Pernah tak kalian tidak menghalalkan sesuatu? Tentu pernah. Bila hak anda diambik orang, tentu kalian tidak menghalalnya. Kali ini aku rasa benar-benar menguji keimananku. Mana tidaknya, aku dijanjikan sesuatu yang baik, tetapi… apa yang berlaku sebaliknya. Kisahnya aku terdesak mencari rumah sewa. Maklum sahaja lah, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sehingga mendapat yang terbaik. Puas difikirkan… dari wangsa maju hingga ke bukit jalil aku meredah dan mencari tempat untuk berlindung. Akhirnya aku temui satu tawaran menarik di sebuah kawasan penempatan berhampiran perkhidmatan komuter.
Ermm… rumah sewa itu dibuat berdasarkan perjanjian telefon; yang sebenarnya satu kesilapan buat aku. Aku mengiyakan perjanjian itu, malah diberikan visual yang bagiku sudah menepati sasaran menduduki sebuah kediaman.
Setibanya hari kejadian, lain pula ceritanya. Apa yang berlaku, rumah itu langsung tidak berupa sebuah rumah. Semua plug point tercabut; kipas bilahnya sudah bengkok, bukan satu tapi kesemuanya; sinki didapur pula kemek dan terkepak dua; toilet bowl dikedua-dua bathroom hilang alas duduknya; dan sedihnya tiada bekalan elektrik dan air!
Aku naik berang. Lantas kucapai telefon dan mendail nombor pemilik rumah ini ENCIK OMAR. Panggilan tidak dijawab, aku hubungi abang iparnya yang berperanan menyerahkan kunci kepada aku. Jawapan ketika itu oleh abang iparnya; saya bukan tuan rumah!
Aku tak melenting, tapi aku sedih. Aku dah kepenatan memunggah barang dari rumah lama dan juga kasihan kepada kawan-kawan yang sudi menolong… membuatkan aku hilang arah seketika. Tidak lama selepas itu, aku berjaya menghubungi tuan rumah. Jawapannya apabila diajukan keadaan rumah itu ; adalah ;
“ awak baiki mana yang rosak dahulu, kemudian kita tolak sewa bulanan bulan depan”
Berderau darah masa itu. Jawapan aku dalam hati; adalah carutan. Tapi muka aku masih sedih. Sebab tak guna nak marah orang berfikiran binatang! Aku segera bertanya pendapat teman serumah dan juga gbs. Keputusannya : kita ikhtiar cari rumah sewa lain.
Allah maha kuasa, ketemu aku dengan iklan rumah sewa. Mujurlah tuan rumah dan rumahnya dalam keadaan baik. Malah tuan rumah membaiki semua kerosakan yang ada. Kerosakan pun agak kecil, lampu yang tidak dapat dinyalakan dan kotor. Alhamdullilah. Saat itu juga aku bersetuju dan memindahkan masuk barangan dari dalam kereta ke rumah itu.
Selang beberapa hari, dugaan lain melanda… aku berperang menuntut deposit dari ENCIK OMAR bernilai RM 1300 yang telah diberikan kepadanya melalui abang iparnya. Nak menjadikan aku menambahkan dosa lagi; dia enggan memulangkannya dengan alasan ; wang deposit sepatutnya HANGUS! Ya Tuhan, masa tuh aku nak je tetiba jadi Inspektor Maria dalam filem maria mariana lakonan mantap erra fazira tembak penjenayah siap guling-guling semua! Entah aku mati kutu. Puas aku fikirkan supaya ayat jahat aku bertukar menjadi baik. Akhirnya ini yang terpacul dari mulutku.
CIK OMAR, JIKA BENARLAH ITU CARA JUAL BELI KITA, SAYA HALALKAN. TAPI JIKA INI SALAH HUKUMNYA, MAKA DUIT ITU SAYA HARAMKAN UNTUK CIK OMAR. DENGAN NAMA ALLAH, SEHINGGA WANG INI SAYA HALALKAN BARULAH JENAZAH CIK OMAR DAPAT DISEMPURNAKAN. AMIN. SAYA HARAP CIK OMAR FAHAM.Saya bukan jahat. Tapi saya ditipu dengan janji. Orang kata orang melayu berpegang pada janji. Dan jika di Islam dia harus jujur! Namun aku kesal dengan sikap kurang ajar ini. Bengang juga aku seketika.
Setelah ayat ini dikeluarkan. Dia pohon maaf, dan minta hanya RM300 tidak dikembalikan kerana kononnya dia telah terlepas penyewa lain! Aku tak percaya, tapi oleh kerana aku mahukan wang RM1000 pula. Aku cakap, terima kasih.
Tapi RM 300 itu tetap aku sebutkan sampai hujung hayat dia. Kalau cik omar dan anak dan keturunannya membaca kisah ini… saya rasa anda boleh hubungi saya sendiri.
PS : saya bukan tuhan nak tentukan cara kematian seseorang. tapi tindakan biadap itu sebenarnya mengambil hak orang lain dikala kesusahan adalah salah disisi agama! bagi diri saya, saya pohon ampun kepada mana2 pihak yang kurang bersetuju dengan cara penyampaian ini. saya sememangnya perlukan wang itu bagi menjalani kehidupan harian lain. dan juga untuk membayar deposit rumah yang kini diduduki saya.