Sunday, March 29, 2009

TALENTIME... kelainannya

Mulanya pernah aku berdiskusi sesama kawan yang meminati rentak hiburan tanah air. Katanya filem YASMIN AHMAD hanya layak ditonton ketika astro membuat promosi...''filem menarik di Astro ARUNA bulan ini". Aku setuju kerana berdasarkan filem2 sebelum ini yang mengundang pelbagai kontroversi sedikit menjemukan. Namun, aku turut terlepas pandang filem MUKHSIN arahan yasmin juga kerana ajakan seorang teman baik.

Sekali lagi, dengan tidak mengecewakan seorang lagi kawan yang meminati hiburan tempatan... aku akur dengan ajakan beliau. Sebelum melangkah, sempat melayari beberapa komentar tentang filem ini. Secara keseluruhannya sama, hebat dan harus tonton. Aku tahu mereka yang mengeluarkan kata2 itu sememangnya ketagih filem2 bercorak sedemikian. Aku anggap kehadiran aku kali ini hanya untuk satu pengisian program hujung minggu aku.

Maaf, aku tidak hebat berbicara tentang sebuah filem. Dan tidak mampu berbicara tentang kehebatan sebuah filem. Jika bagus, aku katakan bagus... jika gagal... aku membisu dan hanya mampu menambah komentar yang lain. Tapi kali ini aku SILAP mentafsir persamaan YASMIN AHMAD. Filem TALENTIME tersebut mempunyai kelainan daripada mesej yang ingin disampaikan.

Aku tahu ramai sebilangan masyarakat tidak suka filem sandiwara termasuk drama makcik-makcik. Namun aku rasakan filem ini adalah sebahagian daripadanya. Tapi ia dalam bentuk filem. Semuanya sandiwara yang menceritakan tentang masyarakat. Elemen yang diterapkan penuh dengan kata-kata sinis kepada kita. Kadangkala kita ketawa, kadangkala kita jelek. Aku akui... tak semua apa yang kita suka, berada sama pada orang lain. Itu pandangan aku. Jadi, hormat menghormati umpama satu tindakan bijak dalam mentafsir filem ini.

Aku bertitisan air mata... kerana sifat aku mudah tersentuh dengan penghayatan. Kerana aku percaya, dengan kasih sayang itu... ia dibalas dengan ketenangan jiwa. Talentime asyik membicarakan tentang pemergian dan kehilangan... dan itu yang aku fikirkan dalam diri aku terhadap cerita ini. Memang perjalanan yang kalian sering jangkakan.... yasmin akan menfokuskan kepada pokok, cawan, epal, kerusi dan carpet... tetapi objek itu bercerita!

Bagi aku, inilah seninya. KELAINAN kali ini membuatkan aku terus ke tandas mencuci mata yang tak henti2 mencurahkan air mata. Lakonan hebat pelakon dengan bersahaja membenarkan aku menjiwai pembawaan mereka. Susunan lagu dengan penuh suara hati dan bait2 yang dikupaskan membasahkan pipiku menghayatinya.

Aku tak paksa anda menyukai filem ini. Sebak aku hanya seketika. Cuma tafsiran awal aku kepada filem ini gagal kerana filem ini berlainan. Kekal sebagai jalan yang perlahan namun penuh pengisian perasaan. Itu sahaja. Bagi aku... biarpun diberi beribu bintang... aku hanya ingin berkongsi kata... hargai segalanya sebelum ia tidak mampu menyusun kata....

Friday, March 27, 2009

MY FIRST sports news


Setelah 3 minggu berkecimpung dalam penghasilan berita... kini aku rasa wajar aku dedahkan PEMBAHARUAN dan PERUBAHAN yang aku harus lakukan pada diri aku. Aku percaya dengan konsep itu... yang baik digunapakai dan yang kurang mendatangkan hasil, di simpan sebagai sempadan. - tak amik kursus tuh pun tak pe jugak kan? - ops! Dalam bahasa rasmi Melayu, dengan tidak menggunakan sebarang loghat kenegerian ini... aku rasa penulisan aku dalam bidang sukan, masih perlu digilap lagi. Sebelum ini, banyak perkara dalam sukan yang aku hanya ambil ringan sahaja. Nama2 ahli sukan terbilang sahaja yang sering menjadi buah mulut, aku kenal... selebihnya aku tidak ambil peduli. LIGA INGGERIS pun, aku gagap mengenal pasukan yang berentap dibawahnya. Atas sindiran sinis penyelia aku, aku menyahut cabaran itu sebagai satu PERUBAHAN ke atas diri aku. Sebabnya bukan mudah untuk menjadi penyampai dan bukan mudah kerjaya ini dilihat secara kasar. Jadi kesimpulannya, biar apa juga kerjaya yang kita harungi... masing2 punyai cabaran yang tersendiri. Dari boss yang mampu membawa anda ke pusat perkelahan air terjun, hinggalah kepada boss bertaraf DATO / DATUK dan tidak disukai kerana sifatnya! - ops kecuali kerjaya quantity surveyor! hahaha, aku masih lagi mencari peranan mereka dalam industri di malaysia - Itu kesimpulan aku. Mudahnya... biarpun aku tidak mampu membeli belah sehingga ratusan ringgit ketika menunggu rakan, ataupun sanggup membelah pintu kereta dengan aksi tokyo drift di bandar utama.... aku percaya perubahan yang dilakukan ini, memberikan ilmu kepada aku mengenal dunia yang aku ceburi. Jangan nanti aku tanya kalian, nama pemain bola sepak Bolivia, kalian tak mampu menjawabnya! hahahaha, hati2 ya! Di sini pun, aku turut kenali siapa itu JENSON BUTTON... bukan BENJAMIN BUTTON ye... walaupun pun ada iras2 sedikit ketika berusia 4 tahun...Kesempatan ini , aku susunkan kembali sorotan berita yang aku buat (namun tetap di edit oleh producer skit2) - boss jpa pun touch-up design staf dia kan?

[CAMS] - ini intronya

Perkembangan siri perlumbaan Formula Satu F1 di Grand Prix Australia bermula ahad ini.

Sedikit kejutan bakal berlaku dengan peraturan baru diperkenalkan di grid perlumbaan.

[SUPER=MELBOURNE, Australia] - ini caption utk beritahu di mana lokasi berita

[V-OVER] - ini suara yang di rakam lebih awal. jadi oleh kerana ini aku buat, maka aku juga berperanan menyiapkannya

Antara barisan pelumba utama yang awal tiba di Melbourne adalah dari pasukan Renault.

Fernando Alonso yakin perlumbaan pertama di Melbourne akan memulakan rentak saingan musim ini.

Alonso akan berpasangan dengan pelumba tuan rumah Danny Allsopp.

Dia yang pernah merangkul gelaran juara dua kali... percaya peraturan yang bakal dilaksanakan itu sedikit sebanyak mengganggu prestasi pasukannya.

[SOT1] - SOUND ON TRACK

[I GUESS FERRARI ARE ALWAYS THE TEAM TO BEAT AND THERE ARE NO DOUBTS THAT THEY WILL BE STRONG. BUT I THINK THERE ARE MANY OTHER POSSIBILITIES THIS YEAR WITH BMW, WITH TOYOTA, WITH BRAWN. SO IT WILL MAKE THE CHAMPIONSHIP VERY, VERY INTERESTING FOR THE SPECTATORS AND HOPEFULLY FOR US AS WELL.]

[SUPER: FERNANDO ALONSO, Pelumba Renault] - ini caption nama utk visual orang yang memberi ulasan

[SUPER=Ferrari adalah pasukan yang menjadi pencabar utama dan tiada halangan bagi mereka untuk sekali lagi bergelar juara. Tapi saya percaya wujudnya persaingan sengit tahun ini antara pasukan BMW, Toyota dan Brawn. Perlumbaan musim ini akan lebih menarik dan kamI berharap akan turut menang.] - terjemahan

Selain Renault... pasukan Mc Laren turut melahirkan keyakinan tinggi untuk bersaing.

Juara Dunia... Lewis Hamilton dikatakan sudah bersedia untuk beraksi.

[SOT 3] - lagi SOUND ON TRACK

[I FEEL GREAT YEAH. PREPARATIONS HAVE GONE WELL. A BIT LESS PREPARATION TESTING WISE THAN WE NORMALLY HAVE BUT I'M EXCITED. IT'S GOING TO BE AN EXCITING SEASON FOR EVERYONE AND WE'VE GOT A LOT OF WORK TO DO, BUT WE'RE IN FIGHTING SPIRITS.]

[SUPER=LEWIS HAMILTON, Pelumba Mc Laren & Juara 2008 ] - nama pengulas statement atas itu

[SUPER= Saya amat teruja. Semua persediaan berjalan lancar. Persediaan dilakukan lebih dari biasa. Perlumbaan ini bakal menjadi musim yang menarik dan banyak usaha yang perlu kami lakukan.] - terjemahan

[ENDS] - ini notis beritahu habis story ini

Tuesday, March 17, 2009

MANA?


[bukti sms yang dikirimkan]

Selepas PJAYA, ini ada lagi kisah yang menguji kewibawaan aku mentafsir maksud tersirat. Kali ini aku dikirimkan dgn khidmat pesanan ringkas [sms] yang berbunyi : MANA?

Aku benar2 kurang mengerti lantas membalas sms itu dengan panggilan... kerana takut mensyaki perkara yang kurang enak berlaku...

Tatkala itu, hanya tuhan yang tahu... hatiku benar2 berdebar. Risau juga kerana tidak pernah sepanjang hayat dalam perkenalan ini, dikirimkan sms sebegitu rupa... selain daripada perkataan ''OK".


[hampir pengsan aku di jusco one utama berhadapan situasi sebegini]

Mujurlah panggilan itu dijawab mesra. Sapaan MANA? itu diselitkan dengan soalan2 yang berupa soalan bertanya khabar....

Itu sahaja laporan kali ini. Harap di masa mendatang, aku tak diuji lagi dengan situasi seperti ini... hahaha...

+ nota guris hati; notis pemberitahuan ini bukan bermakna teguran, tapi ingin berkongsi dgn rakyat bernaung negara berdaulat ini tentang pesanan ringkas yang bakal diterima sejagat ini +

+ ini umpama sekatan AS terhadap pakistan dalam usaha meningkatkan senjata nuklear +