Monday, January 24, 2011
malam TAMU SABITAH
6 hari aku berkampung di ukm. semuanya gara-gara tugasan yang dipertanggungjawabkan untuk sebuah majlis makan malam ; diberi judul namanya malam tamu sabitah. asal usulnya, malam gabus sabitah, namun bagi mengelakkan kekeliruan makna dan asal usul tujuan majlis makan ditukarkan gabus kepada tamu! tak mengapa, aku masih lagi boleh berkarya.
pengalaman bersama warga kerja jawatan kuasa, aku hadapi dengan penuh ceria. sbb aku rasa, walau tertekan sekalipun, hati kena tetap ceria, takut nanti nampak tua! hehehe... apapun, aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada encik khairul azhar atau lebih dikenali sebagai ENCIK KAY di fakultinya. Dan seterusnya kepada ; prof fauzi, prof ir marzuki dan puan rosfazilah atas kepercayaan mengendalikan idea2 malam tamu sabitah.
Dan watak2 penting dalam program malam ini juga, tidak dilupakan. cik syafiqah, pn. nooraini, pn. roslena, en. huzairi, en. fairuz, cik baiti, cik lin, puan syafa, pn. nora, pn zana, amran, bukhori, ah teng (shahril), En Nasrul (Sarjan), En Fairus, En Azahari, En Raslan, En Razak, En Rahman, En Farid, En Rosmaini, En Izwan, En Rosmizam, En Munawar, Cik Norfazila (if tak silap), angah dan ramai lagilah. apapun, kalian memang best. kalu ada kesempatan, kita ketemu dilain lembaran. tak lupa lakonan korang memang mantap! (maaf kalau ada nama tertinggal : tapi tetap kalian dalam ingatan)
apapun, saya harap, majlis yang berlangsung, berjalan dengan jayanya. walaupun ada kesilapan pada persembahan tarian oleh penari amatur, namun segalanya diselindungi dek dekorasi dan perjalanan majlis yang indah. hahahah.
mungkin pengalaman hebat encik KAY sebelum ini, menyumbang kepada perjalanan majlis yang mantap lagi sendat. ok. ni nak siapkan claim.
Friday, January 14, 2011
SEMANGAT yang HILANG
Blog adalah tempat meluahkan rasa tidak puas hati ke? Kadangkala aku rasa YA! Tempat meluahkan sesuatu yang anda rasakan tak perlu dibicarakan secara lisan.
Dahulu aku kerja pereka grafik sahaja. Aku pun bidan terjun dalam bidang yang aku pelajari ketika mengambil kursus rekabentuk industri, atas dasar minat. Malah persembahan tajuk akhir tesis aku pun, lebih mengetengahkan paparan visual grafik daripada hasil kerja yang sepatutnya. Ditambah pula dengan kata-kata sinis sang pensyarah, ‘helmi, u jadi graphic designer je lah’, memberikan aku kekuatan. Yang penting ketika itu, aku skor A untuk projek akhir tahun 2. Bukan riak, tapi itu jalan cerita.
Lepas kerja, aku mula masuk dunia yang aku rasa penuh pancaroba. Tapi aku rasa setiap kerja aku buat dengan ikhlas walaupun kadang kala hati aku turut memberontak, contohnya merasai tidak dihargai, tak setimpal dan selalu tertindas..
Nak diperpanjangkan cerita, ketika mula merangkul gelaran sebagai pereka grafik, berlakulah satu insiden tidak terduga ini. Aku dipersalahkan kerana perilaku seorang penyelia yang naik baran dan bertindak tanpa terlebih dahulu usul periksa.
Kisahnya begini, seawal jam 8.30 pagi, penyelia memanggil aku ke biliknya untuk bertanyakan alasan aku pulang awal pada hari Jumaat sebelumnya. Ini disebabkan pada hari itu (Isnin), rekabentuk ‘template’ buku promosi syarikat perlu disiapkan dengan kadar segera.
Sebab kukuh yang dapat aku buktikan sebaik diajukan soalan itu, adalah, ‘Saya datang semula pada sabtu dan ahad kerana saya perlukan idea dan ruang untuk membuat kerja dengan tenang.’ Pendek kata, ketika keadaan tidak selesa, sesebuah kerja tidak sempurna jika ‘jiwa kacau’.
Tak semena-menanya, aku dimarahi penyelia kerana aku sepatutnya tidak pulang awal. Ia kerana penyelia ini bimbang sekiranya template itu tidak disiap pada hari Isnin. Padahal, sebelum pulang jumaat lalu, aku sudah maklumkan beberapa kali tentang hal itu kepada penyelia. Aku bilang, aku akan datang pada hari Sabtu dan mungkin hari ahad untuk menyediakan template tersebut.
Mmmm… barangkali, sebab sudah naik berang, apapun jawapan sudah tak berguna lagi. Oh, manusia.
Oleh kerana agaknya terasa dirinya KALAH, penyelia itu mencabar aku untuk menunjukkan kepadanya template tersebut. Dalam hati aku, SABARLAH WAHAI MANUSIA. Nak tengok sangat ke? OK. Sebelum itu, aku sudah maklumkan kepadanya untuk tunggu sebentar sementara membuka kedua-dua computer diruang kerja aku. Belum pun sempat aku memanggil, dengan sikap tak sabar penyelia, dia dah menanti di belakang aku. Aku juga berpesan, ini template. Aku belum dapat DATA atau SEBARANG TAJUK/AYAT/INFO sepenuhnya, jadi apa yang aku tulis adalah SEBUAH TEMPLATE!
Sebaik dibuka file tersebut, terpapar besar satu perkataan dalam beberapa pautan ayat yang kurang elok pada template tersebut pada muka surat template pertama sehinggalah page terakhir. Sebab ia sebuah template, maka perkataan itu diulang beberapa kali. Namun ejaannya kadangkala tidak menjadi kerana template itu bercampur baur dengan lirik2 lagu Robbie William yang aku dengar ketika menghasilkannya hujung minggu tersebut. Juga beberapa perkataan jenama, nama orang, nama haiwan dan semuanya.
Dengan sikap tidak profesionalnya, penyelia bertindak memanggil seorang lagi penyelia lantas memberitahu, aku menulis perkataan tersebut kepadanya selepas aku dimarahi. Walhal, aku baru buka file tersebut sebaik tiba ke ruang kerja. Memang SAH fitnah, tapi aku diamkan. Sebabnya, aku tak suka bercakap bila marah.
Pagi itu memang betul2 mencabar pemikiran aku. Tapi aku tak BODOH TEKNOLOGI. Nak ke lawan sangat dengan aku? Ok! Aku PRINT SCREEN paparan itu, dan juga ambil data terakhir modifikasi template tersebut dan FOLDER lokasinya untuk disimpan sebagai bukti.
Hari itu, memang suasana tegang aku dengan penyelia. Aku diamkan diri saja. Sebab aku rasa, jika memberontak sekalipun, apa yang keluar dari mulut ketika sedang marah adalah bicara yang bodoh. Lagipun memang sikap aku suka mengalah dalam mana-mana keadaan, kerana aku tahu, balasan tuhan lagi maha kejam Maka, aku langsung tak guna template itu, sebaliknya menukarnya dengan template lain.
Dipendekkan cerita, isu itu diperpanjangkan kepada pihak jabatan pengurusan sumber manusia. Bagaimanapun situasi bertambah parah selepas penjelasan aku kepada pengurus jabatan ini tidak difahami sebab aku bercakap dengan manusia yang hanya pandai menggunakan Microsoft Word untuk mencetak gambar keluarga melancong di luar negara sebagai hiasan ruang kerjanya! Jadi, bila aku menjelaskan keadaan sebenar, pengurus tersebut, tidak memahami. Jawapan aku dalam hati; SEBAB ZAMAN DIA HIDUP DAN GRADUATE PAKAI MESIN TAIP, JIKA ANDA MENERANGKAN KEPADANYA BERIBU KALI SEKALIPUN, DIA TAK AKAN FAHAM. Sehinggalah keputusannya aku digantung tanpa gaji. 5 hari aku dirumah tanpa berbuat apa-apa.
Sebaik melangkah kembali ke tempat kerja, aku berlagak seperti biasa dengan semua orang. Tak kisahlah pasal hal dan insiden itu. Bagi aku TUHAN ITU MAHA KUASA. SEKEJAP SAHAJA TUHAN AKAN MEMBALASNYA. WELL WELL WELL (sambil buat petik jari)! Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran kerja lain. Sebaik menyerahkan surat PELETAKAN jawatan kepada penyelia tersebut, dia seolah berlakon membuat muka kecewa. Aku pun tak nak kalah, muka tetap rasa kecewa nak tinggalkan apa yang ada.
Tup Tup Tup, setiausaha General Manager memanggil aku naik ke biliknya. Bilangnya, nak dengar alasan kenapa aku ingin letak jawapan. HAAAAAAA, LIHAT LAH DUNIA, TUHAN INI MAHA ADIL. Inilah masanya. Nak dapat pahala atau syurga?… jawapan aku, kau tunggu nasib kau wahai sang penyelia! Sebaik melangkah, bukti segala aku bawa! Nak tau nasibnya; 3 bulan selepas aku tiada, penyelia dah pun meletakkan jawatannya, Dengar cerita, tidak disambung kontraknya.
OPS… sorry, aku rasa bukan aku nak cakap aku menang. Pertama; Aku nak bagitau, seorang pereka atau sesiapa sahaja tak boleh nak mencipta IDEA jika tidak dibekalkan apa yang nak dihasilkannya, Jadi jika anda seorang penyelia suatu hari nanti, janganlah sebab kehidupan anda sebelum ini MAHA MENDERITA, anda pula nak lepaskan kepada mereka yang tak pernah merasa. Aku tak rasa itu cara hidup orang yang MULIA ataupun cara orang nak dipandang setarat kerjayanya. Jika anda sudah mempunyai apa yang anda sudah fikirkan dan mahukan, tak perlu nak menyuruh orang lain meneka. Bukan bermaksud suap dan sogokkan, tapi permudahkan. Suruh aku fikirkan, tentulah mengikut hati dan perasaan aku sendiri. Entahlah, barangkali, anda bukan layak dijadikan seorang manusia lagi….
Keduanya, aku rasa sebab kerana sikap kau seorang sahaja yang baran, orang lain yang terima bahana. Entahlah.... moga sekarang ini, jika kau itu penyelia, maaf, aku rasa tuhan setimpal dengan apa yang kau terima pada ketika itu.
+ sampai sekarang, GM tu offer kerja dengan dia. Aku tolak dengan sebaiknya, sbb aku sedang meniti hari-hari dengan kerjaya yang tak seberapa ini. Tunggu jika terbuka pintu hati, bila aku rasa kerja bagaikan setiap hari ini tak berbaloi lagi.