Friday, February 12, 2010

KNOWLEDGE : BAHASA : penggunaan kata majmuk

Kepada Dr. Masittah,

Saya ingin memastikan penggunaan perkataan ini;

1. Sejurus tamat perlawanan, jalan raya-jalan raya di bandar ini dipenuhi orang ramai dan peminat bola sepak bagi meraikan kejayaan pasukan kebangsaan mereka.

[atau]

2. Sejurus tamat perlawanan, jalan-jalan raya di bandar ini dipenuhi orang ramai dan peminat bola sepak bagi meraikan kejayaan pasukan kebangsaan mereka.

[atau]

3. Sejurus tamat perlawanan, jalan raya di bandar ini dipenuhi orang ramai dan peminat bola sepak bagi meraikan kejayaan pasukan kebangsaan mereka. [jalan raya : sudah banyak]

..................................................................................

dan ini jawapan diberikan ;

Saudara,

Untuk mengeja kata-kata majmuk yang mengalami penggandaan hendaklah dengan hanya mengulangi perkataan pertama sahaja, misalnya guru-guru besar, jalan-jalan raya dll. Oleh itu SALAH jika diulangi seluruh kata majmuk, iaitu *jalan raya-jalan raya. Maka;

1. jalan raya-jalan raya [SALAH]
2. diterima [BETUL]
3. Berapa banyak jalan raya yang ada? [TAK PERLU]

Dr. Masittah . UPM

3 comments:

Fingers of God said...

halu mate,

dulu masa di bangku sekolah especially secondary i selalu fail bab2 penggunaan bahasa,tatabahasa etc.dalam karangan punya melintang pukang ayat perkataan semua.luckily SPM kredit.ur post remind me that..

d u t a said...

hey jemari sang pencipta
bagus la. bahasa melayu sgt indah susun aturnya. sedap pula mempelajari santunnya. apapun bagus juga terjemahkan dlm seni tuan!

a z m i r said...

u tanya ustazah mashitah ke? wahhh