.

[kalau uols tak faham story ni, hafal je takat ni]

Itu Bro R, sinis dan mendalam. Kerjanya memang luar biasa... kerana dia telah lama berkecimpung dalam arena ini... sama dengan Kak R juga. Telah masak dengan karenah kanak2 riang dalam audio dan studio serta editing. Meminati jam tangan berjenama (yang korang pun tak pernah dengar)... Bro R memang unik. Sekarang, dipinjamkan kepada sebuah stesen lain dengan harapan membantu tenaga muda di jabatan itu. Huhu... pulangkan!

Oklah... cukup setakat ini dahulu. Aku harapkan suatu hari nanti aku bisa membongkar watak penjual kain ela kat office aku yakni... Sis W. Memang aku tak leh jumpa minah ni... profesional katanya! cheh! nantilah... ada edisi khas untuknya. tapi she's GREAT! haha.

[maaf story ini serious, sebab aku tengah ada aura sedikit panas hati dengan insiden yang berlaku lately, jadi aku minta maaf kalau ada bahasa yang menyinggung mana2 pihak]

7 comments:

Anonymous said...

duta,

Selagi duta sukakan job tu, selagi tu motivasi duta akan tetap tinggi walaupun persekitaran yang kurang memberansangkan.

Am I right?

Unknown said...

nak naik kan semangat, tengok cite Legally Blonde 1.. really inspiring! tak pun cari kat youtube.. JK Rowling punye speech. it might help ..hehehe

d u t a said...

+ suka +
thanks saiful. betul juga. so far dalam dilemma juga menentukan hidup. perjalanan tak seperti impian! takut juga!

+semangat+
thanks dxoul! legally blonde i pernah tengok. nanti cuba hafazkan kata-katanya. emmm JK Rowling? huhu... statement pasal filem terakhir ke?

a z m i r said...

duta - ok lah! ok lah! tgk slumdog millionaire pun boleh jugak..u suka kisah inspiring bersalut air mata kan? kadang kadang air mata juga mampu meningkatkan motivasi!

Adam Ruslan said...

err perlu motivasi ke?

dengar Kaset ceramah motivasi dr fazilah kamsah?

opps, ada lagi ke pemain kaset? hahah.

ah, ngengada la ko, buat la berita tu lek lok. berani kerana benar. patut dedulu lagi membina minat membaca suratkhabar secara tegar. baru la tak jenuh untuk berminat tentang berita dan kemaskini.

Unknown said...

panjang sgt la...baru bace sepruh..sambung esok pulak larr

R28est said...

hidup mmg mcm ni..xsume yg kita rase best..juz renungan:

- nak 1000daya, xnak 1000dalih
- alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..
- usaha tangga kejayaan!

fikir2kan..gudluck!