Monday, December 22, 2008

housemate : kehilangan daya tahan diri untuk sabar

hari ni dah tahap aku agak tidak tahan... isunya basic je. tapi aku rasa tak patut jawab macam tuh. aku rasa aku dah cuba yang terbaik utk semua... tak yah bagi alasan... situasinya.

dia pulang keje masa aku on leave; petang entah jam berapa. kalu aku on leave during working day, wajib la aku qada tido semua bagai. dan tadi aku selesaikan semua pending list to do aku such as; hantar alter seluar, repair kasut dan sebagainya... and bila petang menjelma, aku dah ngantuk. nak gi gym malas... so apa lagi lena diulit intan la... sedar2 dah jam 6.24pm. astro kirana aku terpasang dari tadi. tak tutup2. bangun terus ke facebook and layan 2 member online baru balas. terus mandi sambil basuh another adidas white shoe. dan aku pun masuk bilik dan rehat tgk spa Q (tv astro berbayar dalam bilik). seronok gak layan cite melayu camtuh. aku mmg tak sedar langsung sape2 yang dah balik umah...

tetiba teringat pakaian di ampaian luar. harus ambil ni.... aku kuar dan terkejut osmate aku dah kat luar. terus lah menyapa;

duta : dah balik... awalnya

a : dah duduk dalam bilik, tau2... buat2 tanya... (ayat tak berapa lengkap... sbb aku tak berapa nak layan bila orang nada suara cam sindir)

duta : (aku diam...)

dalam hati aku sumpah seranah + wirid2 lama terkeluar dalam benak hati. mana taknya... everytime aku nak kuar, dia buat soalan camtuh.... aku jawab baik je...

situasi petang semalam

a : nak kuar ke?

duta : ada dinner... jadi mc.

situasi lain


a : nak kuar ke?

duta : lepak sama kawan2 aku

dan byk lagi situasi yang lain yang mana aku rasa aku jawab sebaiknya. aku ni dah la byk je agenda.. mmg aku nak capai apa yang aku suka buat... macam visit gallery petronas, visit art gallery, tgk design advertisement kat shopping complex... semuanya utk perkembangan diri aku... kalau aku ajak, dia nak follow ke? takkan aku nak kena berkepit dalam bilik je. selama ni pun, aku duk umah lama, aku mmg dah macam tuh. apa yang patut buat bersama, aku buat. diri aku, adalah aku laaa... dunia aku... ala2 cite AWAN DANIA gitu aku rasa...

aku bukan tak nak lepak ngan dia dan semuanya... dah sah2 aku masuk umah ni sebgai orang yang tak kenal sapa2... dan jelas terbukti tak semestinya setiap program aku harus bersama dia... tapi aku tak salahkan... sbb bagi aku sebagai kawan, aku dah laksana kan yang terbaik. aku pun ada bestfren aku, budak sekolah, budak mrsm, kawan atas kawan, kawan keje office lama + baru dan sebagainya... dan ada kelompok kawan dari kepelbagaian watak dan selalunya geng2 ni dah ada group outing + leisure masing2... aku diajak untuk mengisi setiap kekosongan yang ada....

contohnya... kawan aku dari penang ajak lepak sama sbb dah lama tak jumpa ... sah2 lah aku kuar ngan dia kan? dan mesti byk perkara nak diborakkan. dia dah booking aku siap bagi option lagi... 3 hari in advance... optionnya adalah;

petang sabtu - kat sunway OR
malam sabtu - kat club OR
ahad pagi - kat restoran kelantan breakfast nasi kerabu...

sah2 la aku pilih yang mana aku free (tak de program).. yang aku mampu pegi

ermmm tak paham la aku dalam hal ni...really tak tahu nak bagitau camna...

dah... mulai hari ni aku nak jadi pendiam dan tak byk cerita macam dulu. aku dah tak nak share byk sgt apa2 dgn org lain seperti ini. aku bukan tak mahu kawan. tapi ada je byk cara yang boleh ada layan orang. bagi aku amat kurang hajar jawab macam tuh. siap tak pandang muka lak tuh. aku no komen laaa... kalu kau nak sentap2 ngan aku... aku bukannya suka gaduh... aku biasa je... aku takkan layan pada mereka yang beremosi bercakap dgn aku. bila dia dah sedar kebodohan dirinya memarahi orang lain... dia kembali la seperti biasa... aku akan terima seadanya... tapi parut yang sedia ada... pakai SKII nak hilangkan scar pun, masih tertinggal lekuknya... k...

duta, tabahkan hati... manusia kadangkala lupa... dan tak semuanya sama...

my first adidas : Adidas Chile 62 Soccer for Men


huhuhu... dah hampir 3 tahun dia berkhidmat dengan aku... perkenalan aku dgn dia tak mungkin aku lupakan... aku keliling satu kl ni... gigih usung kawan sana sini masuk butik adidas - sbb nak juga beli ada paperbag adidas... hahhaha.... (korang tau la aku kan). by the way... aku mmg target nak beli adidas shoe yang mana kat pasar malam tak dijual dgn sewenang-wenangnya...

hahahha.... but hari semalam, dalam kesibukan aku jadi pengacara majlis aka tukang bawak hadiah aka tukang follow up aka semua laaa... aku nampak kasut aku dah nak jadi mulut buaya... sedih lak dibuatnya... terkedu aku seketika... sbb bagi aku, bukan senang masa tuh nak kumpul duit rm 297.90 semata2 nak pakai kasut adidas pilihan hati... seriously aku cam sebak... (ala2 lagu ukays je). lepas tuh aku bisikkan pada kasut tuh... esok aku bawa jumpa cobbler. kelakar lak camtuh... tapi korang ingat tak zaman2 dulu tulis karangan bertajuk 'aku sebatang pen', 'aku sepasang baju' hahhaha... camtuh aku layan barang2 kegemaran aku... macam aku tengok cerita LA USURPADORA, cakap dgn perasaan sorang2...

apa2 pun... nanti my adidas chile akan pulang kepangkuan... aku rawat dia siap pakcik cobbler tuh hairan dgn aku... sbb aku tak mahu konsep jahit kasut tuh, dgn benang yang boleh nampak di sisi kasut... sebaliknya kat bawah tapak kasut... dah tuh, main nak match2 kan pulak benang dgn tapak kasut tuh... heheheheh... apapun doakan dia selamat...

thanks uols...

Wednesday, December 17, 2008

Christmas Party



Christmas (IPA: /krɪsməs/), also referred to as Christmas Day or Christmastide, is an annual holiday celebrated on December 25 that marks and honors the birth of Jesus of Nazareth.[2][3] The birth of Jesus, which is the basis for the anno Domini system of dating, is thought to have occurred between 7 and 2 BC.[4] December 25 is not thought to be Jesus' actual date of birth, and the date may have been chosen to correspond with either a Roman festival,[5] or with the winter solstice.[6]

Modern customs of the holiday include gift-giving, church celebrations, and the display of various decorations—including the Christmas tree, lights, mistletoe, nativity scenes and holly. Santa Claus (also referred to as Father Christmas, although the two figures have different origins) is a popular mythological figure often associated with bringing gifts at Christmas. Santa is generally believed to be the result of a syncretization between St. Nicholas of Myra and elements from pagan Nordic and Christian mythology, and his modern appearance is believed to have originated in 19th century media.

Christmas is celebrated throughout the Christian population, but is also celebrated by many non-Christians as a secular, cultural festival. The holiday is celebrated around the world. Because gift-giving and several other aspects of the holiday involve heightened economic activity among both Christians and non-Christians, Christmas has become a major event for many retailers.



Hi, bertemu dalam isu agak liberal vs keagamaan. Secara umumnya, sah lagi sahih, chirstmas ini memang di tujukan khas buat penganut agama kristian. Umpama perayaan islam ; yakni HARI RAYA AIDILFITRI; iaitu hari kemenangan selepas berpuasa dan sebagainya (byk peristiwa lain yang menjadikan hari raya ini tetapi semuanya tidak dapat saya kupaskan disini buat masa ini).


[ Christmas Party 2008 ]

Saya berkongsi idea di sini, sebabnya; saya ditegah untuk hadir bersama ke Christmas Party. Yang asalnya adalah open house bagi individu beragama kristian ini. Bekerja di malaysia dgn masyarakat berbilang kaum juga, menjadikan anda turut merasakan kehangatan perayaan2 sambutan berbilang kaum. Contohnya; Perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Gawai dan sebagainya lah.

Statement SENTAP untuk dihayati bersama : kalau la anda memang menentang sangat perayaan ini disambut oleh orang islam, mengapa anda turut bercuti pada hari tersebut? Kerja lah; sebagaimana anda memprotes perayaan ini disambut! Kira kalau anda bercuti, maknyanya anda menyambut nya la kan? hahaha....

(tapi saya tak sebodoh itu memberi alasan - bagi saya - selagi anda percaya apa yang anda anuti selama ini, sudah cukup untuk anda di katakan bukan menyambut perayaan ini dengan niat untuk menganuti agama ini; maksudnya; keluar dari islam - tiada perkataan lain yang sesuai dibuat; dan paling mulia sekiranya anda ingin hadir ke party tersebut adalah : MENGHADIRI MAJLIS MAKAN MALAM YANG DIADAKAN SEMPENA DENGAN SAMBUTAN PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH RAKAN / TUAN RUMAH; jadi tak salah sebab anda haadir untuk makan malam. opss! terlupa; mungkin ada program2 lain seperti borak2 kosong, tgk tv dan sebagainya yang mampu dilakukan oleh orang islam tanpa mejejaskan akidah)

OK. Bagi saya; di sini perayaan ini diadakan sempena pelbagai keadaan. Contohnya;
1. gathering kawan2.
2. open house. masa raya; i buat. masa raya depa; depa buat la kan...
3. kawan2 opis nak jamu makan. khas pulak; beli makanan halal untuk kita
4. malaysia cuti + tak bekerja, + tak balik kampung; datang je la rumah makan2...
5. Makan; free lak tuh. Datang je laa... bukan lepas tuh kena doa2 bagai.

itulah alasan yang sering menjadi pengantara saya dengan keadaan ini. Jadi nak saya namakan apa? datang party kesyukuran kristian? cukuplah namanya christmas party. tak ada sebarang ritual penyembahan pun. Hanya bual2 kosong dan sesi pertukaran hadiah. laksana papa santa claus hadiahkan anda; jadi tak pulak saya percaya papa santa tuh boleh bagi hadiah.


[ christmas party 2007 ]


Jadi di sini jelas; tak semua cara menyambut itu perlu disalah tafsirkan. Yang paling utama, niat anda je. Dalam pada itu, sebaiknya mengelak dari keadaan ini. Macam sebaik2, elakkan dari perkara2 yang was-was. - iklan ubat gigi zaitun!

Kolot ke tidak orang itu dalam mentafsir semua ini adalah berpandukan pemikiran mereka. Walhal kita dah belajar sedikit sebanyak tentang agama kita mengenai rukunnya.

Malas la pulak ingin menuding jadi kepada kelemahan2 lain yang ada. Seperti bekerja dgn syarikat-syarikat amalan riba dan sebagainya. Haruskah saya mengoreknya sehingga tuduhan ke atas saya ini dikaburi? Saya rasa tak perlu. Saya pertahankan kerana semua pandangan individu ini yang mungkin niatnya ingin mengingati sesama insan, agar aku masih berpijak pada bumi yang nyata. Pandangan positif ini ala2 ziana zain yang tiba2 boleh tercalon dalam juara lagu. (sempat promo tuh).

Alamak seriousnya isu. Aduhai. Tak pe.

Statement diana danielle : 'You have to do what you have to do'.

K. Jangan lupa new year dalam calendar juga bukan la dari agama islam juga. Jadi bagaimana? ada sebarang cabaran yang ingin memperkatakannya?