Tuesday, September 9, 2008

Buka Puasa at Kelantan Delights



It was a last minutes event, organised by me + daniel + faridah [the members of steps class in clark hatch]. The first thought is somewhere in SOOKA, kl sentral! which is the nearest place after class. So, my suggestion is KELANTAN DELIGHTS. I rasa semua orang dapat bayangkan apa yang ada di restoran penuh kontroversi ini kan? Makanan masyarakat timur yang selalu diidamkan orang ramai, terutama myself, who feel stupid when speak kelantan...


[ bubur cha cha ]

1st. Terus ke juadah yang disediakan. Sempat mengambil gambar 2 dishes yang dicedok kerana kelaparan, yakni bermakna my favourite dishes + 1 daniel's favourite. Pada sangkaan, tentunya menu nasi kerabu jadi rebutan, kuih kelantan yang manis2 seperti ''akok" and many more menjadi santapan utk berbuka puasa ini. Malah i sudah bersedia dengan sebarang persoalan jika ditanya tentang jenis2 makanan di sini... juga si Daniel inginkan pengat pisang! Namun, kecewa bukan kepalang, hanya makanan biasa sahaja yang menjadi santapan. Dimulakan dengan gulai tempoyak ikan patin (pahang), ikan bakar (malaysia), ayam masak merah madu (malaysia + mamak), nasi hujan panas (malaysia), paru masak pedas (padang), gulai sayur (malaysia), udang harimau masak pedas (malaysia) yang mana semuanya tidak asli kelantan! Di mana perginya kurma daging, kurtuk, kuzi dan yang pentingnya nasi kerabu?


[ gulai tempoyak ikan patin ]

2nd. All makanan sedap. Tak lah hebat sesedap masakan ibu masing2, namun menyelerakan. Cuma, sebagai peminat gulai tempoyak ikan patin; sedikit tips untuk diperhebatkan; jangan lupa daum kesum + bunga kantan! sebaliknya gulai ini di isi kepingan isi nenas, yang kononnya boleh mengekalkan rasa masam2 manis. Pada pendapat i, nenas rasanya akan hilang kehebatan masamnya dengan tenaga haba dan yang hanya dirasai adalah serat2nya. Selalu terjadi kepada menu ikan 3 rasa (buatan selatan thai) yang sering menjadi rebutan.


[ daun kadok with condiments ]

3rd. Agenda berbuka puasa : : actualy weols semua berbuka puasa dengan minuman masing2 ketika steps class. Memang penat, namun seronok. Lepas habis jam 7.49pm, weols bersiap segera ke sooka dan terus ke meja makan. Masing2 hungry kan... so, tak sempat nak komen banyak pun. Cuma kekecewaan terlahir sebab there is no NASI KERABU. Namun, kami diselangi gelak tawa, cerita2 kosong dan lawak2 serta cerita hungry ghost. So, jam 9.30pm, semuanya ada komitmen masing, gerak laju ke destinasi seterusnya.

4th. Anyway, hope utk majukan pemilik penuh kontroversi ini, KELANTAN DELIGHTS harus lah consider pandangan2 pengunjung restoran ini. Mereka tidak kisah dengan nilai wang yang mahal jika juadahnya exceed our expectation. I rasa menu nasi kerabu adalah menu a la carte. Cuma... sebagai peminat food presentation, in my opinion; nasi kerabu adalah simbol keagungan juadah negeri ini, kenapa tidak menjadi menu berbuka puasa buffet ini? Apa kata, laksanakan sebuah kaunter live packaging nasi kerabu for dine in ala2 live cooking counter kat buffet restaurant tu! Some ideas laa... perkenalkan laa kehebatan nasi tumpang, pulut pagi, ketupat nasi dgn sambal kacang dan manisannya, yang mana i pernah nikmati ketika singgah di kampung2 di kelantan ketika membuat kajian tentang seni ukiran melayu. Memang banyak dan sedap.

Apapun it was a great buka puasa i had for this holy ramadan. Can't wait for my Hotel Istana and Westin Hotel for this weekend and next week! Hope, i can get my roti jala kuah durian! yum yum yum.

8 comments:

tootsie said...

eee, ape class Hotel Istana!! aku bet our hotel lagi best food dia dari dorang :P

ct

d u t a said...

bukan soal kelas, soalnya i dah muak makan kat tempat sendiri... istana ni sbb ada special price lo... he, orang cantik je dapat.

rashid said...

kalau nak rasa kelantan deights betul2.. mai umah aku.. nanti aku beli kat pasar ramadhan melawati.. menu dia..
1. ketupat suton!! rm 3.00 sekor
2. ayam percik rm 4.00 seketui
3. nasi kerabu rm 6.00 sebungkus
4. akok rm 2.00 3 bijik
5. tepung pelita rm 2.00 5 bijik
total rm17.00 ++
ha! ha! ha! air percuma.. buat sendiri.. p/s ++ tu mcm best skit..

d u t a said...

betul tuh shid... nanti aku sampai situ... umah hang ek... namanya MENGKABANG DELIGHTS! ok kan?

rashid said...

bila nak buat JALAN BAYAM'S DELIGHTS?
ala2 kenduri la..

d u t a said...

namanya maha agung ok, SPINACH'S DELIGHTS

stabuxguy said...

Makanan masyarakat timur yang selalu diidamkan orang ramai, terutama myself, who feel stupid when speak kelantan...

hehehe buat aku senyum sorang2 je bila baca statement nih... tingat iklan silky girl amani-mawi kat tv... btway a_shade, ketupat sutun tu mahal benget ya skang... kat kelantan pun dah RM5/3pcs... very the.... huhuhu

K.

Anonymous said...

kelantan delights takde nasi kerabu? ibarat irama tanpa lagu... isi tanpa kuku... heheh