Tuesday, January 14, 2014

GRAFIK pada badan bas

pengakuan terbuka. 

selepas kakak aku layak masuk mrsm pdrm kulim pada tahun 1991, aku ketika itu baru darjah 5 di sekolah kebangsaan jalan bahagia, temerloh. 

ketika itu, bas ekspreslah menjadi pengangkutan utama kakak aku pulang dan pergi ke mrsm. untuk pengetahuan, bas rangkaian utama ekspres menjadi pilihan ke butterworth. 



bas ini akan singgah di temerloh, yang bertolak dari kuantan kira kira jam 8 malam. jadi, di temerloh, waktunya lebih kurang jam 10:30 malam. 

selain jenama bas bulan restu ( KL - Temerloh ), bas utama ekspress pada ketika itu, bagi aku sangat cantik penggunaan 'font'. senang cerita tak mengada-ngada sangat. 

jadi sejak daripada itulah, aku nekad untuk menaiki bas itu. dan akhirnya ia menjadi kenyataan meskipun aku sekadar pelajar panggilan kedua. 

apa-apapun aku bersyukur. 

cuma yang menariknya, atas kehendak tugas, aku bertemu dengan pemilik syarikat rangkaian utama ekspres ini. 

dengan rasa bangganya, aku memaklumkan kepada empunya tuan syarikat itu, inilah bas yang saya nak sangat naik ketika layak ke mrsm. 

Sunday, December 15, 2013

THE HOBBIT : Desolation of Smaug VS Kanak-kanak di Pawagam

Meskipun banyak kerja sepanjang minggu ini, ada isu penting yang aku mahu tulis menerusi blog ini. Iaitu, IBU BAPA yang suka menonton wayang dengan membawa bersama anak kecil mereka (harap-harap anak merekalah).



Semalam aku menonton, karya tulisan novel yang difilemkan di sebuah pawagam baharu di lembah klang. Sebuah novel fantasi ke layar perak dengan sasaran kepada golongan yang mampu membaca novel itu dan juga terhadap peminat filem.

Senang cerita, novel itu kalau aku letak kat TASKA atau NURSERI (termasuk Nurseri yang dera anak orang) bagi anak-anak berumur bawah 6 tahun, aku rasa orang akan anggap aku BODOH. Jadi apa pula pandangan anda tentang ibu bapa yang membawa anak kecil mereka (yang masih dalam dukungan dan yang baru dapat berjalan) menonton filem seperti itu?

Soalnya di sini, meskipun anda peminat filem sekalipun, fasa menjadi ibu bapa sebenarnya satu perkara yang memerlukan perubahan. Jika tempat pertemuan anda berkasih-kasihan dahulu adalah sebuah panggung wayang, kini lokasinya haruslah ditukar. Kerana, anda sudah mempunyai tanggungjawab baru. Menjaga zuriat anda sebaik-baiknya. Ini kerana, pawagam bukan PUSAT SAINS NEGARA, ZOO NEGARA ataupun TAMAN RAMA-RAMA KUALA LUMPUR.

Ini pandangan akulah. Kecuali kau mampu bayar tiket satu panggung tu, hanya kau dan anak kau je tengok.

Semalam filem The Hobbit : The Desolation of Smaug, watak si naga itu MENGAUM serentak dengan tangisan anak-anak kecil ini. Aku tak marahkan si anak kecil. Mereka memang tidak berdosa. Yang aku sedihkan TAHAP pemikiran si ibu dan si bapanya. Bukan satu tangisan. Tapi terdapat 2 lokasi yang kedengaran tangisan bayi / kanak-kanak ini. Sepanjang filem itu, aku sangat kecewa dengan keputusan pasangan tersebut, meskipun aku tidak tahu gerangan mereka.

Sebaik selesai filem itu, aku tunggu melihat jenis ibu bapa yang membawa anak  kecil mereka masuk panggung. Berdasarkan pengamatan awal aku, dan jenis beg yang dibawa oleh mereka, aku tidak rasa, si ibu mahupun si bapa adalah pembaca tegar novel J R R Tolkien (Penulis novel Lord of the Ring). Aku rasa, mereka hanya peminat APA-APA sahaja filem dengan syarat, PERLU menontonnya di panggung.

Ini belum masuk, kanak-kanak bawah 12 tahun yang bercerita tentang filem animasi Madagascar sepanjang tayangan filem yang ditonton ini. Bagi aku, hal ini, meskipun tidak seteruk kanak-kanak bawah 2 tahun, tetapi, sebaiknya diambil iktibar

Ini kerana watak HOBBIT sering dianggap MANUSIA KERDIL yang sering juga digambarkan sebagai watak yang comel dan disukai kanak-kanak. Memang benar, gambaran itu, menerusi animasi fantasi kanak-kanak, SNOW WHITE. Tetapi tidak seperti yang digambarkan menerusi siri THE HOBBIT ini. Meskipun mereka ada menyelitkan babak lucu, ia tetap tidak menyasarkan kepada kanak-kanak. Selepas aksi lucu itu juga, kanak-kanak ‘Madagascar’ ini kembali menyambung cerita mereka mengenai watak Alex, Marty dan Melman dan sebagainya. Kau rasa, nak je bangun, tuding jari telunjuk, cakap kuat-kuat 'SATU, DUA, TIGA ni, sila keluar!'


Aku tidak mahu menghina. Tapi aku rasa, satu tanggungjawab untuk aku kongsikan etika ketika menonton filem di panggung. Semoga kita sama-sama menjadi ibu bapa yang baik.

Monday, November 25, 2013

tafsiran MUDAH, SEKAT kreativiti anak

jangan sekat apa-apa yang anak lakukan. nanti kreativiti mereka terhalang.

itu antara terma-terma yang aku baca dari penulis majalah wanita, termasuk penulis majalah keibubapaan yang menterjemahkan kenyataan pakar motivasi atau pakar kanak-kanak.

bagi hemat aku, penulis berniat baik. susun atur ayat itu, kadang kala dikekang dengan berapa banyak patah perkataan dan muka surat yang dibenarkan. jadi sukar untuk menulis dengan lebih mendalam.

lagi satu, pembaca yang suka mengambil isi penting sahaja. itu kemungkinan-kemungkinan bagi isu tersebut.

senang cerita pada hemat aku juga, kenyataan itu sangat TEPAT pada situasi yang TERTENTU. 

jika benar, semua perbuatan anak tidak boleh dilarang atas dasar menyekat kreativitinya, 

KENAPA TIDAK DIBERIKAN CAT atau PERMANENT MARKER CONTENG SAHAJA KERETA ANDA? 

atau

DIHULURKAN TELEFON PINTAR ANDA UNTUK DICUBA TAHAP KEBOLEHUPAYAAN KETAHANANNYA? 

begitulah pandangan aku terhadap kenyataan itu. tegur anak pada tempatnya. 

sebabnya, aku taknak baca berita anak si polan si polan yang dihempap Smart TV aku!

yang sebetulnya, jika anak anda suka melukis, belikannya kertas lukisan dan pelbagai jenis pena yang mampu mengembang bakatnya. bukan conteng di dinding rumah. 

yang sebetulnya lagi, jika anak suka bermain bola di dalam rumah, larang dahulu. dan luangkan masa untuknya ke taman menyepak bola itu. 

dan banyak lagi. 

maaflah, aku bukan bijak pandai. tapi sekadar menilai tulisan penulis yang kadang kala sekadar memetik petikan orang lain.