Sunday, January 31, 2010

THANK you

ke hadapan kalian ... teman2 gbs. terharu dgn pertolongan kalian tadi. sememangnya sudah tiba masanya untuk diriku. cuma pastinya ia segar dlm ingatan. Maaf, bak kata itu... sesuatu telah mengubah rutin mu! Buat masa ini brgkali sibuk dgn permulaan baru ini. Apapun... Kpd sesiapa shj yg turut membantu, diriku titipkan tanda harga terima kasih. Semoga keberkatan hidup ini memberikan rezeki yang diredhai. amin.

Saturday, January 30, 2010

NEW PLACE, new experience

Berpindah rumah adalah sesuatu yang perit bagi aku. Sebabnya dikala itu, banyak benda yang perlu difikirkan termasuklah wang! Baiklah sedikit kronologi kehidupan aku sejak bekerja!

______________________________________________________

dari SKUDAI ke KUALA LUMPUR
berbekalkan wang bernilai rm10, aku ditumpangkan rakan baik aku AZMIN ke kampung melayu subang (my aunt's house). Semua hasil kerjaku, disumbat dalam kereta VOLKSWAGEN milik min. Aku memang terhutang budi banyak gile dengan min! thanks buddy! lama juga aku tinggal disitu. malah, keluarga ini dah menjadi sebahagian dalam hidupku! thank cik zah + family!

dari SUBANG ke WANGSA MAJU
aku penat berulang alik setiap hari menaiki bas waima dengan kereta juga. Selain gajiku dah mampu untuk tinggal dirumah sewa sendiri. Aku tinggal bersama junior ku, GHAZALY. Kemudian diikuti FUR. Namun tak lama disitu, aku diHALAU oleh tuan rumah kerana hasil pembahagian harta sepencarian akibat penceraian tuan rumah. Jadi aku dan housemate; masing-masing membawa haluan.


[aiman, anak jiran yang suka lari dari rumah ke rumahku]

dari SEKSYEN 1 ke SEKSYEN 2
Aku mencari bilik sewa, akhirnya ketemu dengan kenalan baru yakni secara kebetulan warga negeri kelanatan. Secara umumnya aku amat berpuas hati, namun tak lama kemudian, wujud satu lagi watak penyewa yang benar-benar menguji kesabaran islamku! Malah pencerobohan memasuki bilik ketika pulang berhari raya, adalah sesuatu yang tidak diterima akal fikiran. Perang Korea Utara dan Korea Selatan aku lancarkan!

dari WANGSA MAJU ke KERINCHI HEIGHTS
wah, nama pun dah orang putih, tapi lokasi penuh dengan rakyat asia, termasuk pendatang! mujurlah dirumah ini aku selesa. malah, housemate masing2 dah matang dan kerjaya pun bukan calang2. jadi aku rasa, memasing faham jika pulang sebagai rehat dan mengisi masa terluang!


[my room]

dari KERINCHI HEIGHTS ke XXXXXXX XXXXX
apapun, terlebih dahulu, nak ucapkan terima kasih GBS atas offer nak tolong. I really need korang waktu ni. many thanks. terharu... balasan, tiket AJL tahun depan! hahaha! barang tak byk, cuma tak best angkat sorang2 ni. rasa cam tak ada kawan dalam dunia. nanti dah siap rumah dengan barangan ikea, jemput lah ye. ada siap makan2 kot. for now... bagi i bernafas dulu. sempurnakan mana yang kurang. Lagipun ini sudah hidup yang baru! k. kalian... sesape yang nak singgah, jemputlah, but ping2 i dulu ye!

Friday, January 22, 2010

KNOWLEDGE : bahasa : IMBUHAN KE BAWAH + KE TEPI

Terasa macam menjadi ejen DBP pulak bila asyik2 perihal tatabahasa dalam sesi ini. Kebetulan masih segar dalam kepala otak ini, tak salah jika terus terusan begini. Macam kalian tetiba mengilai sesuatu, sehingga di mana2 laman web sosial sekalipun, kalian pastinya bertindak sedemikian.

Contohnya, umpama membeli kasut berjenama sehingga harganya mencecah bulanan keretaku. Tidak pun, isu meminati program realiti kanak-kanak sehingga terbawa-bawa aksinya ke pejabat. Juga tidak ketinggalan emosi meminati drama bersiri terulung 2009 sehingga meletakkan dirinya sebagai sebahagian dalam diri watak pelakon itu... semuanya kerana ia masih segar dalam pemikiran kalian untuk dikongsi bukan?

Baiklah; berbicara tentang imbuhan kata terbitan ini... mari kita sama2 perbetul yang selama ini menimbulkan keraguan dikalangan pengguna.

kata dasarnya : KE BAWAH / KE TEPI / KE BUMI / KE DEPAN

jika ada imbuhan MENG * KAN maka penggunaan yang tepat adalah ;

+ ke bawah : MENGEBAWAHKAN

+ ke tepi : MENGETEPIKAN [ jadi tiada perkataan mengenepikan ]

+ ke bumi : MENGEBUMIKAN [ jadi tiada perkataan mengkebumikan ]

+ ke depan : MENGEDEPANKAN

nampak pelik, tapi inilah hukumnya.

mungkin anda boleh mencuba bagi kata dasar HAD, cuba letakkan imbuhan MENG * KAN?

Friday, January 15, 2010

KNOWLEDGE : bahasa : PERLAKSANAAN or PELAKSANAAN

Sejak berkecimpung dalam dunia penyampaian ini... banyak yang saya pelajari. Terutamanya kewujudan perkataan dalam bahasa. Jadi apa kata kita kongsikannya.
____________________________________________________

PERLETAKAN / PERLANTIKAN /PERLAKSANAAN
Dalam kamus dewan edisi keempat ; kesemua perkataan ini wujud. Namun menurut penjelasan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dalam bukunya Bahasa Kita, tentang penggunaan perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan dan sebagainya seperti yang berikut;

Kata dasar laksana hanya menerima awalan meN-, iaitu melaksanakan. Oleh itu apitan yang diterima ialah peN-, yang menghasilkan pelaksanaan. Oleh sebab tidak terdapat bentuk *berlaksana (dengan awalan ber-), maka tidak seharusnya wujud *perlaksanaan. Oleh itu sesiapa yang menggunakan perlaksanaan sebenarnya telah menggunakan bentuk kata nama yang salah dari segi imbuhannya.

[memetik email dikongsikan kepada saya oleh Dr. Raja Masittah dari UPM]
____________________________________________________

[bagi memudahkan kalian]

LAKSANA - tidak ada BERLAKSANA
maknanya ; tidak boleh PERLAKSANA;
yang betulnya PELAKSANA
maka ; PELAKSANAAN adalah betul

begitu juga dengan

LANTIK - tidak ada BERLANTIK
maknanya ; tidak boleh PERLANTIK;
yang betulnya PELANTIK
maka ; PELANTIKAN adalah betul

dan seterusnya ; saya rasa jika anda pegang hukum ini, maka anda tidak akan silap.

contoh lagi

KAHWIN - ada BERKAHWIN
maknanya ; boleh PERKAHWINAN;

KERJA - tidak ada BERKERJA
maknanya ; tidak boleh PERKERJAAN;
yang betulnya PEKERJA
maka ; PEKERJAAN adalah betul.

Jika ada kemusykilan lain, jom kita kongsikan dan saya akan cuba tanya kepada mahaguru bahasa kita ini. Selain menambah ilmu di dada, ia dapat menaikkan martabat bangsa.

Tuesday, January 12, 2010

'REVENGE' at A+L


[aku tau ini yang ada belakang u kan?]

Kalau tuan mengikuti perkembangan
Tentu kalian mengetahui sorotan
Seorang budak hidup ketinggalan
Sebab tidak diajak penyertaan

Kisah bermula sebuah janji
Entah kenapa tidak terpatri
Sebab mengharap acara tv
Berlegar-legar harap dihubungi

Belum jam 1 sudah dihubungi
Takut ke tertinggal lagi
sms datang tak henti-henti...
Tahun lepas nape tak buat begini?

rakan baiknya turut serta
nasib kubaik, ku beri petua
nak duk distadium pakaian diraja?
woit, panas laaa... gile ke apa?


[pegi stadium je, bukan filharmonik petronas]

2010 sebuah acara
diadu domba kepada berkuasa
ditabur janji yang sememangnya ada
cuma tunggu tarikh terlaksana

seorang lagi terpaksa berkorban
demi seorang kawan yg kempunan
lcd tv jadi balasan
demi melihat pemenang pilihan

acara pemula amatlah gamat
orang kempunan terlompat-lompat
aku diamkan sambil mengumpat
dalam hati, siap blog dibuat


[beginilah aksi si kempunan]

acara diselangi penyanyi tempelan
suam-suam kuku hanya persembahan
bagi mengisi acara ruangan
harap tak ada tahun depan


[ berdoa agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku]

muka seronoknya sudah terpancar
janji melihat semua disiar
hilang sudah rasa gusar
kira habis dendam terbesar!

rajiunnnnnn .... [ending surah yassin]

Saturday, January 9, 2010

malam SANTAPAN ASTANA


[majlis malam santapan astana]

Aku sibuk barangkali, dengan tugasan kerjaya sampingan yang kubuat bagi membantu rakan baik aku... menyudah dan menyempurnakan sebuah acara majlis. Sepanjang seminggu lebih, tidur harianku bertukar sehingga awal pagi, antaranya sehingga jam 4. Dulu pernah aku sebegini... kini, bilakala meningkat dewasa... dan jarang mengamalkannya, kepenatan jelas terasa.

Ini antara paparan-paparan foto yang sempat mewarnai lensa kameraku! perh! masih ayat puitis? yelah... sebelum tu, barangsiapa yang mempunyai rakan sekerja yang amat tidak memberangsangkan... jangan cepat mengelabah + bermuram durja + mengamalkan pemikiran tidak sihat. Kerananya... pada majlis ini juga, saya turut terjumpa watak sedemikian. Jadi watak-watak seperti ini akan ada dimana-mana. Cuma nasib baik aku tidak mengamalkan sumpah seranah dalam kehidupan aku utk memarahi orang lain secara berdepan sebagaimana diamalkan salah seorang pekerja di pejabat aku. Fuh... amat2 sedih. Aku fikirkan kasihan mak ayah dia terlupa nak ajar adab sopan bila bercakap ataupun dia yang tak dengar mak ayah dia ajar? mmm...


[tutur bahasa melayu ada ritmanya... sebab itu meLAYU... bahasa LAYU]

Oklah, tak perlu membebankan jiwa dengan watak-watak kalau ke kubur sekalipun.... kita sama je ditalkinkan. Mari aku hiburkan dan catatkan kalian dengan foto2 ini. Buat Abg Kerol + Kak Lin... yang penting timbalan dekan yang kacak bergaya itu menjanjikan durian runtuh buat anda! tahniah!


[teka mana satu timb. dekan yang hensem kacak bergaya]


[tahniah... lepas ni buat konvokesyen terus je la]

Ops aku termenang anugerah persalinan Putra Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah ; yakni pakaian terbaik! sorry korang.... saingan di sektor kalian suam-suam kuku... ! i'm the choosen one!


[bersama peminat? kehadiran mewarnai wajah2 manis dayang-dayang astana, junjung kasih may!]