Wednesday, May 7, 2014

TANPA GULA memang pahit!

Bagi aku, aku perlu elak kelihatan agak gempal. Terutama, perut yang memboyot walaupun itu seksi bagi individu tertentu. Itu pandangan dan persepsi yang aku fikirkan agar kelihatan lebih yakin. Mungkin bagi yang lain, cara dan pendekatan yang dilakukan berbeza. Ikut agama masing-masing. (hehe).


Secara jujurnya, diet yang aku amalkan selain menelan FAT BURNER (tidak digalakkan) adalah amalan minum minuman TANPA GULA. Misalnya, yang menjadi kegemaran aku adalah NESCAFE O KOSONG. Hakikatnya, untuk cantik, memang pahit, bertepatan dengan tema, KECANTIKAN MELALUI PENDERITAAN. Jika anda ingin cuba, mungkin boleh mulakan dengan TEH O KOSONG.

Bagaimanapun, nasi tengah hari ataupun waktu malam, aku makan seperti biasa (malam bergantung kepada 'mood'. Sebabnya, menu yang mampu, asyik-asyik kedai TOMYAM siam. Bagi hemat aku, nasi adalah serat, cuma berkanji yang mampu bertukar kepada gula dalam badan. (Maaf kalau silap).

Jadi, aku fikir secara logik. Berdasar pengamatan sendiri, jika nasi yang diambil sudah dijadikan bahan untuk tenaga, kenapa ditambah pula dengan minuman bergula? 

Oleh itu, ye puan-puan, minuman bertenaga seperti MILO AIS selepas makan, bagi aku sangat tidak sesuai. Ini kerana kita seolah-olah menambah jumlah kalori dalam badan. (Itu pandangan aku, berdasarkan pembacaan sendiri.)

Manakala, pengambilan SUSU KRIMER MANIS adalah musuh utama diet. Ini bermakna, amalan minum TEH TARIK awal pagi adalah menyalahi 'HUKUM' diet ini. (Maaf)

Jadi, jika anda mahu mengurangkan berat badan tanpa melibatkan KOS, mungkin bolehlah mencuba pendekatan ini. Jangan lupa, minum air kosong setiap hari, sekurang-kurangnya 1.5 liter.

Mungkin setiap orang ada cara tersendiri. Jika mahu mencuba teknik ini, silakan. Mungkin sedikit sebanyak membantu.

Hati-hati juga dengan minuman 3in1. Oh, minuman berkarbonat, semua sudah tahu. Tak perlulah nak diperjelas.

* tapi kalau dah datang rumah orang sebagai tetamu, tak perlulah mengada-ngada nak kopi tanpa gula.

Tuesday, May 6, 2014

PENGAWAL KESELAMATAN dan PELAWAT

Kali ini aku nak jugak memberi pandangan. Isunya, 'LEVEL'!

Yang aku kategorikan di sini bukan pada bangunan, tetapi pada tahap individu.

Aku ambil contoh mudah. Situasinya, memasuki sebuah APARTMEN SEPARA MEWAH sebagai pelawat dengan menaiki kenderaan.

Dalam sebarang situasi, aku akan ambil pendekatan yang aku fikirkan terbaik. Aku akan cuba bertanyakan sama ada ruang parkir pelawat masih ada atau tidak? (Itu PROSEDUR). Jika ada, bertalu soalan yang aku ajukan. Misalnya, lokasinya dan keperluan pendaftaran. Yang pasti, aku turutkan sahaja. Tak susah pun turun tandatangan. Sebabnya, kita perlu faham. Jika kita pemilik hartanah sekali pun. Kawasan milikan kita, sudah pasti perlu diawasi untuk elak sebarang pencerobohan. Jadi, situasi itu, dipegang selia oleh PENGAWAL KESELAMATAN terbabit.

Jika PENGAWAL KESELAMATAN itu tipu sekalipun, tidak perlu membantah. Jika situasi amat memerlukan, aku minta jasa baik. (Itu BELAS IHSAN manusia). Misalnya, perlu jemput 'si penghuni' atau sebagainya. Jika tidak, gunakan akal fikiran. Yang difikirkan sesuai dengan keadaan. (Itu KEBIJAKSANAAN, ops, itu AKAL FIKIRAN).

Hakikatnya, kita kena faham 'LEVEL' atau aras pemikiran pengawal keselamatan. Mereka kadangkala (bergantung kepada situasi) ataupun MUNGKIN bukan dari kalangan kita. Jadi sebagai yang lebih faham, perlulah mencari pendekatan yang bijaksana. Itu KPI mereka. Jadi, tanggungjawab mereka mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. WALAUPUN KITA YAKIN MUKA KITA BUKAN MUKA PENYANGAK!

gambar hiasan