Sunday, September 7, 2008

Annual Dinner Poster

The Mask Party; itulah tema tahun ini. Yang pastinya, sebagai in house graphic designer, i akan secara sukarelanya di berikan tugas untuk membuat poster yang bakal menjadi identity kepada event ini. Dari poster, invitation card hinggalah ke backdrop. Mask Party memberikan penekanan kepada event secara berparti (suka2 mabuk2) dan memakai sebarang mask. Tak kisah laa mask rider or facial mask! hahaha!

1st. I want to share to all of you my 3 ideas which has been proposed to the committee. Erm... basically, this job is requested by my buddy juga, she's the one who will follow up all these items from my side. So, let's have have a look at the poster 1st.



IDEA A



Image mask itu, dicarikan oleh buddy i tuh. Erm, basically, this idea is something light colors; cyan + magenta! ermm the ombak2 ornaments, ada influence dari design one of my coursemate dulu; may quan! Font - MASK PARTY'' i ambil from the AMERICAN IDOL font type je; untuk menampakkan informality. Ok. Mask; no comment laa.. because illegally copied from the net!



IDEA B



Image mask, I gigih mencari dalam net. But, the actual color is in monotone (satu warna je) which is in greyish. So, untuk jadikan lebih menarik dan ceria, I blend color dgn kuasa photoshop. Pilihan font atas dasar image mask yang penuh kerawang, so I pilih formal font. Tak ingat apa nama font, sebab using imac. Layout semua sama untuk semua poster sebab jika i proposed 3 design yang berbeza, I rasa tugas i seminggu berkerja hanyalah membuat poster annual dinner ini sahaja. Sebagai langkah bijak, I rasa, layout nya di kekalkan supaya pemilihan tidak lah sebeban mereka yang kurang bijak dalam design. (kurang je... bukan tidak bijak tau).



IDEA C



Image mask ni i paling suka, tetapi sayangnya dia separuh je. Tapi ini adalah design i yang pertama dan mengambil masa yang lama sebab ia adalah template bagi 2 poster teratas. Means; I buat layout tajuk + info2 di bawah itu dengan kaedah yang sama dan this is the 1st gerak kerja I. OK, harap faham. If tak hafam hafal je. Ok, font type ni hampir di sukai ramai. Dan yang paling best adalah, kegigihan membuat effect glowing ini. Nampak sangat I suka poster ini, namun bagi I, kehendak pelanggan harus diutamakan. Tak kiralah mereka lulus pendidikan seni tahap 1 atau 2, I tetap hormati. Alamak, emosi pulak. Yang penting, idea ini adalah malam dan party. Semua orang nak malam itu macam glitters kan! So, inilah ''ideologi" yang ingin disampaikan dalam poster ini.



2nd. I nak tahu pendapat all readers la. Yang mampu memberikan impak kepada idea2 ini. Buat masa ni, I masih belum ingin berkongsi apa kah idea pilihan committee itu sebab bagi I, jika i write down sekarang, ia akan menganggu gugat mereka! Wah! As per i said, kena hormati setiap kehendak customer. So, i terima je dengan RED HA.


3rd. Next time, I'll attached the invitation card pilihan committee dan juga pilihan I.

K. selamat mengundi!


My Best Friend is a Dentist




1st. i have been forced to write this. Free coverage for my best friend. Some more memang bagus pun hasil kerja nya berbanding previous dentist yang i visit for my hole2 di gigi geraham ini.

2nd. yang penting i dapat special price yang mana orang2 yang terpilih je dapat. Bukan la dari kawan aku ni sendiri, but... eh sorry ini rahsia. Anyway, berpatutan laaa... if any of you nak pegi, mungkin bergantung kepada jenis rawatan yang uols dapat laaa.





3rd. ok, siaran ini berbayar ye dxoul.

4th. dah.

Saturday, August 16, 2008

Shikin Majid's Wedding



Congratulation buat Syikin Majid, junior mrsm ku... selaku my ex jiran masa di Galing Camp dulu... dan kira teman bergaduh aku sama Zaly. Majlisnya di adakan penuh warna warni, walaupun temanya purple gitu! apapun, tahniah buat syikin dan suaminya tercinta!

Lepas make - up wow jadi superb... maknanya sebelum make up... ops! hahahah... jangan marah syikin. I know you period dengan wedding planner you sebab mereka delivered wrong samping + tengkolok pada pengantin lelaki. You all yang pernah kenal syikin majid, just imagine je la macam mana makcik kecoh ni period on the phone maki caci keji semua bagai. But nasib baik ada puya + husband, zaly and i yang membuat kan pengantin wanita ini cool down. Lawak-lawak senda mengingatkan kembali kelas mereka ini bersebelahan dengan kelas i masa form 5. Dan yang bestnya, tempat syikin la port mengumpat paling agung ketika itu!

Ha, tak ingat dengan itu, majlis diserikan dengan acara karaoke... biasalah suara senak-senak sedap ghazaly mendendangkan 2 buah lagu. Lagu 1st, lagu awie... IRIS dan lagu 2nd duet sama Fiza (pengapit pengantin) lagu - Jamal + Siti Sarah - Sandarkan Pada Kenangan.

Ops, yang penting, I jadi DJ - emcee for the majlis! wow! tak pernah dalam hayat I jadi dj utk majlis begitu. Dulu pernah untuk majlis perkahwinan si Farah (OIAM) dan Dr. Fariz... but itu secara formal. But ini satu pengalaman yang sukar di lupakan. Maklumlah, ayat secara spontan. Tapi, zaly very choi, tak snap pun photo i. Tapi dalam acara adat merenjis, Pakcik Majid (bapa syikin) sempat mengalunkan 2 rangkap pantun. Memang meriah laa... Kemudian di iringi doa oleh bapa pengantin lelaki bagi mendapat keberkatan dari-Nya. Kemudian diikuti dengan yang lainnya yang gatal tangan nak merenjis pengantin.

Habis majlis, zaly ajak keluar makan SATAR. Pic makanan je ada. Pic kedainya, I malas nak ambil sebab crowd yang ikut itu agak kurang happening, yakni 3 orang kawan kepada fida itu. Best juga laa.. makan keropok lekor, sotong celup tepung, ikan kembung celup tepung dan SATAR. huhuhu... Kemudian, acara ke teluk cempedak untuk tengok sunset? haiyo... nasib baik geografi aku dapat A versi tahap dewa punya. Mana lah ada sunset kat laut cina selatan yang kita facing ni! Kita dasar pandang ke timur, maka versi sembah matahari terbit laa... macam orang jepun. Yang cakap tuh pun... aduhai, malas la nak ulaskan... takut aku menghina tahap kekekwatan nya! hehehe... - saja nak berwatak baik di sini. heheheheh!

Apapun, perjalanan pulang, aku drive 3/4 dari kaum wanita ini. Fiza + Fifa... penat sihh.. dah la aku kurang sihat. Ermm sampai KL, terus tumbang ke bumi. Penat menanti. Itulah perjalanan di Kuantan sempena majlis perkahwinan si syikin... semoga kekal abadi.