Saturday, April 18, 2009

CHRISTMAS 2008; talent, hard work and ideas























Aku nak simpan artwork ini. Sebabnya, untuk tahun 2009, ia bakal hilang.... jadi sebelum ia menutup mata... aku sentiasa nak tgk bling2 xmas lights... gigih aku mengeditnya! www.lemeridiendining.com.my/holiday/

Wednesday, April 15, 2009

NEW YORK city in Malaysia


["Busy area: It might look like a scene from some sci-fi movie but this is a view of Jalan Bukit Bintang, right in the heart of Kuala Lumpur."the star online]


[bukit bintang area]

Ermm... aku ni mmg suka mengkaji. Bila ada sesuatu yang terdetik dengan ketidakpastian... maka aku teruja ingin merungkainya.

Kisahnya aku diberi pandangan bahawa ada bangunan di kawasan bukit bintang seolah-olah kelihatan seperti di sebuah metropolis new york... tanpa berfikir panjang ketika itu, aku lantas memikirkan bangunan apakah yang dimaksudkan. Puas mencari, akhirnya aku pasrah kerana tidak menjumpai. Maklumat pun kurang lengkap... Aku hanya tersenyum sinis.

Oleh kerana aku sentiasa mencari bangunan itu, akhirnya pada satu malam, ketika aku melewati kawasan itu... aku sedikit berpinar bukan kerana mabuk alkohol, tetapi suasana disitu yang happening! Lantas mataku dibeliakkan untuk melihat panorama disitu. Teringat aku pada sebuah metropolis yang punyai big screen advertisement yang seagung kawasan bukit bintang itu.

[Times Square di New York City]

Jadi... kali ini, aku rasa setiap pandangan itu harus difikirkan secara mendalam... kerana terjemahannya sukar dimengertikan! huk! huk!

[Downtown Tour of New York City]

Cuma aku kagum... penilaiannya sama jua seperti designer yakni aku! tahniah HR!

Wednesday, April 8, 2009

TAMAN NEGARA - gbs bersiap sedia


Kali ini lawatan disertai dengan sejenis ikan bernama deq syam. Bakal dilangsungkan Mei ini, gbs akan memulakan siri jelajahnya ke taman negara. Untuk percutian lebih kepada pengembaraan... (hasil tontonan kartun malaysia upin ipin... eh, geng pengembaraan tajuknya).

Maaf, projek ini dirancang sekutu i sahaja kerana limitasi yang dipersetujui penganjur dan suara ramai. jadi sekiranya anda bukan dikalangan yang terlibat, dipohon maaf. alasannya... mudah, i tak mampu nak buat utk semua setakat ini. lagipun bajet ciput ni! huks2!

ok. tiada siapa kali ini tertinggal. cik azmeer tak perlu bawa parfum banyak2... u need more than 2 torchlight. dxoul... pelampung keselamatan ada... jgn risau, aku dah check berat minima yang perlu masa nak naik bot. dik nije; i dah haramkan u sentuh apa jua bentuk masakan... bagi mengelakkan kami makan ayam hangus golek. radin... i dah solat hajat supaya u dapat ikut juga. deq syam.... bersedia bermain UNO card versi KEJAM oleh GBS!

k... update pasal tempat tinggal dan program akan menyusul menerusi email anda. sila update kan. k on your mark; get set.... go!

Sunday, April 5, 2009

FAST with furious


Aku menonton filem ini semalam atas 'hutang'yang aku harus tunaikan pada seorang kenalan lama. Dulu pernah dia belanja aku menonton wayang... dan kini giliran aku pula.

Filem ini seperti biasa, seperti sebelumnya... penuh dengan aksi2 hebat kereta-kereta modifikasi. ermm... ini mmg filem pilihan aku, sbb aku memang teruja nak buat drift semua bagai... tapi dengan syarat selamat la!

Aku tak nak cite panjang pasal movie ni. sbbnya jalan ceritanya biasa sahaja.... kisah dendam terlerai la lebih kurang... tapi part lumba2 tuh, pakai GPS bagai... mmg menarik!

Aku tak tertidur sbb aksi2 memang tahap ngeri! korang pegi tgk la. tuh je! kalu tgk dvd pun tak pe la. sbbnya simpan duit beli tiket gold class untuk transformers revenge of the fallen 24 june nanti!! arghhh!