Bagaikan kata-kata menerusi skrip filem Adiwira Iron Man 2, “manusia pertengahan usia punyai prinsip hidup yang kadangkala sukar diubah”. Betul juga apa yang diujarkan. Dengan melalui pelbagai rintangan hidup sebelum ini, pendapat golongan ini sukar diubah dek kerana baginya, sukar menerima perubahan. Kalau begitu logik jugaklah jika mereka ini bersifat sebegitu.
[pemenang?]
Tapi aku kurang setuju dan setuju. Tak semua perkara tepat dan wajar dipraktiskan. Malah ada perkara yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Bagi aku, jika benar apa yang dilalui mereka ini baik pada zaman mereka, aku setuju. Tapi masa telah berubah. Sedangkan kamus dewan diterbitkan sehingga ke edisi keempat bagi kerja-kerja penambahbaikkan, kenapa tidak kita? Ia bagi memberikan ruang untuk penambahan perkataan-perkataan baru menerusi perkataan pinjaman ataupun hukum-hukum tatabahasa yang diputuskan majlis bahasa.
Bila aku mampu membeli iphone dengan duit hasil kerja seni yang setimpal, aku ralit membeleknya hari demi hari. Malah internet dihujung jari tak lekang untuk aku meneroka setiap pelusuk pengetahuan dalam sumber sahih. Contohnya aku suka membaca laman web Wikipedia, Wallpaper Magazine dan banyak lagi. Selain melayan game-game sebelum melelapkan mata.
Sedang mengodek apa yang patut, aku teringatkan kisah pada zaman mula-mula memulakan pengajian di universiti dahulu. Selepas pelbagai tugasan, kami diarahkan menyiapkan tugasan akhir merekabentuk telefon bimbit (handphone).
Mudahkan cerita, ketika proses sesi kritik di studio, aku dinasihatkan mengubah rekabentuk dan idea aku. Sebabnya, terlalu bersegi dan tiada konsep. Perubahan yang dicadangkan pensyarah aku ketika itu; cuba awak lihat kawan2 awak yang lain; design mereka ada idea, macam ambil dari bentuk pisang, lada dan terung!
Luruh jantung aku ketika itu! Biar benar aku kena design sebegitu. Bukan bermakna aku nak pertikaikan rekaan rakan2 aku, tapi bagi aku… itu tidak tepat untuk rekabentuk teknologi dunia masa depan yang berubah dari zaman ke zaman. Jika handphone itu untuk kegunaan sebuah dunia fantasi, saya akan lakukan sebegitu.
[Berani kau design handphone bentuk durian isi merah ?] - sumber national geography okay!
Oh ya, design aku ketika itu adalah sebagaimana lakaran semula ini. Maaf aku tak simpan design ini kerana belum ada gajet secanggih dunia digital sekarang. Tapi mudahnya, ia adalah paparan sesentuh berbentuk kaca sahaja. Papan kekuncinya terletak pada paparan yang sama. Bagi aku ia standing dengan gajet yang ditunjukkan dalam filem minority report, avatar dan juga iron man2.
[ada ko nampak design buah strawberry tak? ]
[kesimpulan]
Aku akui kehebatan seorang pendidik yang mempunyai pendidikan lebih baik daripada aku. Malah kehebatan mereka diperakui dunia dan jabatan pengajian tinggi di malaysia. Namun aku rasa kesal jika tahap idea yang mereka mahukan setanding dengan apa yang mereka lalui ketika zaman mereka sebelum ini. Bukan aku mahukan kebebasan sangat, namun realitinya, aku nak ajak watak ini ke lambakan handphone dan gajet masa kini di sungei wang, cari design handphone bentuk bunga lawang ataupun daun ketumbar; ada tak?
Kepada mana2 pendidik yang saya hormati. Kesempatan ini, biarlah kita berkongsi dengan perkembangan dunia masa kini. Adakalanya tolak ansur pandangan kita sangat wajar dalam beberapa perkara. Tak bermakna setiap perkara kita harus menang dengan cara kita. Jadi aku berdoa agar suatu ketika nanti, tak kiralah usiaku tahap mana sekalipun, aku masih boleh menerima perubahan.