Monday, February 9, 2009

DEUTER pressure


Kawan2 yang dihormati... setelah bingkisan pantun mengaburi perbalahan puak2 dalam islam ini... maka muncul lagi isu baru yg kurang menyengatnya... biarpun agak suam2 kuku... namun aku terpaksa melafazkannya atas permintaan + desakan pihak teraniaya sebelum ini agar kisah ini kembali ke layar skrin anda...

Perjanjian pembelian backpack deuter mmg dianggap lengai kerana perjanjian itu di minta SERI oleh pihak A. Isunya tidak menjadi dendam mahupun niat utk membalas serangan... namun tekanan diterima setelah K didapati sanggup menaiki pesawat AIR ASIA tajaan kerajaan utk membeli backpack bukan deuter di pulau langkawi atas alasan;

1. backpack itu layout / finishing graphicnya bagi i mmg menarik walaupun bukan jenama deuter.

2. penjual backpack itu menawarkan harga lebih luar biasa jika dibanding kan masa 5 geng bas sekolah awal tahun ini meredah kepanasan tengahari mencari backpack ini.

3. kerana tiada sebarang perjanjian tahap AGUNG bersama IM mahupun A

Ini amat2 memberi tekanan kepada IM dan IM kini berada dalam kemurungan ala2 MAS AF yg dituduh 'gila' selepas tiada album sepanjang kerjayanya bersama MAESTRO itu. Kini IM dalam proses terapi dan kaunseling di Kulim pada Sabtu + Ahad lalu kerana tidak dapat mengawal perasaan kemurungan melampau ditambah pula dgn kehilangan compact cameranya itu...

Jadi, harap sila buat pembelaan sebelum isu ini dibawa ke mahkamah jenayah antarabangsa...

Wednesday, February 4, 2009

DEUTER•duta vs A•dik•JL


[ untuk maklumat lanjut tentang pertuduhan sehingga blog ini ditulis sila rujuk kepada THIS IS .... ]

kalau tuan pergi langkawi,
pergi berlima enak sekali
pusing pekan penat tak terperi
mencari beg, terpaksa la kami


[ K ketika berpeluh di dahi ]

pusing pekan peluh didahi
beg dicari tak memenuhi hati
keluh bersama dikotakan JANJI
di KL nanti kita mencari

langkawi penuh dengan tawa
janji berjalan gembira bersama
tengok AtL dikhabarkan sahaja
siapa setuju, call la saya!


[ hampir2 hilang ingatan sebab sibuk upload photo]

balik langkawi semuanya reda
photo di'upload' semua nak di'tag'kannya
dah lah seorang yang edit sahaja
sampai terlupa solat yang lima

AtL berlangsung pernuh dinanti
hanya bersedia nak tengok ditv
dikumpul kawan harap berseri
last2 minute dapat tiket free

hadiah tiket pemberian kawan
duduk berdua nun puncak diawan
nampak firaun sebesar kuman
propa blog D hanya nak perhatian

tiket last minute VIP kelasnya
faizul tohir bagi satu sahaja
memang tak tau nak ajak siapa
buntu kerana terhadnya masa


[ cara berlari memecut dengan segera sebab lewat : pic bukan K ]

kata sepakat D dan saya
diajak K; AAJ (az. ali junior) katanya
ditelefon terus katakan segera
lantas memecut M. lewat juga!

putrjaya dilawat tanda sahabat
kaunselor datang kami melawat
wah2 ada cerita yang hebat
terlupa ajak katanya tak ingat

beg idaman jadi igauan
janji dilangkawi hanya omongan
dikucup muka tanda kemaafaan
dah beli awal siap berlagak lak kan?

tersentap aku tak mahu kalah
beg miliknya dah beli sudah
sebab kawan tak jadi nak marah
walaupun hati amatlah parah, musnah


[ A budget hebat sebab dah beli beg sendiri ]

blog ditulis sebab bersalah
katanya didakwa tetapi tak bersalah
aduhai tulisan berat sebelah
yang lain dah angkat kaki dah sudah


[ MTC yakni D; ok kan pic ni... not so fat or thin, sbb ko dah masuk gym ]

MTC tak mengaku tak nak membela
siap buat tak tahu sahaja
woi korang pun terlibat sama
tersengih bagai nampak gigi masuk camera


[ K sedang membaca blog D ]

blog D kisah AtL dipuja
siap riak berbangga-bangga
hanya aku menjadi mangsa
sedangkan dosa dihitung bersama


[ IM ibarat kanak2 tak berdosa ]

sudah kupohon maaf bersama
kira seri sebab memasing terlupa
takkan israel nak tembak pula
hamas ibarat org tak berdosa

disaman hujah panjang berjela
kemarahan 'terissa kwok' gaya pun ada
nak claim duit kerajaan berjuta
I TAK BERSALAH YA!

A MEANING WALK ...



been touched ; pagi berbisik dan terjaga aku dgn rasa tersentuh dgn sms yang ku baca pagi ini... ditulis oleh someone special dalam hidup aku jam 12.19am dan aku benar2 tersentuh. biarpun ia hanya satu rangkap barisan kata-kata, namun tatkala aku sujud menyembah tuhan pagi2 ini, aku hanya membenarkan air mata aku mengalir tanpa diduga. rutin ku menyebut kalian agar sentiasa segar dalam kehidupan harian ku...

di saat itu aku mula mengingati dan mengimbas kembali saat manis bersama kawan2 yang banyak membantu, memberi dorongan dan semangat utk aku berdiri bersama, berpimpinan tangan dan berjalan meneruskan kehidupan. tak mampu utk aku tuliskan bait2 curahan bakti kalian kepada hidupku.

biarlah kenangan itu menjadi semangat utk aku kepada kehidupan baru. tak mampu kuungkapkan setiap saat manis dan pengorbanan kalian yang memberi harapan dan semangat utk ku. dalam kepiluan ini, aku masih tergiang-giang kenapa aku tersentak dari lena, dan aku tak bisa meneruskannya... kerana aku tak akan meninggalkan kalian... kerana, kalian adalah sebahagian dari inspirasi hidupku.

dgn himpunan doa ku panjatkan... agar semua ini kekal selamanya.

thanks adikku, teman2 baikku, kawan-kawanku, abang2ku dan ...semuanya