Monday, March 19, 2012

MY FINALE PROJECT suatu ketika dahulu ...



bila dah nak pindah ini, memang banyak benda yang terpaksa dilupakan dan dikorbankan... termasuklah hasil kerja yang dibuat ini.

bila mengenangkan memori zaman belajar ini, aku ingin berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan. jasa korang tetap ku kenang ... ; JAS, FARIHAN, ABG BOB ... my junior Abbas, Fadzli & Syahir ! Serta team2 RH yang lain.

Saturday, March 10, 2012

TAK FAHAM BAHASA ATAU?

Ni kes lain ; nak marah juga aku! Kesnya berlaku ketika aku sedang menantikan sesi rawatan rambut bermula lebih kurang jam 10.30 pagi. Aku yang subuh berjemaah di masjid ini, sudah awal2 sampai di tempat letak kereta berhampiran lokasi salon tersebut.

Oleh kerana, mengantuk; aku pun terlelaplah di dalam kereta. Tak sampai ending mimpi pun, tetiba aku tersedar kereta aku diketuk. Aih, alangkah berderaunya darah aku, apabila melihat seorang wanita yang membuka pintu keretanya di sebelah kereta aku dan pintunya terkena kereta aku. Wah wah ! aku pun membuka tingkap. Sebagai reaksi pertama, aku keluarkan (ju-nga) kepala aku melihat apa yang berlaku. Eh... eh, dia buat tak tahu je.

Ok lah, sebab kau warga sudah sedikit beruban, aku rasa kau punya otot dah tak leh nak kawal pundi kencing, aku rela memaafkan. Tapi yang naik anginnya, sekali lagi dia membuka keretanya. Kali ini, memang aku sedar dan berbunyi juga la.

Aku bukak pintu dan menepuk bahu wanita tersebut. Ayat bahasa Inggeris aku 'accent' pun tak lah macam THE KING'S SPEECH.

" Excuse me! Can you open your door properly. And please, don't hit my car "

Sambil berkata, aku menuding jari ke arah kesan kemek pada sisi kereta aku. Yang menambahkan aku rasa nak memaki adalah, ADAKAH KAU NI PENDATANG ZAMAN MELAYU MELAKA ke? atau MENJADI PERTUKARAN SULTAN? ... sampaikan boleh buat-buat BLUR tak faham?

Aku translate balik ayat aku dalam bahasa melayu, aksinya juga sama.

Jadi aku lupa, kau ni bukan rakyat MALAYSIA yang percaya rukun negara kot. Ataupun, sebab ... mmm takpelah. Aku ingat lepas drama kes pekerja KFC, aku pulak jadi tontonan umum di YOUTUBE!

Dan kesimpulannya, kau dapat tak calar pada belakang kereta?

KIRA marah juga le...

Aku punya tahap marah semakin meningkat. Asal salah sikit je, dah rasa macam nak marah. Terutama yang tak faham etika memandu di jalan raya. Kira harian jugalah perkataan berbaur carutan keluar dari mulut aku.

Pagi-pagi, merempuh kesesakan lalu lintas sudah menjadi kebiasaan. Tapi ada wujudnya sikap pemandu yang kalau aku sebutkan, rasa macam tak senonoh sangat; yang tak faham bertimbang rasa + berhemah inilah menjadi pemangkin kepada sikap aku.

Tambah pulak, isu kemas kini (upgrade) sistem palang keselamatan apartment murah yang aku sewa ini. Semua termasuk pengawal keselamatan bangsa asing pun dibahankan aku. Tapi tak lah aku mengamuk sambil keluar parang. Aku punya kata-kata; aku rasa dah cukup membuatkan mereka rasa bersalah. Dari mengamuk tak tentu pasal.

Selain itu, isu dengan syarikat telekomunikasi P1wimax pula. Aku buat laporan terus kepada SKMM supaya hal ini tidak berulang. Sekalipun ingin mengaut keuntungan, mengapa tidak memantau pendaftar? Asal ada salinan kad pengenalan dah cukup. Semak la dahulu sebelum mengesahkan pendaftaran. Kan dah dapat betisnya. Aku tak nak berurusan dengan khidmat pelanggan, sebab banyak yang tak faham. Tambah pula, aku terpaksa membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan ini. Haaaah. Apapun, mmg semua yang berurusan itu, aku tazkirahkan.

Hal itu dah cukup bagi aku menjadi seorang pemarah. Aku rasa orang lain lagi baran kot. Tapi aku rasa, bila marah ni, SYAITAN ada dekat kita. Bila kita marah ini, kita menjadi kurang waras. Kita tidak berfikir secara bijaksana. Sebab itu, aku lebih suka berfikir dahulu mengenai cara terbaik untuk marah.