Tuesday, February 9, 2010

HAVE you ever... ?

Pernah tak kalian tidak menghalalkan sesuatu? Tentu pernah. Bila hak anda diambik orang, tentu kalian tidak menghalalnya. Kali ini aku rasa benar-benar menguji keimananku. Mana tidaknya, aku dijanjikan sesuatu yang baik, tetapi… apa yang berlaku sebaliknya.

Kisahnya aku terdesak mencari rumah sewa. Maklum sahaja lah, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sehingga mendapat yang terbaik. Puas difikirkan… dari wangsa maju hingga ke bukit jalil aku meredah dan mencari tempat untuk berlindung. Akhirnya aku temui satu tawaran menarik di sebuah kawasan penempatan berhampiran perkhidmatan komuter.

Ermm… rumah sewa itu dibuat berdasarkan perjanjian telefon; yang sebenarnya satu kesilapan buat aku. Aku mengiyakan perjanjian itu, malah diberikan visual yang bagiku sudah menepati sasaran menduduki sebuah kediaman.

Setibanya hari kejadian, lain pula ceritanya. Apa yang berlaku, rumah itu langsung tidak berupa sebuah rumah. Semua plug point tercabut; kipas bilahnya sudah bengkok, bukan satu tapi kesemuanya; sinki didapur pula kemek dan terkepak dua; toilet bowl dikedua-dua bathroom hilang alas duduknya; dan sedihnya tiada bekalan elektrik dan air!

Aku naik berang. Lantas kucapai telefon dan mendail nombor pemilik rumah ini ENCIK OMAR. Panggilan tidak dijawab, aku hubungi abang iparnya yang berperanan menyerahkan kunci kepada aku. Jawapan ketika itu oleh abang iparnya; saya bukan tuan rumah!

Aku tak melenting, tapi aku sedih. Aku dah kepenatan memunggah barang dari rumah lama dan juga kasihan kepada kawan-kawan yang sudi menolong… membuatkan aku hilang arah seketika. Tidak lama selepas itu, aku berjaya menghubungi tuan rumah. Jawapannya apabila diajukan keadaan rumah itu ; adalah ;

“ awak baiki mana yang rosak dahulu, kemudian kita tolak sewa bulanan bulan depan”

Berderau darah masa itu. Jawapan aku dalam hati; adalah carutan. Tapi muka aku masih sedih. Sebab tak guna nak marah orang berfikiran binatang! Aku segera bertanya pendapat teman serumah dan juga gbs. Keputusannya : kita ikhtiar cari rumah sewa lain.

Allah maha kuasa, ketemu aku dengan iklan rumah sewa. Mujurlah tuan rumah dan rumahnya dalam keadaan baik. Malah tuan rumah membaiki semua kerosakan yang ada. Kerosakan pun agak kecil, lampu yang tidak dapat dinyalakan dan kotor. Alhamdullilah. Saat itu juga aku bersetuju dan memindahkan masuk barangan dari dalam kereta ke rumah itu.

Selang beberapa hari, dugaan lain melanda… aku berperang menuntut deposit dari ENCIK OMAR bernilai RM 1300 yang telah diberikan kepadanya melalui abang iparnya. Nak menjadikan aku menambahkan dosa lagi; dia enggan memulangkannya dengan alasan ; wang deposit sepatutnya HANGUS! Ya Tuhan, masa tuh aku nak je tetiba jadi Inspektor Maria dalam filem maria mariana lakonan mantap erra fazira tembak penjenayah siap guling-guling semua! Entah aku mati kutu. Puas aku fikirkan supaya ayat jahat aku bertukar menjadi baik. Akhirnya ini yang terpacul dari mulutku.

CIK OMAR, JIKA BENARLAH ITU CARA JUAL BELI KITA, SAYA HALALKAN. TAPI JIKA INI SALAH HUKUMNYA, MAKA DUIT ITU SAYA HARAMKAN UNTUK CIK OMAR. DENGAN NAMA ALLAH, SEHINGGA WANG INI SAYA HALALKAN BARULAH JENAZAH CIK OMAR DAPAT DISEMPURNAKAN. AMIN. SAYA HARAP CIK OMAR FAHAM.

Saya bukan jahat. Tapi saya ditipu dengan janji. Orang kata orang melayu berpegang pada janji. Dan jika di Islam dia harus jujur! Namun aku kesal dengan sikap kurang ajar ini. Bengang juga aku seketika.

Setelah ayat ini dikeluarkan. Dia pohon maaf, dan minta hanya RM300 tidak dikembalikan kerana kononnya dia telah terlepas penyewa lain! Aku tak percaya, tapi oleh kerana aku mahukan wang RM1000 pula. Aku cakap, terima kasih.

Tapi RM 300 itu tetap aku sebutkan sampai hujung hayat dia. Kalau cik omar dan anak dan keturunannya membaca kisah ini… saya rasa anda boleh hubungi saya sendiri.

PS : saya bukan tuhan nak tentukan cara kematian seseorang. tapi tindakan biadap itu sebenarnya mengambil hak orang lain dikala kesusahan adalah salah disisi agama! bagi diri saya, saya pohon ampun kepada mana2 pihak yang kurang bersetuju dengan cara penyampaian ini. saya sememangnya perlukan wang itu bagi menjalani kehidupan harian lain. dan juga untuk membayar deposit rumah yang kini diduduki saya.

19 comments:

Adam Ruslan said...

Cara yang betul. don wori.

R28est said...

gud...tak baik buat orang mcm tu, orang harapkan rumah yg elok tp lain lak jadi...

*peringatan kpd sy juga selaku tuan rumah ;p

a z m i r said...

Rasanya ayat yang terpacul tu cukup rqsional dlm keadaan marah + kecewa. Dont worry,ini dugaan tuhan. Mungkin ujian sebelum rezeki yang lebih diber.aminnn

Nic said...

Hey!

Tak baik nya Encik Omar buat mcm tu. Teringat I kisah I pernah bagi deposit untuk beli telefon bimbit di Johor dulu. I bg deposit dgn janji yg esoknya barang sampai. Esoknya brg tak sampai, I batalkan pembelian. Mula2 tak nak bg balik, tp I minta juga, akhirnya dpt penuh, nasib baik. Mmg sedih la waktu tu.

Tambahan Encik Omar ni seorang Muslim, mmg tak patut sungguh. I pernah baca, dalam jual beli, pengguna blh minta balik deposit, dan kalau dah beli pun blh dapat balik wang kecuali kalau beli barang untuk dijual balik. Seingat I, blh bawa kes ke mahkamah dengan bayaran borang sebanyak RM5. Kalau tak silap la.

Harap semuanya selesai. Kalau tak, mungkin blh bawa kes ni ke NCCC. Mmg I baca pun rasa geram.

Best wishes to you. And take care ya.


Regards.

Unknown said...

wow...so inspiring!

standing ovation...

you go bro...

Fingers of God said...

memamng patut pun cakap macam tu kat dia.aku pun baru pindah gak.bab pindah mindah ni memang menguji tahap fizikal dan mental kita.

hope takdak cerita yang sad pasal pindah ni mate.

d u t a said...

+ amani +
thanks. saya rasa dah bertindak sebetulnya

+ R +
mmmm sebagai tuan rumah pun perlu berhati-hati juga. jgn semborono je.

+ azmir +
huhu. nway thank you very much. peacefully landed here

+ nic +
never heard about this story. i ingat isu angkat dan katil je. btw, such a good lesson for us kan! hehe

+ dxoul lacruz +
thanks. ko boleh guna konsep ni kot... hehehe!

+ fingers of god +
wow... silent reader! hi. nice to know u. btw... harap u pun tabah! tats y i hate PINDAH!

Anonymous said...

wow! (clap2) tu je! lalala

ok serius, hari tu bukan ke katanya sedara kat jln bayam tu? itu pun tak nak bagi balik ke deposit tu? hmmm... wonder y! maybe it's good to have good command of kelantanese dialect. hihihi.... cheers! btw, bila nak buat housewarming or kenduri doa selamat? azmir buleh lead doa selamat. amin!

a z m i r said...

budu - doa selamat? ko memang kan! hahahaha

d u t a said...

+ dnije +
ada2 . lepas i dapat projek mc lagi satu. but my version is breakfast. senang nak bungkus nasi lemak rm1 satu. air cup kecik je cukup. doa kasha nak kena sediakan bunga melur ke?

R28est said...

~nasi lemak rm1~

tu konsep hj bakhil...hihihihih ;p

Unknown said...

rumah panas

tunggu aku balikkkkkkkkkkkkkkkk!

Anonymous said...

+azmir+ ...innnnnn <-- tu bunyi hujung2 doa selamat. hahaha

+abg mi+ kenduri bg makan nasi lemak singgit je ke? takkan job mc pun underpaid. nak gi sujud syukur dulu. lalala

+abg dxoul+ kalau tunggu u balik, maksud rumah panas tu termasuk pakej karok tak?

d u t a said...

+ rumah panas +
dnije : lo... nk kwal kalori ke tak? konsep ni unik. leh tambah kalu rasa nak melecet lagi.
dxoul : wah . sbnr gbs low council duk ungkit2 pasal baju yg dikirim memasing. huhu . ko beli memasin xs jela. sakit jiwa aku dgr pasal size pinggang...siap mgku pakai suar saiz ukur lilit siku...
kasha : dah beli tak buku doa2 harian ? kat masjid india ada byk... bukan india ye....

a z m i r said...

Alamakk.. kena baca doa ke.. jap nak stadi jap.. Aliff.. Baa.. Taa.. Eh.. lepas tu apa ek?

d u t a said...

+baa taaa+
lepass baaa taaaa ... aa.... ddii .... daass. mee leee ceeet.

Unknown said...

duta : let them keep on hallucinating. hips dont lie neway!

cham's said...

welcome back dear!!! kalo you tak carutkan dia, biarkan aje kitaorg tolong carutkan CIK omar tu...BABI LAH! aku pun tak ngaku dia tu melayu wokey :P

Mr.F said...

Mr. F pernah mengalami kisah yang lebih kurang sama, berkenaan kezaliman orang melayu Islam. Memang tidak mampu menjadi malaikat, lalu makian dan sumpah seranah hingga di padang mahsyar yang Mr.F hamburkan.

Dikisahkan oleh Dr.Maza (bekas mufti perlis), seorang sahabat nabi yang dijanjikan syurga juga pernah mendoakan bala untuk orang yang menzalimi dirinya. Namun penuh beradab dan bersyarat sekiranya apa yang berlaku sememangnya suatu kezaliman. Dikisahkan, Allah memakbulkan doa sahabat ini.

Hakikatnya keampunan dari-Nya sentiasa terbuka, namun keampunan manusia adalah hak mutlak individu, dan bukan semudah lafaz 'maaf zahir batin'.

Be strong bro Im.