Saturday, March 10, 2012

KIRA marah juga le...

Aku punya tahap marah semakin meningkat. Asal salah sikit je, dah rasa macam nak marah. Terutama yang tak faham etika memandu di jalan raya. Kira harian jugalah perkataan berbaur carutan keluar dari mulut aku.

Pagi-pagi, merempuh kesesakan lalu lintas sudah menjadi kebiasaan. Tapi ada wujudnya sikap pemandu yang kalau aku sebutkan, rasa macam tak senonoh sangat; yang tak faham bertimbang rasa + berhemah inilah menjadi pemangkin kepada sikap aku.

Tambah pulak, isu kemas kini (upgrade) sistem palang keselamatan apartment murah yang aku sewa ini. Semua termasuk pengawal keselamatan bangsa asing pun dibahankan aku. Tapi tak lah aku mengamuk sambil keluar parang. Aku punya kata-kata; aku rasa dah cukup membuatkan mereka rasa bersalah. Dari mengamuk tak tentu pasal.

Selain itu, isu dengan syarikat telekomunikasi P1wimax pula. Aku buat laporan terus kepada SKMM supaya hal ini tidak berulang. Sekalipun ingin mengaut keuntungan, mengapa tidak memantau pendaftar? Asal ada salinan kad pengenalan dah cukup. Semak la dahulu sebelum mengesahkan pendaftaran. Kan dah dapat betisnya. Aku tak nak berurusan dengan khidmat pelanggan, sebab banyak yang tak faham. Tambah pula, aku terpaksa membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan ini. Haaaah. Apapun, mmg semua yang berurusan itu, aku tazkirahkan.

Hal itu dah cukup bagi aku menjadi seorang pemarah. Aku rasa orang lain lagi baran kot. Tapi aku rasa, bila marah ni, SYAITAN ada dekat kita. Bila kita marah ini, kita menjadi kurang waras. Kita tidak berfikir secara bijaksana. Sebab itu, aku lebih suka berfikir dahulu mengenai cara terbaik untuk marah.

Sunday, January 15, 2012

LAWATAN sambil belajar

Ini berdasarkan kisah benar, diperoleh dari panggilan telefon seorang bapa yang merayu kepada pihak sekolah. Bapa ini, kerjayanya seorang pengawal keselamatan. Isterinya tidak bekerja dan menyara 2 orang anak. Salah seorang anaknya sudah di darjah 6. Baru tamat UPSR.

Nak dijadikan cerita, si anak membawa pesanan pihak sekolah, sebaik pulang ke rumah. Sekolahnya menganjurkan lawatan sambil belajar kepada murid tahun 6. Semua murid KENA bayar RM100 untuk lawatan tersebut. Termasuk (jika tak silap); makan, perjalanan dan beberapa kos melibatkan tiket dan sebagainya.

Yang meresahkan hati si bapa ini, gajinya tak sampaipun 800 ringgit. Tolak sewa rumah, kos hidup dan sebagainya, hanya 200 ringgit untuk bertahan hingga ke gaji seterusnya. Simpanan pun bukanlah untuk bermewah-mewah.

Si bapa ini, mengeluh dan merayu agar bahasa yang digunakan pihak sekolah bukan SEMUA MURID TAHUN 6. Mungkin, sewajarnya; kepada mana-mana pelajar yang mampu atau berminat sahaja. Ataupun, hulurkan sahaja surat buat penjaga / ibu bapa ; dengan secara bertulis ia lebih bijak berbanding penerangan semula murid darjah 6 kepada ibu bapanya.

Yang sedihnya, si bapa meminta pendengar mendengar rintihannya; bagaimana dia harus menjelaskan kepada anaknya betapa dia tidak mampu berbuat demikian tanpa menyebabkan anaknya rasa tersisih dari rakan2 lain yang turut serta dalam rombongan itu.

Aku sempat mengesat air mata. Dulu aku juga begitu. Maaf... Abah dan Mak!

Wednesday, January 4, 2012

LUNTUR WARNA?



Keberkesanan produk ini memang hebat. Sekiranya anda mengalami luntur warna pakaian ke pakaian lain, inilah penyelesaiannya. Tak perlu langsung berusaha keras untuk menyentalnya. Rendaman kira-kira sejam pada suhu fabrik; sudah memadai.

Pengalaman ini melibatkan 3 baju kegemaran aku. Ingatkan pada asalnya sudah tiada harapan, tapi sebaliknya, selepas menggunakan teknologi ini, semua baju-baju tersebut dapat digunakan kembali.

Harganya tidaklah semurah jenama peluntur biasa, tapi berbaloi daripada terpaksa melaburkan wang untuk membeli pakaian baru . Untuk sekotak produk ini, tidak cecah RM 20 pun. Jadi pada mereka yang mengalami masalah ini, cubalah.

Apapun, ia bergantung kepada keadaan anda. Jaminan tidak diberikan seratus peratus. Tapi bagi kes aku ; ia kembali kepada asal usul kejadian ketiga-tiga baju tersebut.

Apapun selamat mencuba!