Wednesday, July 18, 2012

10 perkara tentang UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA

Pertama ;
Rancang lebih awal. Kaji harga tiket terutama musim cuti sekolah republik ini dan juga negara jirannya, Malaysia. Kalau mampu lagi, ambil tiket Express Lane; anda tidak perlu menunggu lama. Kalau yang bujang dan tak kisah jadi SINGLE RIDER; beli tiket biasa je.

Kedua ;
Taman tema ni, tak sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah. Kesian kena tunggu mak ayah mereka yang terpaksa bergilir nak main semua permainan. Apatah lagi bayi berusia 3 bulan. Dan jangan pula bawa mak ayah korang yang dah warga emas jadi tukang jaga anak korang di tengah panas.. kecuali kau ada bibik yang jadi amah korang. Tunggu la Legoland di Johor nanti yang lebih mesra kanak-kanak.



Ketiga ;
Sebaik anda masuk sahaja, amik map taman tema ni, dan cepat2 ke transformers booth. Sebabnya ini tumpuan ramai. Memang paling best; transformer. Lepas tu, pegilah ke roller coaster yang biru dan merah. Biru paling best. Merah macam kat genting / sunway lagoon je. Lepas lengkap 3 yang ni, korang pusinglah yang lain pulak. Yang lain pun menarik gak. Ada yang untuk family2... dan adalah untuk kanak2 tadika.

Keempat ;
Makanan yang halal? ikut suka korang lah. tapi lebih baik tanya staf yang bertugas dulu.

Kelima ;
Sini boleh bawa mineral water / makanan / minuman dari luar. So kalau anda warga malaysia yang nak air suci harga seringgit, lebih baik bawa siap2. Kalau tak merasalah air harga 2 sing dolar. tapi korang kaya tak pe.

Keenam ;
Lepas 3 permainan utama, korang masuk lah booth2 lain lagi. yang tidak kurang hebatnya, watch movie 4D cite shrek tu dan the making of macam ribut2.. aku pun dah lupa namanya. ala, korang pandai kan english pelat singapore ... boleh je tanya mana2 aunty pakai seluar tinggi pusat.

Ketujuh ;
Bergambarlah kat bebola universal studio tu sebelum terbenamnya matahari. Kecuali bawa dslr yang gedabak nak set2 bagai walhal berjuta umat manusia duk menyemak situ. Sebabnya kalau malam tak bape nak menjadi sgt effect lensa kamera phone / tablet korang. Kalau pakai yg canggih pun... korang tetap kena ignore watak kat belakang korang ke hape. k.

Kelapan ;
Yang dah pegi, korang ada pandangan sendiri kan... ini pandangan aku. hahaha... jadi korang masing2 la suka yang mana. macam aku pulak jenis tak takut naik roller coaster bagai... maybe korang suka watak shrek tu.. aku lak tak suka. so korang boleh la layan bergambar dengan shrek tu dan princess fiona tu... dia keluar ikut masa. so korang tunggu2 la ye. aku bergambar dengan watak-watak yg terserempak je.

Kesembilan ;
Aktiviti yang kat luar dari USS tu, emm tak wajib pun. Cuma kalau dah datang, apa salahnya berjalan sampai muntah hijau. Cubalah semampu yang mungkin. Ada muzium, beach sentosa yang aku rasa macam tak logik je ada pantai camtu.

Kesepuluh ;
Kalau tiket free, aku akan pegi lagi. Tapi kalau sendiri; cukuplah sekali. Kecuali dia buat lagi yang lebih hebat dari transformers tu. Tapi kalau gaji aku setanding pemilik saham terbesar asia selepas facebook ke bagai... setiap menjelang ramadan aku singgah masuk ... ( hahaha )

Monday, July 16, 2012

ISTIKARAH seorang hakim

Atas pesawat, ketika dalam sesi percutian berbajet rendah, aku ditempatkan duduk bersebelahan seorang lelaki pertengahan usia ... 50-an. Daripada penampilannya, dia seorang yang berketerampilan. Sut dan seluar khakis yang memberikan impak kasual, dipakainya. Dia bersama seorang wanita sebaya, yakni isterinya yang duduk berasingan dan dipisahkan laluan pesawat tambang murah.

Ketika anak kapal mengumumkan beberapa peraturan penerbangan, sapaan pertama lelaki ini, mengajak aku berbual. Petah lelaki ini berbicara. Lalu bertanyakan tujuan destinasi. Lantas aku sambut dengan salam perkenalan. Ketika ditanya, gerangan siapakah tuan hamba ini? Seraya dijawabnya, saya seorang HAKIM; Datuk H.

Tergamam aku seketika. Ini pengalaman pertama aku berbual dengan seorang Hakim. (mungkin orang lain lebih hebat lagi). Perbualan bermula dari asal-usul diri aku hinggalah kepada perihal sejarah negara. Aku menyatakan, subjek sejarah antara yang paling aku minati. Dia amat berbangga, kerana tidak ramai generasi masa kini yang masih meminati tentang sejarah. ( ada sifat takbur sikit di situ ye :p )

Topik kedua, mengenai perihal di dalam mahkamah. Aku bertanyakan tentang penggunaan bahasa ketika sesi perbicaraan. Datuk H menjawab; penggunaan bergantung kepada kemampuan seseorang peguam. Tetapi, sebagai warganegara Malaysia, dia lebih suka dan kerap menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Dia akan menguji terlebih dahulu peguamcara / peguambela itu sebelum menentukan penggunaan bahasa.

Keduanya, ini soalan yang sangat-sangat ingin saya ajukan dari dahulu lagi. Bagaimana hakim merasakan kewajaran menjatuhkan hukuman mati itu kepada tertuduh?

Sela nafasnya panjang sebelum Datuk H menyusun jawapan.

" Memang sukar. Apa-apa jua keputusan, mesti ada kata putus daripada seorang hakim. Itu tanggungjawab saya yang saya pikul di dunia ini. Dengan itu, saya akan pastikan semua tuduhan, bukti dan sebarang penilaian dibuat dengan jelas sebelum memberikan sebarang keputusan atau hukuman. Jika kes itu terlalu besar, saya akan membuat SOLAT ISTIKARAH. Biasanya saya mendapat petunjuk dari ALLAH. "

Saya mengangguk tanda bangga dengan tuan hakim.

Monday, July 2, 2012

PULAU TIOMAN jauh ke?



Selain Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, pulau peranginan pertama yang aku jejaki adalah Pulau Pemanggil, rasanya di bawah jajahan Johor Darul Takzim. Itu juga pertama kali aku melakukan aktiviti snorkeling. Mulanya rasa berdebar dan takut . Tapi, lama-kelamaan, perasaan itu hilang. Mudah sahaja, cuma, bernafas menggunakan mulut, bukan hidung. Kunjungan inipun kerana hari keluarga MAMA KICTHEN.

Keduanya, selepas lama merancang, akhirnya tercapai jua aku sekali lagi melangkah ke sebuah pulau. Kali ini Pulau Perhentian, bersama GBS, selepas merancangnya sejak daripada aktiviti di Pulau Langkawi. Perhentian bagi aku, menawarkan pakej yang sesuai kepada yang berbajet sederhana. Tak terlalu mahal. Oh ya, kesempatan itu, kami juga ke Pulau Redang, Pulau Lang Tengah... dan juga beberapa pulau kecil di sini. Sangat menarik.

Dan tahun ini, sekali lagi aku mengunjungi Redang. Sekali lagi, taman lautnya menjadi lokasi kunjungan. Mungkin kekangan bajet, hanya pulau-pulau kecil terdekat sahaja yang aku sempat singgah.


Dan atas jemputan Berjaya Hotels & Resorts pula, aku kesempatan ke Pulau Tioman. Arwah ayah pernah ke sana. Katanya bertugas bagi memastikan keselamatan penduduk ketika cuba mengusir komunis pada masa itu. Katanya lagi, dia sampai muntah hijau akibat mabuk laut. Aku pula, menggunakan penerbangan dari Kuala Lumpur, Berjaya Air.


Sesampai di sana, pantai Tioman tidak seputih pasir di pantai pulau2 di terengganu. Bagaimanapun, pantainya dan sekitarnya bersih. Menurut salah seorang wakil penganjur, katanya pasir di Tioman lebih kasar.

Aktiviti di sini, melibatkan Malaysia Nature Society, Shark Savers Singapore dan Scuba People... Sepanjang program, banyak yang aku sedari, tentang peri pentingnya hidupan alam ini. Selain printed t shirt shark savers yang menepati ciri-ciri seorang pereka grafik.


Oh ya, apapun, oleh kerana atas kunjungan demi tugas, maka, ada yang masih belum aku sempurnakan di sini. Impian aku, berkunjung ke sebuah kawasan air terjun, mendapatkan lesen scuba diving dan juga aku ingin mengelilingi pulau ini.



Selepas aktiviti pengenalannya, sekarang aku percaya sebab-sebab ada yang ketagih menyelam di laut dalam...