Saturday, June 5, 2010
FLYING with RapidKL
Thursday, May 13, 2010
GOOGLE results
Hari tu berjaya menggodam mencari rakan kelas aku ; a Chinese girl, CL. Mejanya terletak berdepan dengan aku. Motif utama mencarinya kerana masa UPSR dulu, aku kerap berkongsi buku dengan dia sebab aku tak mampu nak beli buku sasbadi PKBS… (ahaks, sebenarnya cover buku tu tak cantik). PKBS : PENILAIAN KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH!
Lepas tuh semalam aku terfikir pulak nak google nama sendiri. Apa yang aku dapat, nama aku sebagai penulis lirik lagu persatuan wanita UTM, wangi. Ahaks… perasan jap! Hahaha...
Tuesday, May 11, 2010
TRAGEDY may 2010
Sebaik masuk ke dalam kereta, aku mengeringkan diri dengan penghawa dingin. Turun keluar menyelusuri ke jalan utama, aku tidak menghidupkan siaran radio seperti biasa. Barangkali sebab hujan yang lebat, membuatkan aku tak selesa nak mendengar celoteh dj radio syif malam yang suka menjadi kebudak-budakan.
Kemudian… aku ingin masuk ke laluan 2. Jika tidak berpeluang sekalipun, aku tidak kisah kerana punyai alternative ke jalan lain untuk pulang yakni teruskan di laluan 3.
Bila aku memberikan signal masuk ke kanan, kereta D memperlahankan pergerakannya. Tindakan kereta D adalah membenarkan aku masuk ke laluan 2. Melihatkan semua kenderaan bergerak sekata, aku segera masuk ke laluan 2.
Tak semenanya, kereta B yang berada didepanku berhenti secara mengejut. Aku yang tak sempat bertindak, hanya mampu mengelakkan kereta namun tetap juga merempuh bonet belakang kenderaan B.
Nak dijadikan cerita, dan bimbang keselamatan ditengah laluan, kami bersetuju ke sisi jalan. Alangkah biadapnya, Si A terus pergi meninggalkan kami.
Mulanya si B ajak untuk mengejar si A, tapi tak berjaya, kerana hujan terlalu lebat. Kami membatalkan niat itu. Segera ke sisi jalan.
Menurut si B, si A teragak2 untuk memasuki laluan 2 atau 3. Dan dengan minda negara-negara miskin, dia memberhentikan kenderaannya ketika di laluan 2 untuk membuat keputusan memasuki laluan mana. Rasanya si A tak punyai lesen sah memandu berdasarkan jenis kereta yang dimilikinya.
Apapun, inilah hasilnya!
Itulah apa yang berlaku terhadap kereta ku. Sedihnya bukan kepalang, sebab kini aku perlu menaiki 2 bas dan satu lrt untuk pulang dan pergi ke tempat kerja. Tanpa kesesakan ahad lalu, ia mengambil masa kurang lebih 2 jam. Teringat zaman mula2 bekerja dari kampung melayu subang ke golden triangle. Tapi ia tak segigih ini.




