Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

BLIND SPOT atau TITIK BUTA

Aku bukan jurutera automotif. Waima seorang mekanik yang biasa menguruskan hal selok-belok sebuah kenderaan. Aku sekadar peminat dan pengamal grafik selain pencinta bahasa. Bekerja dalam bidang yang berkaitan, aku terpanggil mengadakan sesi kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan. Daripada situlah aku mempelajari tentang yang dipanggil BLIND SPOT!

Bila bercakap mengenainya, masing-masing mengangguk tanda mengerti makna ; TITIK BUTA atau 'BLIND SPOT'. (Kerana kita enggan mengaku tahap pengetahuan kita). Tetapi adakah anda tahu mengenai cara mengatasi BLIND SPOT ketika memandu?

Yang diperjelaskan, setiap jenis kereta mempunyai kedudukan blind spot yang berbeza. Tetapi ia 100 peratus boleh diatasi dengan teknik yang dijelaskan di sini.

Yang mengajar aku tentang kedudukan BLIND SPOT adalah seorang jurutera yang terlibat dengan penghasilan kenderaan tempatan; PERODUA. Ketika kempen itu, banyak yang aku pelajari. Yang paling penting adalah kedudukan sisi cermin pandang belakang dan cermin pandang sisi untuk mengelak masalah itu.

NOTA : ADALAH SALAH SEKIRANYA PEMANDU MENOLEH KEPALA DAN PANDANGAN MELEBIHI 90 DARJAH KE SISI KERETA SEBELUM MENUKAR LALUAN ATAU MEMBELOK.

Pandangan kita sewajarnya hanya ditumpukan kepada cermin pandang belakang dan cermin sisi sahaja. Ketepatannya sangat membantu anda dalam aspek menukar lorong sekiranya ia berada pada posisi yang betul. Termasuk ketika mengundurkan kenderaan.

Sejak daripada kempen tersebut, saya mendapat teknik yang paling tepat ketika menukar lorong. Caranya;

PERTAMA. Pastikan kedudukan anda paling selesa dengan meletakkan pergelangan tangan pada stereng. Laraskan kedudukan itu, dengan tempat duduk anda.

KEDUA. Laraskan cermin pandang belakang. Kedudukan pandangannya sepatutnya dapat melihat sepenuhnya cermin belakang kenderaan anda.

KETIGA. Condongkan sisi kanan badan anda ke pintu pemandu. Kemudian laraskan cermin sisi anda. Laraskan sehingga pandangan anda HANYA MELIHAT bahagian hujung badan kenderaan anda. Maksudnya, hanya pada bahagian bonet sahaja.

KEEMPAT. Untuk cermin sisi kiri pula, condongkan badan anda ke tengah, selari dengan gear / handbreak. Kemudian laraskan cermin sisi kiri anda sehingga pandangan anda hanya melihat bahagian hujung badan kenderaan anda.

Dengan 4 langkah ini, anda boleh memandu dengan bijak. Semua kereta yang berada di kedua-dua belah kenderaan anda, boleh dilihat dengan tepat. Tanpa perlu menoleh ke kiri sehingga melebihi 90 darjah.

Penjelasan ini, sebenarnya perlukan latihan secara amali. Iaitu perlu diyakinkan dengan visual dan secara praktikalnya.

Jika anda memerlukannya, saya sedia membantu.

Saturday, July 21, 2012

SIAPA pemberontak?

KENYATAAN DIKONGSIKAN DARI RUANG KOMEN FACEBOOK

tuan : rujukan tuan mungkin berbeza dgn pendekatan kami . media malaysia terlalu umum . jika anda lihat : kumpulan pemberontak itu merujuk kepada kata ganti nama kedua yg membawa maksud mereka menentang sesuatu . secara umumnya ; bukan semua pemberontakan itu tidak baik dan bersifat tidak betul . ayat itu sama konsepnya dengan : anaknya memberontak selepas ayahnya enggan membelikan telefon bimbit kepadanya . selain penggunaan kata ganti itu, kami juga menggunakan kata ganti ; kumpulan yg menntang kerajaan pimpinan bashar al
asad . memang itu yg merujuk kepada tindakan mereka . secara jelas ... di malaysia misalnya atau di mana mana sahaja ... parti yg bukan memerintah adalah parti pembangkang . secara jujurnya sifat membangkang ini dilihat tidak baik bukan? maka jujurnya bagi saya dalam konteks berita ; ia bukan . ia merujuk kepada kumpulan yg tidak memerintah negara itu . itu yg dirujuk kepada kumpulan baju merah yg melancar protes ketika cuba menumbang thaksin sebelum ini . mereka memberontak dan melancarkan protes jalanan . jadi konsep ini, pada hemat saya dalam kenyataan tuan ini ... berlainan dgn pendekatan yg digunakan secara niat penulis berita beragama islam ... dalam erti yg lebih mudah ' saya adalah pemberontak ' kepada kenyataan ini ... salam ramadan ;) . sekadar berkongsi pandangan yg menentang kenyataan ini : hahaha

saya tidak melahirkan rasa marah : penulisan ini ditulis atas niat yg suci