BERSOSIAL; semua orang tahu erti dan pengertiannya. Sama konsepnya ketika kita menggunakan laman web untuk bersosial. Banyak hala tuju dan matlamatnya, baik ketika diwujudkan mahupun sehingga kini. Pendekatannya; sama! Itu yang berlaku ketika ramai yang mempunyai akaun di laman sosial popular masa kini, FACEBOOK.
{ Jika inginkan maklumat lebih jitu mengenai matlamat penubuhan facebook, anda boleh cuba meluangkan masa; klik pada pautan ini untuk mengenalpasti sejarah penubuhan FACEBOOK. }
Apapun, sebelum akaun anda dibuka, sering kita mengabaikan beberapa terma dan syarat yang sepatutnya kita perlu tahu sebelum menyatakan persetujuan. Malah, sememangnya apabila bersosial secara digital ini, perkara yang sebenarnya berlaku; tanpa kita sedari adalah perkongsian sebahagian daripada diri kita, bersama kelompok di dalam akaun yang kita cipta.
Sebagaimana yang kita ketahui, pada ruangan facebook juga terdapat ruangan, aplikasi,atau pautan yang ditawarkan untuk dikongsikan. Ia adalah hak mutlak pemilik akaun. Sekali lagi HAK MUTLAK.
Tetapi, apa-apa jua sekalipun, kita harus menerima hakikat, Allah menjadikan manusia ini pelbagai sifat dan perilaku. Tidak semestinya apa-apa tindakan kita senada dengan semua orang. Tidak semestinya kata-kata kita, dipersetujui ramai. Tidak semestinya pandangan, idea, luahan dan nukilan mahupun ideologi kita menerima kata bulat daripada semua orang. Itu lumrah. Itu hakikat kehidupan. Kita harus menerimanya sewajarnya dan sebijak mungkin.
Sebenarnya, apabila anda mempunyai laman sosial ini, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda dalam risiko berkongsi kehidupan anda sendiri. Sekiranya ‘bersosial’ itu sering dianggap negatif, begitu juga di laman sosial ini. Semuanya bergantung kepada pemiliknya. Cerdik, bijaksana, ataupun sebaliknya.
Dahulu dan sekarang, facebook sudah banyak berubah. Tetapan (setting) jugapun sudah diperhebatkan. Termasuk tetapan privasi ataupun sulit. Malah anda boleh mengawal apa yang anda lihat pada paparan yang dikenali sebagai NEWS FEED. Bagi yang kurang jelas, NEWS FEED ini dalam erti kata yang mudah adalah; APA SAHAJA YANG MASUK DAN DIKEMASKINIKAN DARI KALANGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK sama ada status, foto, lokasi, video, nota dan sebagainya. Dengan penambahbaikkan yang dilakukan pengendali laman sosial ini, anda boleh mengawalnya kemasukan apa-apa sahaja yang masuk. Malah, anda juga boleh menghapuskannya daripada dilihat pada senarai FEED yang masuk.
Dengan pengenalan paparan baru, facebook telah memberi opsyen (pilihan) kepada mana-mana individu yang tidak mahu hidupnya menerusi laman ini diganggu oleh mana-mana pengemaskinian oleh rakan-rakannya di dalam facebook.
Demi menjaga tatasusila, anda boleh melakukan langkah ini.
Pertama, lawat laman muka rakan tersebut.
Di sebelah atas bahagian kanan, ada pilihan ‘SUBSCRIBED’. Anda boleh ‘unsubscribed’ sekiranya anda langsung tidak mahu mendapat mana-mana pengemaskinian dari pada rakan tersebut. 'Most Updates' atau 'Only Important' ; semua itu tidak salah jika anda memilih, kerana rakan anda itu tidak akan sedar tindakan anda itu. Malah anda masih lagi rakannya di facebook. Meskipun begitu, semuanya bergantung kepada anda.
Untuk itu, jadilah pengguna facebook yang bijak.